ApO KoNo JanG FeNoMeNa DaTo' AC MiZaL ft RafiDaH iBrAHiM


Fenomena loghat Negeri Sembilan kini makin popular dibualkan oleh semua anak-anak muda Malaysia kini. Kemunculan semula Dato' Ac Mizal dalam dunia Rap kini ibarat mencetusnya Tsunami yang melanda dan menghempap daratan. Salah seorang anggota kumpulan 4U2C yang dulunya digilai ramai peminat wanita dan kemudiannya menggegarkan dunia hiburan dengan kisah rumahtangganya yang mempunyai keretakan. Seterusnya dengan kisah anak dan pembayaran nafkah. Kini kemunculannya bukanlah dari segi kisah peribadinya TETAPI dari segi karier yang menjadi siulan anak-anak muda.

Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fida Ibrahim iaitu Juara Pentene Mencari Bintang 2007. Fida kemudiannya mencipta namanya didunia hiburan melalui  lakonan. Namun kini, Fida makin mengukir namanya dengan bakat nyanyian yang tersendiri melalui "apo kono jang" yang kini berkumandang serata Malaysia.

"APO KONO JANG"

Bagi pendapat Ieda, lagu nie memang best.. Start Ieda download pada Jumaat lalu sampai sekarang, still dok ulang lagu nie... Ieda dah pandai dah becakap loghat Negori nie... hahahahaaa... Setakat hafal lagu nie jelaaaa... Kuang, kuang, kuang.... ok... Apa-apa pon, kini lagu nie dah tersenarai antara lagu kegemaran Ieda.

"MEMANG TERBAIK.. YOOO"


FamilyDay At A'Famosa Resort... Muuuaahhhh..!!!!!

FamilyDay oh FamilyDay......

Minggu lepas, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu tempat Ieda bertugas telah menjalankan satu Program Hari Keluarga di Hotel A'Famosa, Melaka. So, macam-macam aktiviti yang dijalankan sepanjang sepanjang program dijalankan... Memang terbaik sangat.. Tahun-tahun yang sudah Ieda dengar cerita-cerita dari akak-akak yang dah lama berkhimat di Bahagian Ieda nie sama jugak.. Memang best... Tapi ieda tak berani nak komen banyak-banyak pasal yang lepas sebab ieda baru je berkhidmat dalam sektor kerajaan nie selama 1 tahun 3 bulan... So paham-paham sudah... Baru lagi kannn..

Mula-mula sampai sana.. Sesat jugak la dalam kawasan hotel tu.. Memang besar sangat-sangat kawasannya... Hanya dekat dalam kawasan hotel, kita boleh join Cowboys Town, Water Park n Safari.. Memang terbaik sangat-sangat. Tak perlu nak keluar ke sana dan ke sini... Semunya ada disitu... kikikikiii... Tagline... okkkk... Tak ade komisen k... hahahahaaa...

Masa Ieda asyik melayan staff datang melapor diri untuk Program Familiy Day nie.. Ada jugak la terdengar cerita-cerita seram nie kan.. Tapi bagi Ieda kita datang dengan niat baik so mestilah diterima dengan baik kannn... Sepanjnag 3 hari 2 malam Ieda di sana Alhamdulillah.. Semuanya tiada apa-apa yang tak diingini berlaku laaa...Syukor sangat... lalalalalalalaalaaaa...

Sepanjang Ieda kat sana, memang berpuas hati dengan  layanan staff Hotel.. Dan perkhidmatan yang diberikan pon memang terbaik... Pemandangan yang sangat mengujakan mata yang memandang.... Wahhh..!!! Ala-ala hutan gitu... hahahaaaa... Tapi jika dikira semua skali.. ieda bagi markah keseluruhan 110% la kat Hotel A'Famosa Resort.... Terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang kami berada di sana...
^______________________________^

Drive ontheway to MELAKA.... Jalan jem.. So rehat sebentar dengan Snickers.. hahahahaa..

Nie la bilik yang sangat-sangat selesa.. Wahhh...!!!!

antara game yang dipertandingkan...^________^....

Tadaaaa..!!! Nie antara peserta yang join game gelong... lalallalaa...~~~

Ehem...Ehemmm..!!! Toing-toing....!!!

My Dady... My Superhero... Okbai...

Mamy sayeeeeeee.... hahahahahhaa..!!!

Game yang paling melucukan... hahahahaaa..!!! Couple game...

Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Tetamu Terhormat yang hadir.

Karouke ke bang.... Sedihnyeeeee....

Nie lah dia Pengacara Majlis malam Gala Family Day...
Akhirnya menunjukkan bakat nyanyiannya tuuu... Wahh..!!! kelas ko Maria...

Dinner time... Kuang, kuang, kuanggg..!!!! Ok..??? Boleh laaaa.. 

Cowboys Town bebeh...!!!! yeeeehaahhhh...

Cowgirl.... hehehheheee.....


Volcano Shabu Shabu .......

Lapar...!!! Lapar...!!! Lapar...!!!
Ok.. Jom kita intai-intai jenguk-jenguk sikit dekat Restoren Volcano Shabu-Shabu di Cyberjaya... Memang terangkat sangat yerk.. Wow...!! Terdapat 6 jenis pilihan sup yang ditawarkan. Tapi Ieda dengan Si Cik Dayah nie just pilih yang biasa je... Ieda punya Tomyam Sup dan Dayah pilih Chicken Sup... Begitu jugak dengan Set... Oleh sebab kita orang datang 2 orang je.. So kita orang pilih set untuk 2 orang laaaaaaa... Chiken n Beef... Nice sangat... Wow...!!!!!! 

Harga agak berpatutan... Mampulah kalau budak-budak sekolah pon datang makan ramai-ramai dengan kawan-kawan kan.... Sebab memang ok sangat harganya.. Kita orang pilih set untuk 2 orang pon sampai tersandar kekeyangan, tu pon tak habis... Huuurrrmmmm..... So kalau datang 2 orang just pilih set single pon ok... ^______________^..... Boleh la share-share kan.... Just tambah extra sup sahaja... Extra pun baru RM2 je..... Murah kan...??? heheheeee...

Dari sudut keselesaan pulak, memang sangat-sangat memuaskan... Shabu-Shabu bermaksud makanan yang dicelup... Memandangkan nama pon dah ala-ala Jepun.. So restoren pun dah comfirm lah ala-ala Jepun.. Memang selesa sangat. Sedikit privacy you... heheheee.. Bagi yang berrrrrrrcouple... Bagusssssssssss sangat.... lalallalaaa... No komen....

So kepada korang kalau yang suka mencuba sesuatu yang baru.. Ieda syorkan kepada korang 
Restoren Volcano Shabu-Shabu di Cyberjaya.... Ianya pasti akan menggamit selera korang...
Wahhh...!!!! Ieda pasti datang lagi.... 

Ini lah set untuk 2 orang yang Ieda dengan Dayah pilih.... Chiken and Beef...
Tomyam sup and Chiken sup..

Muka Cik Dayah kita yang kekeyangan... But stil cun you... So sweet..
lalalalalalaaa...~~ 
Lenguh puji... Dayah tak nak belanja Ieda makan Shabu-Shabu lagi ke..??? ehehhehe....

Nie la ianya.... hahahaaaa... Kenyang gila kottt.... Nasib baik la ada Fresh Oren tu... Melegakan tekak yang mulai meloyakan nie.... Fuhh..!!! ayat... Kelas ko Maria...!!! 
^___________________^

"BeLuM CuBa BeLuM TaU"


PeLuanG KeDua DaLaM MenCaRi KeBaHaGiaaN

Tahniah... tahniah.. dan tahniah pada salah seorang kawan Ieda yang katanya bakal melangsungkan perkahwinan untuk kali ke.... Jeng..Jeng..Jeng... hehehehee.... (rahsia..!!!) Ieda cukup-cukup gembira bila status Facebook dia tentang peluang keduanya dalam mencari kebahagiaan hidup di alam perkahwinan. Ieda sebagai seorang kawan, tumpang gembira bila melihat kawan-kawan lain mendapat kebahagian dalam kehidupan masing-masing.

Bagi Ieda dalam mencari kebahagiaan dalam kehidupan nie pelbagai halangan dan situasi yang akan ditempuh oleh setiap orang. Lain orang, lain cabarannya. Termasuk juga diri Ieda. Bagi Ieda, Ieda sangat-sangat bersyukur kerana kawan Ieda diberikan peluang seterusnya untuk dia merasai kebahagian di alam perkahwinan nie...

Kecantikan dan harta benda bukanlah sesuatu yang menjaminkan kebahagiaan seseorang dalam istilah hidup di alam perkahwinan, TETAPI pokok pangkalnya, hati dan tujuan seseorang menerima kita. Jika hatinya ikhlas menerima kita, tujuannya menjadikan kita sebagai teman hidup, insyaallah... Kebahagian akan datang tanpa perlu kita mencarinya.. Itu tidak bermaksud kebahagiaan akan datang bergolek je dekat kita, tetapi bila segalanya ikhlas kebahagian yang dicari akan menjadi mudah untuk kita temui sepanjang perjalanan kita melayari kehidupan berumahtangga. Alah, senang kata macam highway lah... Senangnya nak mencari kebahagiaan tu... Tapi jangan ingat tak ada cabaran yerk... Sebab, pakai highway pon ada tol ok.. Jangan lupa tu... lalalalalaalaaa...

Hah..??? Ieda..??? huurrrmmm.. No komen la bilanya... Belum sampai seru dan jodoh lagi yerk... Sampai masa.. Dapat la kad jemputan tu... Tak payah la risau or bertanya tentang bab kawin-kawin nie dengan Ieda... egeegegeee...

Pada kawan Ieda yang comel, manis and cantik molek nie... Semoga peluang yang datang kali ini menjadi sesuatu yang terbaik dalam diri kau. Menjadi episod kebahagian ibarat "kasih tercipta" gitu ok... Dan tak akan mungkin untuk jadi "cinta ku bukan diatas kertas" lagi yerk... Insyaallah.. Ieda sebagai seorang kawan... Mendoakan yang terbaik dan sentiasa berharap kebahagiaan sentiasa mendampingi kau ok.... 

-AMIN-

KaU aTau aKu...?????

"TePi DuLanG PaKu SeRpiH, KaTa oRanG DiA YanG LeBiH"

Terkejut dengan kata-kata DIA untuk Ieda.. "cepatnya awak dapat pengganti..." padahal Ieda dengan orang tu hanya kawan... Akhirnya hari nie terbukti DIA yang kononnya membuang seseorang dari hidupnya, kini dah pun declared couple dengan orang yang kononnya dia buang tuuuu... hahahahahaa...!!! kelakar la weiii...!!!! Lambat laun... Orang tau jugak laaaaa... kikikikikiii...

Itu laaa... Lain kali please laaaaa... Jujur... Kalau tak nak jujur pada orang lain.. Please la jujur pada diri sendiri... Hahahhaaaaa...!!! Kesian... Tapi beruntung sangat Tuhan kenalkan Ieda pada DIA nie... Sekurang-kurangnya Ieda boleh jumpa manusia yang berperangai macam nie... Manusia yang tidak jujur pada diri sendiri nie ramai BUT yang nie special sikit....

Biasanya orang yang menunding jari ke arah kita akan sesuatu perkara yang kita tidak buat biasanya DIA ingin menutup kesalahan dirinya sendiri... So, kepada korang.. Tak payah la korang sedih-sedih nak menangis di sebabkan orang tuduh kita nie buat benda yang bukan-bukan.... Sebab, hakikat sebenarnya DIA yang buat... lalalallaaa..... No komen... hehehheehee...

Pesanan Ieda dekat korang, korang, korang dan korang.... Jangan sesekali bercakap akan sesuatu perkara yang kita tak pasti lagi kebenarannya. Sebab bila kita asyik bercakap je benda tu, sedangkan orang tu tak buat... Lama-lama ianya jadi fitnah tau.. Dah dapat dosa... Pahala tu dah payah nak buat... Last-last... Kita pulak yang buat benda tu... Ok...So, jaga mulut anda.... Tak lupa jugak, hati tuuu....

Pada DIA, Ieda harap korang berdua berbahagia la sepanjang hayat... Semoga di panjangkan jodoh pertemuan korang.... Ok... Yang paling penting.. JUJUR PLEASE...!!! Jangan lupa jugak... Lepas nie jangan tikam belakang kawan lagi.. Bahaya tauuuuu.... Hah..!!! Tak lupa jugak... Jangan lari dari masalah yang mendatang. Lambat laun kena hadap jugak masalah tu. Jangan tuduh orang bukan-bukan sebab lama-lama kita jugak yang buat.....

- PEACE -
^___________________^

Disini Kau Kata "Sayang"... DiSana Kau Kata "I Love U"

Hubungan yang terjalin ibarat sesuatu yang suci... Dilahirkan dengan keihlasan dalam hati dan cinta yang lahir tanpa diduga.... DIA walaupun hubungan kami tidak terjalin seperti baru-baru ini... Tetapi ungkapan sayang sentiasa dilafazkan pada aku... Setiap kali sebelum tidur... Jika DIA ada disebelah aku.... 

Hati yang hancur sedikit demi sedikit makin mendalam... Semakin aku lari... Perasaan sayang makin membara... Bayangkan... DIA datang mencari ieda.. kononya nak ajak keluar... TETAPI ada maksud di sebaliknya... Ieda akui.. Perasaan yang telah lama terjalin bukan senang untuk di padamkan dalam masa sehari dua... Ieda cuba lari.. Tapi dia masih menyusuri setiap nafas ieda.... Hati yang nekad membuang... Semakin lama makin dekat...

"saya sayang awak... tapi kadang-kadang awak nie.... eeeeee....!!!"

Seandainya DIA dan aku tidak ada jodoh lagi... Jauhkanlah DIA dari aku Ya Allah... Seandainya DIA yang terbaik untuk aku... Dekatkan DIA pada aku Ya Allah.... Aku keliru dengan apa yang dia cuba lakukan dan merangcang untuk DIA dan aku.........

Setiap kali dia di sebelah aku, aku dapat merasakan kehangatan cinta dan sayang DIA pada aku.... Setiap kali nafasnya menghembus.. Aku boleh merasakan dia hanya untuk aku.... Kenapa dan Mengapa... Aku tidak mahu tahu dan memahaminya... Kerana aku tahu, perkataan sayang yang DIA lafazkan pada aku adalah ikhlas dari hatinya.... Bukan sekadar di bibir...

TETAPI

Akhirnya aku mengetahui dia mempunyai orang lain... "i love u" sungguh menyakitkan hati aku.... Lebur, lulur berkecai hati aku... Kawan sekolah aku sendiri menikam aku dari belakang.... Menyelinap masuk dalam keadaan tegangnya hubungan kami.... Sungguh aku tak sangka... Ya Allah... Kuatkan lah hati aku ini......

Kini aku membuat keputusan, Aku akan membuang DIA jauh dari kehidupan aku... Campakkan dia jauh dari hati aku.... Aku tak perlukan lakonan manusia bertopeng untuk memainkan perasaan aku... Aku kenal siapa DIA... Aku berharap kawan aku yang bakal menghuni hati DIA akan menerima dirinya seperti aku dapat menerima diri DIA... Kehidupan DIA dengan SUGARMAMY... KEWANGAN yang tidak menentu... perangai ANAK EMAK yang tidak dapat dilepaskan... suka MENCUNGKIL MASALAH kemudian tinggalkan... perangai KEBUDAK-BUDAKKAN yang tidak dapat diungkai... KETIDAK MATANGAN dalam berfikir untuk dirinya sendiri dalam menyelesaikan masalah..... SUKA BUAT KEPUTUSAN TERBURU-BURU..... Dan sifat DIA yang sangat suka LARI DARI MASALAH..... 

Aku harap mereka bahagia dengan kehidupan mereka... Seandainya jalan yang mereka pilih ini adalah yang terbaik..... Aku doakan semuanya berjalan dengan lancar.... Biarlah aku dengan kehidupan aku... DIA dengan kehidupan dia..... 

"APABILA 2 HATI SUDAH SEBATI, IANYA SUKAR UNTUK DILERAIKAN"

StRessss... So... LEPAK laaaa....

Hai..... Skarang nie ieda memang tengah stress gila dengan soal percintaan yang menjerat perasaan ieda sendiri... ok, lalalalaaaa... hahahaa...!! please la ieda... masalah cinta adalah satu masalah biasa... 

Akhirnya ieda ajak housemate melilau kat pasar malam di Putrajaya, Presint 2... hehehee..!!! hanya untuk lepaskan stress ok.. tak lebih... bukan nak cari jodoh... Hati ini hanya untuk dia.... Insyaallah.... Selagi ieda boleh tutup hati ini untuk orang lain... Ieda akan tetap menyayangi dia... Kerana ieda sendiri pon tak paham apa maksud diri dia yang mengatakan....

"saya sayang awak... tapi kadang-kadang awak nie.... eeeeee....!!!"
" kalau awak sayangkan saya, tinggalkan apa yang awak buat tu..."

Entah la nak cakap apa.. Dia nie terlalu banyak berkias laaa.... Terus terang lagi bagus la.... kan..kan..kan.... hurrrmmmm..... Tapi perangai still menandakan sayangnya pada ieda masih dalam... Oooopppsss..!!! Ieda pleaseeee.... jangan terlebih nanti kau rebah sakit sangat-sangat k....

Oklah, ini beberapa keping gambar yang ieda nak kongsikan dengan korang k... lalalaaa...^___________________^....

nyum-nyummmm...!!! air tebu k... 

tengok ape nie dayahhh... tengok je tau....

tengok..!!!! best kotttttt.... heeheheeee..

Jeng...Jeng...Jeng...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



WaYanG-WaYanG oh WaYanG...!!!!!!!!

Wahhh..!!! skarang nie ieda dah jadi hantu wayang... Sejak-sejak stress dengan seseorang nie... hahahahaaa..!!! ok... habiskan masa dengan tengok wayang dan korauke.... Yelah dari ieda asyik buat benda-benda bodoh baik la ieda buat benda-benda yang berfaedah dan tak memudaratkan diri ieda... kan..kan..kan.... ^______________^...

Semua cerita dan tengok... Baik dari cerita melayu... or sebaliknye.... 
Ade aku kisah...???????? hahahahhaaa...

So. kat sini ieda saje-saje nak berkongsi dengan korang gambar yang ieda ambik untuk koleksi diri sendiri yang gatal nak bergambar nie... hehehehee... 

Control sikittttt... heheeeee...^____________^...........

Nie Meon namanya... manusia yang temankan ieda tengok wayang... lalalaaaa~~~~

Amacam..??? ok kew..??? hahhaaaaa... test-test pleaseeeee..!!!!


JanJi MelaYu.... & JanJi-JanJi MaNiS Mu...?????

Janji melayu nie kalau diceritakan, dileraikan dan ditafsirkan... ramai yang kata memang menyakitkan hati... Janji pukul 9 tapi sampai 10.30.... hurrrmmmm... meletihkan.... Tapi macam mana janji-janji manis mu... hah...!!!! nie kita nak sembang-sembang dan bercerita tentang janji manis mu wahai lelaki-lelaki melayu.... hahahahaaaaa....

Dekat office ieda sendiri ada sorang staff yang hampir setahun berkahwin dengan seorang warga Negeria.. Ieda mulanya sedikit pelik la.. Kenapa la dia pilih lelaki bukan melayu sebagai suami, teman hidup dan kawan sepanjang hayat.. Timbul juga persoalan takde lelaki melayu ke nak pilih sampai kena pilih lelaki bukan melayu.... Jawapan yang diberikan kepada semua soalan ieda ajukan tu... 1 jew... "Aku dah bosan dengan lelaki melayu nie... Menabur janji manis kemudian janji hanya tinggal janji.." fuhhh...!!!! eheheheheeee..... jawapan yang padat dan hangat sangatttt..... 

Dulu, dalam hati ieda sendiri mengatakan NO..!!! pada lelaki bukan melayu untuk dijadikan teman lelaki apatah lagi suami.. BUT, setelah hati terluka dan hancur berderai dengan ungkapan cinta dan perasaan sayang yang ditaburkan oleh lelaki melayu nie... Akhirnya ieda paham kenapa kawan office ieda tu memilih lelaki bukan melayu..... Kerana kini ieda sendiri akui... Hati ieda kini lebih terbuka kepada lelaki bukan melayu.... Jeng jeng jenggg.... hahahahaaaaa.... Ieda sendiri pun tak tahu kenapa dan mengapa boleh hati nie berubah macam nie... Bukan tak nak memilih lelaki melayu.... Lelaki melayu masih menjadi pilihan tetapi lelaki bukan melayu kini menjadi pilihan utama.... Huuurrrrmmmm... sudahhhhh.... hahahhaaaa...

Pelik bin Ajaib leeeeee.... Addduuu... macam mana boleh jadi macam nie not sure... Ieda tak pernah mintak hati nie berubah tetapi ianya sendiri yang berubah... Jodoh, pertemuan, ajal maut semua ditentukan oleh Allah s.w.t seandainya dia menetukan jodoh ieda seterusnya dengan lelaki bukan melayu, itu bermakna Dia ingin menyuruh ieda menjemput seorang lagi hambanya mendekati agama Islam itu sendiri... Meramaikan lagi umat  Islam di bumi yang dicipta-Nya. Alhamdulillah.....

Kalau dihitung semua keturunan keluarga Ieda... Boleh dikatakan 3/4 keluarga Ieda memilih lelaki dan wanita bukan melayu sebagai teman hidup.. Malahan yang paling menarik sekali, nenek ieda sendiri berketurunan mamak.. Wowwww...!!!! hahahaha... Mengejutkan bukan... lalalalala... Tetapi kebayakkan keluarga Ieda memilih Cina sebagai teman hidup mereka... Kenapa dan Mengapa.. huurrrmmm.... I malas nak tanya u... kikikikikiii.... Pilihan masing-masing.. Itu yang terbaik.. so, ok.... ^____________^...

YANG PASTI.....!!!!
Ieda masih tidak dapat menerima sesiapa sebagai penggangti dalam hati ieda... Bagi Ieda DIA masih wujud di suatu sudut dalam hati ieda.... Hurrmmm.... GILA...!!!! Sampai bila..??? Tak tahulah.... Mungkin suatu hari,  Tuhan membuka pintu hati Ieda untuk menerima orang lain sebagai pengganti.. Ieda akan terima seadanya dia.... Insyaallah....

Ieda kalau boleh tidak mahu terburu-buru menerima seseorang dalam hati ieda ini... Cukuplah kekecewaan dan kelukaan hati ieda yang sedang ditanggung kini... Bila hati sudah terluka... Peritnya terasa dan entah bila lukanya akan pulih... Walaupun ianya pulih, parutnya akan kekal sehingga ke akhir hayat.... Walaubagaimana pun... Itu semua ieda terima dengan redha dan menganggapnya sebagai liku-liku kehidupan ieda....



^____________________________^
....AkU HanYa InGin BaHaGia....


"KeRinDuaN YanG Ku TanGGunG"

Kerinduan yang di tanggung oleh sesiapa sahaja pasti akan menyebabkan kelukaan dalam hati... Begitu juga bagi ieda yang menanggung rindu pada si dia... Samaada si dia sama seperti ieda atau tidak ianya terpulang pada dirinya... Tetapi bagi ieda, kerinduan yang ieda harus ditanggung setiap saat, setiap minit, setiap hari amat melukakan hati ieda sendiri... Sepahit mana pun ianya harus ieda telan untuk menjalani kehidupan seharian... Walaupun hakikatnya ieda tidak dapat mengelak akan fikiran dan hati ieda dari memikirkan dirinya..

Bagi sesetengah orang yang merasainya... Ianya hanyalah perkara biasa dan memang memahaminya... Tetapi bagi mereka yang tidak pernah melaluinya, perkataan bodoh itu pasti mengukir di bibirnya.... Terpulanglah pada diri korang nak kata ieda bodoh ataupun gila pada ieda tetapi hakikatnya rindu yang ieda tanggung ini, rasanya sangat perit dan tidak tertanggung lagi... Seandainya ia mampu meronta... Pasti korang dapat merasakan dan melihat bagaimana hati dan perasaan ini....

Bagi ieda sekarang...Walaupun tidak dapat menanggung lagi perasaan ini... Ieda harus kuat untuk menyembunyikannya dan harus ukirkan senyuman di hadapan orang sekeliling... Supaya tidak dapat sesiapa pon membaca isi hati dan perasaan sebenar akan apa yang sebenarnya hati ini bicarakan......

Sehebat mana pun hati ini merindu.... Ieda doakan dia dikurniakan seseorang yang akan sentiasa sayang dan cinta dia sepenuh hati... Kerana bagi ieda, seandainya takdirnya bukan untuk ieda, pastikan takdirnya dengan seseorang yang mencintainya

WeDDinG oh WeDDinG

Tanggal tarikh 15 September 2012 bersamaan 28 Ramadhan, berlangsungnya resepsi sepasang pasangan mempelai di Dewan D' Kelana, Kompleks Sukan Kelana Jaya. Ieda sekadar temankan kawan ieda yang merupakan jemputan majlis tersebut... alah... temankan jew ok... hahahahaaa...

Sepanjang majlis berlangsung... Sempat lah ieda menjamu mata dengan hiasan yang simple tetapi cantik. Majlis yang sederhana tetapi agak meriah dengan alunan kompang sewaktu ketibaan pengantin dan celoteh pengacara majlis yang tidak kering gusi mengusik para tetamu yang hadir.

Dari segi makanan yang dihidangkan... Ianya sekadar biasa seperti majlis-majlis repsepsi yang lain. Walaupun begitu ianya sudah cukup memuaskan selera tetamu yang hadir. Dengan 2 jenis nasi yang disajikan dan dihiasi dengan 2 jenis lauk termasuk sedikit pemanis mulut yang disediakan. Seperti Cendol pulut dan buah potong.

Apa yang boleh ieda dikatakan disini... Majlis yang diadakan adalah sederhana dan cantik.... Bagi ieda, walaupun majlis yang sederhana tetapi boleh nampak cantik jika kena dengan caranya.. Tidak semestinya kita memerlukan bujet yang tinggi untuk mendapatkan majlis resepsi perkahwinan yang cantik..

Cenderahati yang ringkas dan comel juga diberikan sebagai tanda ingatan ikhlas daripada pihak pengantin kepada pada tetamu yang hadir ke resepsi tersebut... 

Kepada mempelai tersebut... SELAMAT PENGANTIN BARU dan semoga hubungan yang diikat ini berkekalan sehingga ke akhirnya.... Semoga hubungan yang dimetrai ini juga di iringi doa dan restu tulus ikhlas dari kedua-dua ibu bapa mereka.... Insyaallah....

Antara hiasan disepanjang laluan carpet merah.......

Hiasan cantik lagi memukau untuk meja santapan para tetamu yang hadir....

Sebahagian daripada Ex-ILP kuantan yang hadir di majlis tersebut.....
Senyum...senyum... hahahahahaaaa.....

Pengantin segak berbaju biru,
Atas pelamin asyik berangan,
Ku ucap SELAMAT PENGANTIN BARU,
Semoga bahagia kedua pasangan,

Di malam hari terang senegeri 
Bulan purnama dihujung julai 
Majlis gahari bertambah seri 
Menyambut kedatangan kedua mempelai
 Amat garang datuk bentara 
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua 
Hidup bersama susah senang

10,000 LaNgKaH at PuTRaJaYa

Baru-baru ini pada 09 September 2012 pada hari Ahad telah berlangsung seluruh negara Program 10,000 Langkah yang mana telah dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record.... Tahniah kepada semua yang telah menyertainya ok... 

Untuk Program tersebut... Ieda merupakan salah seorang urusetia yang bertugas untuk menjaga kelancaran program tersebut. Ieda dan warga office telah ditugaskan untuk menguruskan segala pelaksanaan program tersbut di Putrajaya Presint 3.

Program ini tidaklah terhenti disini sahaja, ini kerana masih banyak lagi acara dan jadual yang dijalankan oleh pegawai yang menguruskan program ini. Untuk korang yang berminat  untuk mengetahu lebih lanjut mengenai    Program 10,000 langkah ini silalah menghubungi :-
ENCIK SAIFUL ADLI BIN SUHAIMI  di talian 03-8883 4409
di Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

Disini ieda coretkan gambar yang sempat ieda ambil sewaktu acara berlangsung pada hari tersebut.. :-
Nie EO ieda dan kawan ieda yang telah menjadi Urustetia pada
hari tersebut... 

Dah penat bertugas... Kini tiba makan time... ok..!!!
hahahhaaaa...

Before balik... Gambar dulu ckit... Klik..!! Klik...!!!
control.....hahaha



NASI LEMAK oooo... NASI LEMAK....!!!!!

Wah... Nasi lemak sangat best kan.. Tak kiralah bila dan dimana tempat dan masa hendak di nikmat kan.... hahahahaa... Kebetulan masa ieda dengan 2 orang lagi kawan ieda nie tangah lapar so, kita orang singgah la makan-makan di NASI LEMAK PANAS, Kajang... 

Memang terbaik service, harga dan suasana... Agak santai... Parking kereta pon senang... Tak ade masalah untuk korang pegi menikmati nasi lemak kat kedai nie... So... Jom pakat rasa nasi lemak nie ok...

Nie gambar yang kita orang makan malam tu...
Best..!!! hehehee... 




KeTupaT SoTonG.....!!!

KETUPAT SOTONG....!!! KETUPAT SOTONG....!!!!
hahhaaaa.... wah..!!! nampak sedapkan... Yes..!! memang sedap.. Ketupat sotong nie sememangnya sinonim dengan Negeri di Pantai Timur iaitu, Terengganu dan juga Kelantan... Errmm... Tetapi hakikatnya.. Ketupat sotong nie ada 2 jenis masakkan... Ketupat sotong untuk terengganu nie menggunakan santan dan rasanya agak lemak... Dan untuk Ketupat sotong Kelantan warnanya seperti keemasan. Ini kerana Kelantan menggunakan tambahan gula melaka didalam masakkannya.... Berbanding Terengganu menggunakan hanya santan.... 

Masa hari raya yang lepas, sempat jugaklah ieda merasa ketupat sotong nie... Kebetulan pegi rumah mak saudara ieda di Kuala Ibai, dia hidangkan Ketupat sotong nie..... Sooo... Terima kasih lah pada tuan rumah Dato Ibrahim dan Datin Nora sebab sudi masakkan ketupat sotong nie untuk kita orang tetamu yang datang bertandang ke rumah beliau.... heheheehheeee... yang paling penting sedap k.....

So.. Untuk korang.. Ini lah resipi KETUPAT SOTONG dari ieda kepada anda... :

bahan-bahan :-
10 ekor
1 Cawan beras pulut, bukan beras nasi k....
2 cawan santan yang pekat , jangan yang campur air tu, tak sedap
sedikit garam
Halba dan halia
Lidi
Gula

Cara membuatnya :

Rendam dulu beras pulut yang bersih dengan santan lebih kurang setengah jam. Toskan tau. Lepas tu santan tadi kan masuk dalam periuk yang nak masak.

Lepas tu asingkan sotong dengan kepalanya. Masukkan beras tadi lebih kurang 1/3. Apa lagi ek, eerrrmmm lepas tuuu.... Nak bagi lekat ambil lidi cucuk. 

Lepas tu masukkan dalam periuk yang ada santan tadi. Campurlah sekali halia dan halba tadi, tak lupa juga sedikit gula dan garam. Masak hingga pekat,

Itulah cara ieda buat selalunya.... So...Selamat mencuba.


Nielah rupa KETUPAT SOTONG yang ieda makan dekat rumah Mak Saudara ieda hari tuuu...
Wahhh..!!! best...!!! hehehheee..

CoKLaT oh My CoKLat... ^__________^....

Hai...!!! Nie kita nak borak-borak pasal coklat... Dalam kajian coklat merupakan salah 1 makanan yang boleh MENANANGI STRESS.... Errrmm.. Bagusnya coklat nie kan.. Tapi sesetengah orang.. Coklat nie boleh menyebabkan kegemukkan... Itu kalau ambil secara berlebihan.... Tapi kalau setakat nak buat ubat tu... Ambik lah dalam kuantiti yang berpatutan yerk... heheheheee... 

Ini merupakan beberapa keping gamabar ieda dan budak-budak office ke KILANG COKLAT BERYL'S di Bangi... Dekat sana pelbagai coklat yang dijual... Ieda pon naik rambang mata dibuatnya... Yang paling penting ianya.. BERPATUTAN... harganya murah dari harga biasa yang kita boleh beli dipasaraya.. Maklumlah... nama pun kilangkan... SO kepada korang yang nak tray coklat brand Beryl's nie... 

Silalah ke:-
So... Kepada penggemar coklat.... Jom pegi ramai-ramai...!!!!

Sedapnyeeee lah coklat nie kan.... menarik sangat sampai rasa sayang nak makan....

Dark coklat... bagi yang gemarinya sialakan.....
^___________^

Bagi yang jimat.... Bungkusan yang biasa pun ada... murahlah sikit....

Wah...!!! Macam-macam perisa ada.... Naik juling mata nie.... Errrmmm....

Nah... ambik kau..!!! hahahaaaa.... sampai penuh plastik beg tu borong coklat...
Dia nie sorang memang suka sangat dengan coklat.. Sampaikan hari tu 2 plastik beg dia 
borong coklat kat situ... hahahahaaaa...!!! oklah tuuu...

Nie ieda sebahagian buah tangan ieda untuk kawan-kawan ieda dan jugak tak lupa
pada yang tersayang... heheheheheee......

NIE JEW GAMBAR YANG SEMPAT IEDA SEDIAKAN UNTUK KORANG... NAK LEBIH PEGI DAN TENGOK SENDIRI K... LAGIIII PUAS HATI....

SuKa aKu or TaK SuKa aKu..???? aDe aKu KiSah.....

Dimana-mana sahaja, tak semua orang suka akan kita.. Bagi ieda kau suka ke tak suka ke ada aku kisah.... hehehehehheeee... Terpulanglah pada individu tersendiri.. TETAPI bagi ieda orang suka ke tak suka ke itu terpulang pada mereka yang penting bagi ieda korang semua sama sahaja.. Kalau mati just bawak kain putih jugak kan.. Tiada bezanya... hahahahaaaa... Kalau kau jatuh tepi longkang sekali pon ieda akan tetap tolong kau... Sebab alhamdulillah, Ieda jenis yang cepat lembut hati sebenarnya.. Ieda lebih suka pegang pada "biar orang buat kita, tapi jangan kita buat dekat orang.." TETAPI, kalau dah keterlaluan... Tak lah dilihat macam tuuuuuu je.... Sabar manusia ada hadnya.... Betol tak..??? hehehehee...

Hati kita ni kenalah bersih sikit... Ieda nie pun bukannya baik sangat, Jahil jugak... uhuhuhuhuuhuuu... Tapi bagi ieda janganlah kita tunjuk sangat perangai buruk kita tu pada orang... Bagi ieda semua orang ada perangai buruk masing-masing.. Tidak terkecuali diri ieda sendiri... Tak semua orang jahat tu memang dia jahat... Setiap yang jahat pasti ada baiknya.... Begitu jugak orang yang baik... Pasti ada jahatnya... Walaupun tak nampak jahatnya di mana...kan..kan..kan.... ^___________^...

Bagi Ieda soal orang suka kita atau tak suka kita nie bukan persoalan untuk ieda putus semangat dalam menjalani kehidupan seharian.. Bagi ieda ianya 1 cabaran... Kalau makin kau tak suka... Makinlah ieda buat kau sakit hati...kikikikikiiii..... Dulu masa kau susah Ieda tolong tu semua ikhlas... Bagi ieda... Ieda tolong kerana memang tanggungjawab ieda sesama manusia... Kawan-kawan.. Adik-beradik.... Bagi ieda, biarlah Tuhan yang membalasnya... Apa yang diberikan keatas semua ieda lakukan, Ieda sambut dengan ucapan Alhamdulillah... Syukur..... 

Kebersihan hati kita nie boleh dinilai dengan perbuatan kita sendiri sebenarnya... Tidak kiralah perbuatan  dengan orang lain atau perbuatan keatas diri kita sendiri...  Semuanya boleh dinilai.. Bagi Ieda berbuat baiklah kita dengan orang lain dan diri sendiri kerana ianya boleh mencerminkan diri kita... Malahan orang lain  juga boleh menilai kita dengan perbuatan kita tu....

Perangai buruk nie semua orang adakan.. Tapi ieda nasihatkan janganlah tunjuk sangat ok... Bila orang tengok rasa macam diri kita nie rendah sangatlah... Jangan jatuhkan maruah diri kita dengan pandangan orang terhadap kita.. Walaupun dengan hanya perbuatan yang sangat-sangat biasa.. Kadang-kadang ianya boleh menjatuhkan maruah kita.. Dah kena cop perangai hodoh pulakkkk... hahahahaaa.....

So pesan ieda... Jagalah adat dan perangai kita.. Kerana ianya boleh mencerminkan keperibadian kita.... Ini bukan sekadar pesanan untuk korang semua tetapi pesanan untuk diri Ieda sendiri......

"MenJaGa KeHorMataN DiRi DeNgaN MenJaGa PeRbuaTaN KiTa"

:: PeRisTiwa SeMaLaM ::

Semalam pertama kali aku melakukan perkara bodoh yang tak pernah aku terfikirkan.... Turun dari kereta lepas tu buat bodoh jew.... hahahaaaa.... Semua nie pasal kes BENGANG bila penjelasan yang diberikan tidak di dengar.... Ieda bukan sengaja nak buat semua tu.. Ieda pun tak tahu kenapa ieda buat macam tu... Semua tu tindakkan luar kawalan...

Ieda tahu dia terasa semalam bila dia tahu pasal ieda sudah mencari pengganti bagi dirinya.. Ieda buat semua tu hanya semata-mata untuk melupakan dia. Tidak lebih dari itu.. Tetapi hakikatnya dia sentiasa di hati dan benak fikiran ieda... Ieda tidak tahu bagaimana lagi harus ieda lakukan untuk melupakan dia.. Ieda tahu, dia sayangkan ieda.. Hubungan kami keretakkan kerana fitnah dan pilihan keluarga.. Ieda tahu tindakan ieda dengan menerima orang lain adalah cara yang jarang orang lakukan... Tetapi Ieda merasakan, itu adalah cara terbaik untuk Ieda lupakan dia...

Akhirnya, setelah berlakunya peristiwa semalam... Ieda dengan nekad membuat keputusan meninggalkan "pengganti".... Ieda akan setia menunggu sehingga dia dapat menerima Ieda kembali seperti dulu.. Seandainya tiada jodoh antara kami, Ieda akan menerima dengan redha.. Tetapi selagi hati ini masih sayangkan dia, cinta masih berputik untuk dirinya.... Ieda akan menanti dia selamanya... Selagi hayat dikandung badan.....

Ieda tidak pernah merasai cinta sebenar, tetapi setelah dia mengenalkan ieda dengan perasaan cinta... Ieda tahu bagaimana cabaran cinta.. Ieda sudah mengenal erti cinta sebenar.. DIA adalah segalanya untuk Ieda...
CINTA, KASIH dan SAYANG hanya untuk DIA....

SuKaR MeLupaKaN.....

Entah kenapa hati ieda tidak dapat melupakan dia, berbanding dia ieda tengok seperti tiada apa yang membuatkan dia usaha untuk membaiki perhubungan antara dia dengan ieda. ieda mengambil jalan mudah untuk melupakan dia dengan cara menerima seseorang hadir di dalam kehidupan ieda. Iaitu sebagai pengganti diri dia... tetapi ieda silap, dia tidak dapat di gantikan oleh sesiapa. Bagi ieda dialah segalanya untuk ieda...

Setiap hari dan setiap saat fikiran dan hati ieda teringat dan memikirkan dia. Mungkin sebab dia lah cinta pertama bagi ieda, dia juga mengajar ieda erti kasih sayang sesorang lelaki, dia juga merupakan mengapa perlu ieda berjuang dalam kehidupan ieda dalam erti mengenal cinta. Bagi ieda, dia adalah segalanya untuk ieda dan dia cukup-cukup membuat hidup ieda terasa sungguh sempurna.

Kini sejak dia mengambil kembali hatinya dari ieda... ieda mulai terasa sangat-sangat kosong dan sunyi... Kini juga ieda mulai faham mengapa dan kenapa seseorang itu sanggup bunuh diri kerana cinta... Alhamdulillah... Iman masih kuat di dada... Fikiran ieda masih waras dalam berfikir mencari jalan penyelesaian masalah antara dia dan ieda.... Tuhan masih sayangkan ieda... Kecewa macam mana pun hati ini... Hidup harus diteruskan.. Masih ada yang masih menanti ieda... Iaitu, anak-anak ieda yang masih memerlukan ieda.... 

Semua yang berlaku ieda jadikan iktibar kepada diri ieda sendiri... Supaya ieda tidak mudah lalai dengan perasaan ieda.... Pada si dia... Ieda akan tetap menyimpan perasaan ini hanya untuk dia... walaupun bila kedengaran bunyinya agak gila... Ieda tahu, suatu hari nanti... Dia pasti milik ieda... Selamanya.... Insyaallah.....

ErTi SeTia PaDa 1.....

Bila dikatakan BELAJARLAH SETIA PADA 1... Mesti dikaitan dengan setiap pada seseorang yang kita cintai... Yup.. memang betul... Si dia menyuruh ieda blajar setia pada yang 1... Katanya dia menolak ieda kerana ieda tidak pandai setia pada yang 1.. Hakikatnya ieda dan yang lain hanya berkawan.. Tidak sama seperti DIA.... Tetapi, hakikatnya hati dia sendiri berbelah bagi... Separuh pada ieda, separuh lagi pada perempuan yang dipanggil MAMY.... So sweetkan... Itulah hakikatnya...

Kadang-kadang ieda sendiri keliru.. Siapakan perlu untuk belajar setia kini.. Dia menunding jari kepada ieda mengatakan ieda curang padanya... Tapi bila ieda mahu tarik dia berjumpa dengan kawan-kawan ieda yang dikatakan SCANDEL tu pelbagai alasan.. Ieda hanya nak membuktikan yang ieda tidak bersalah.. Itu sahaja... Salah ke tindakan ieda nie.. Ieda sendiri pun pelik, pening dan keliru dengan semua nie... Serabut dan semak kepala otak nie....

Sekarang nie hubungan kami dilanda masalah yang sangat besar dan melibatkan keluarga.. Dia membuat keputusan supaya ieda dan dia back to normal... Iaitu sebagai kawan.. Ieda menerima keputusan dia dengan rela hati.. Walaupun hakikatnya Ieda tidak dapat menerima keputusan tersebut... Ieda terpaksa juga menerima keputusan tu.... Demi keluarga dan masa depan Dia.... Ieda faham situasi dia kini...Tapi masalahnya semakin ieda lari... semakin dia kejar... Dia pulak tidak boleh menerima keputusan dia sendiri dengan alasan SUDAH TERBIASA dan SAYA MEMANG SAYANGKAN AWAK... Oooopppsssss...!!! Tapi hakikatnya, bila masalah timbul, separuh jalan dia tinggalkan ieda sorang diri untuk menyelesaikan masalah yang timbul... Hanya ieda sahaja yang memikirkan jalan untuk dia dan ieda kembali bersama... Tapi dia, langsung tidak menemui jalan tersebut... Alasan BUNTU dan MALAS NAK FIKIR..... Tolonglah berfikiran matang wahai si dia...

Sekarang nie, ieda dah bagi dia jalan... Bagi dia cadangan.. Terpulanglah pada dia... Keputusan terletak pada tangan lelaki bukannya perempuan... Ieda hanya menurut keputusan yang dibuat dan menerima dengan seadanya... Redha dengan segala keputusan dia.. Kerana ieda terlalu sayangkan dia... Ini merupakan cinta pertama ieda... Dia yang mengenalkan ieda erti cinta dan cabaran cinta.... Dia juga banyak membantu ieda dalam soal kehidupan ieda... Dia membuatkan hidup ieda sempurna... Bila tidak ada dia disamping ieda... Ieda mulai terasa kekosongan yang ada......


HikMaH di SeBaliK UjiaN AllaH....

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama...

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. 

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali  sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Astaghfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. tidak reda dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya. Mungkin ada sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar daripada kita.

bukankah Allah telah berkata dengan jelas dalam al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya, jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.....


FiTnah YanG MenGhanCuRkaN SeGaLanYa......

Fitnah dan kutukan adalah satu benda yang tidak boleh dipisahkan dengan manusia...  Memang tidak dapat dinafikan dengan FITNAH semua kebahagiaan seseorang akan hancur dan musnah... Kerana fitnah juga rumah tangga yang dibina boleh hancur berkecai... Hebatnya fitnah......

Orang yang membuat fitnah tidak kira siapa... Tidak terkecuali ibu kita sendiri mahupun adik-beradik sendiri.... Apatah lagi rakan-rakan.... Ieda sendiri pun tidak lari dari terkena fitnah nie.... Malahan ieda cukup-cukup terasa apabila ibu ieda sendiri membuat fitnah pada ieda sendiri.....

Walaupun ieda tidak dibesarkan oleh ibu... Ieda tidak pernah beranggapan buruk pada ibu ieda... ieda selalu berpegang pada kata-kata orang berpengalaman..... "sejahat-jahat mana pun dia, dia tetap ibu kamu.." itulah yang ieda terapkan dalam hati... Walaupun selama ieda di besarkan oleh ayah ieda.... Ayah ieda banyak bercerita tentang perangai ibu ieda... Tapi semua tu ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan... Tapi kini, bila ieda sendiri terkena dengan perangai ibu ieda yang tidak pernah berubah.... Segalanya telah mengubah minda dan anggapan ieda pada ibu ieda..... "tidak semua seorang ibu betul-betul sayangkan anaknya.."

TETAPI..... tidak semua ibu macam tu. Mungkin nasib tidak menyebelahi hidup ieda..... Tuhan telah menentukan segalanya.. Ieda redha untuk semua ketentuan Tuhan... Ieda tidak pernahkan salahkan Tuhan dalam hal nie... Bagi ieda.. Tuhan akan menguji hambaNya yang betul-betul sabar....

Kini dengan fitnah juga.. Hati ieda hancur berkecai... Orang yang ieda sayang... Orang yang mengajar ieda mengenal cinta...Orang yang selama nie banyak mengajar ieda cara mengatasi masalah... dan orang yang selama ini banyak memberikan dorongan kepada ieda dalam semua hal-hal kehidupan ieda... Membuat keputusan mengambil semula hatinya yang selama ini ieda simpan.... Ieda tahu dia tidak berniat membuat keputusan itu... Tetapi kerana keputusan keluarga.... Bila setiap masalah yang dihadapi setiap pasangan, melibatkan keluarga... memang tidak dinafikan... kebayakkannya akan berpisah... Ieda faham dan mengerti akan keputusan keluarganya... Ieda terima dengan redha walaupun hakikatnya perasaan masih meronta... Tidak mahu melepaskannya pergi.... 

Ieda tahu... setiap yang berlaku ada hikmahnya.... Ieda redha dengan ketentuannya.... Sekiranya dia kembali semula pada ieda... Hati ini sentiasa akan menerimanya... Ini kerana hati ini hanya ada dia... Selain Tuhan pencipta segala makhluk di bumi ini.....

****** Redha dan pasrah dengan keputusan yang telah dibuat.... ******

RaYa Oh RaYa

Macam biasa.. semua orang akan balik raya di kampung halaman kan... So macam ieda.. ieda balik ke Terenganu... raya with family kat sana.. so far tak ada bayak beza dengan korang semua... ziarah menziarahi  antara jiran, sanak saudara dan kawan-kawan... Maklumlah jarang-jarang balik... bila dah balik, tanbah pulak dengan hari raya kan... So tersangat-sangat lah kena... 

Masa hari raya hari tu.. banyak sangat open house.. so mana yang sempat ieda pegi tu, alhamdulilah sempat.. dan mana yang tak sempat tu ieda susun sepuluh jari mohon maaf.. memang tak sempat.. Alah.. tak semestinya hari raya kita kena ziarah menziarahi... hari-hari lain jugak kan... So maybe next time ieda balik Terengganu.. ieda singgah rumah korang k..... huhuhuhuhuuuuu...

Yang melangsungkan perkahwinan tu jugak ieda ucapkan tahniah... Selamat Pengantin Baru kat korang... Ieda wish semoga di panjangkan jodoh dan dikurniakan anak-anak yang Soleh dan Solehah.... ok...
^______________^....

Ini antara gambar yang ieda rasa oklah kot... hahahahaaa... So....
SELAMAT HARI RAYA....

 Nie di pagi raya.... Spagety... KL sgt u...
hahahahhaaaa...

With anak saudara yang montel lagi seksi... so sweet..

Drive singgah-singgah raya....

CinTa PeRLu DiPupUk....

Cinta..?? siapakah yang tidak akan terkesan dengan mentera dan personanya..??? Hal ini disebabkan cinta ialah sesuatu yang sungguh menakjubkan. Ia dapat melahirkan tawa hingga deraian air mata. Cinta yang abadi tidak akan terjalin begitu  saja tanpa perlu dipupuk.

Hubungan yang pasif tentu akan membuat anda dan pasangan menjadi "letih". Lalu, bagaimana mewujudkan hubungan dengan pasangan yang berhasil dan tetap segar..?? Cuba tip berikut :--------

BERI PERHATIAN.....~~~~<3
Berilah perhatian dengan memuji secara ikhlas. Pengarang buku True Love Daphne Rose Kingma mengatakan pujian merupakan "baja" jiwa yang dituangkan lewat kata-kata. Memanjakan pasangan dengan pujian yang tulus dan tidak berlebihan, bukan sahaja membuatnya lebih berkeyakinan tapi juga mampu mangigatkan anda betapa kagum anda pada dirinya. Dengan kata lain, ia pantulan diri daripada anda sendiri. Anda tidak akan terasa berada dalam pelukan seseorang yang istimewa kalau diri anda sendiri tidak istimewa...

SENTUHAN.........^___________^....
Pakar hubungan san penulis buku Sensual Love Secret for Couples, Al Link mengatakan, "Sentuhan bukanlah suatu pilihan bagi pasangan, tetapi suatu yang sangat penting. Saat anda dan dia saling memberi sentuhan penuh cinta dan sensual, hormon endorfin yang memberi rasa bahagia dan penuh cinta akan meluncur di dalam otak. Kaum Adam sangat suka disentuh, termasuk dengan sentuhan nonseksual. Hanya dengan memberi pelukan dan sentuhan halus, pasangannya dapat memberikan dia rasa senang dan tenang. Perkara ini akan menciptakan ikatan yang kuat dan penuh kasih, lebih daripada sekadar fizikal.

50 : 50 
Dua menjadi satu, inti daripada suatu hubungan. Berikan seberapa banyak yang anda mampu untuk pasangan anda. Jika satu pihak terlalu banyak memberi dan satu pihak lagi hanya menerima pasti timbul tidak keseimbangan dan menajdi awalan pada keretakan sesebuah hubungan. Memberi dan menerima secara seimbang akan melahirkan perasaan saling bergantung dan menghargai pasangan. Tunjukkan yang anda memerlukan kehadirannya, tetapi sekali gus bahawa anda seorang yang berdikari.

ROMANTIS SETIAP HARI....
Mara Goodman-Davies, pengarang buku A Year of Romance mengatakan bahawa dengan hanya mengatakan, "aku sayang kamu.." atau mengerjakan tugas rumah yang biasa  dilakukannya menjadi cara untuk menunjukkan kasih anda padanya. Pastikan anda melakukannya dengan sungguh-sungguh dan sepenuh hati. Kalau tidak, sukar untuknya merasakan kasih tersebut.

===========> LUAHKAN...!!!
Jika anda dan pasangan bukan pembaca minda, jangan fikir anda berdua dapat membaca fikiran pasangan. Andai anda menginginkan  sesuatu, katakanlah. Jika tidak bagaimana dia tahu..??? Kebanyakkan wanitamenganggap kalau mengatakan apa yang diinginkan pada pasangannya itu tidak romantis. Katakan saja apa-apa yang anda mahu.

So................. up to you....
\(~_~)/................
Tinkerbell Red Glitter Wings