WeDDinG oh WeDDinG

Tanggal tarikh 15 September 2012 bersamaan 28 Ramadhan, berlangsungnya resepsi sepasang pasangan mempelai di Dewan D' Kelana, Kompleks Sukan Kelana Jaya. Ieda sekadar temankan kawan ieda yang merupakan jemputan majlis tersebut... alah... temankan jew ok... hahahahaaa...

Sepanjang majlis berlangsung... Sempat lah ieda menjamu mata dengan hiasan yang simple tetapi cantik. Majlis yang sederhana tetapi agak meriah dengan alunan kompang sewaktu ketibaan pengantin dan celoteh pengacara majlis yang tidak kering gusi mengusik para tetamu yang hadir.

Dari segi makanan yang dihidangkan... Ianya sekadar biasa seperti majlis-majlis repsepsi yang lain. Walaupun begitu ianya sudah cukup memuaskan selera tetamu yang hadir. Dengan 2 jenis nasi yang disajikan dan dihiasi dengan 2 jenis lauk termasuk sedikit pemanis mulut yang disediakan. Seperti Cendol pulut dan buah potong.

Apa yang boleh ieda dikatakan disini... Majlis yang diadakan adalah sederhana dan cantik.... Bagi ieda, walaupun majlis yang sederhana tetapi boleh nampak cantik jika kena dengan caranya.. Tidak semestinya kita memerlukan bujet yang tinggi untuk mendapatkan majlis resepsi perkahwinan yang cantik..

Cenderahati yang ringkas dan comel juga diberikan sebagai tanda ingatan ikhlas daripada pihak pengantin kepada pada tetamu yang hadir ke resepsi tersebut... 

Kepada mempelai tersebut... SELAMAT PENGANTIN BARU dan semoga hubungan yang diikat ini berkekalan sehingga ke akhirnya.... Semoga hubungan yang dimetrai ini juga di iringi doa dan restu tulus ikhlas dari kedua-dua ibu bapa mereka.... Insyaallah....

Antara hiasan disepanjang laluan carpet merah.......

Hiasan cantik lagi memukau untuk meja santapan para tetamu yang hadir....

Sebahagian daripada Ex-ILP kuantan yang hadir di majlis tersebut.....
Senyum...senyum... hahahahahaaaa.....

Pengantin segak berbaju biru,
Atas pelamin asyik berangan,
Ku ucap SELAMAT PENGANTIN BARU,
Semoga bahagia kedua pasangan,

Di malam hari terang senegeri 
Bulan purnama dihujung julai 
Majlis gahari bertambah seri 
Menyambut kedatangan kedua mempelai
 Amat garang datuk bentara 
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua 
Hidup bersama susah senang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinkerbell Red Glitter Wings