SuKaR MeLupaKaN.....

Entah kenapa hati ieda tidak dapat melupakan dia, berbanding dia ieda tengok seperti tiada apa yang membuatkan dia usaha untuk membaiki perhubungan antara dia dengan ieda. ieda mengambil jalan mudah untuk melupakan dia dengan cara menerima seseorang hadir di dalam kehidupan ieda. Iaitu sebagai pengganti diri dia... tetapi ieda silap, dia tidak dapat di gantikan oleh sesiapa. Bagi ieda dialah segalanya untuk ieda...

Setiap hari dan setiap saat fikiran dan hati ieda teringat dan memikirkan dia. Mungkin sebab dia lah cinta pertama bagi ieda, dia juga mengajar ieda erti kasih sayang sesorang lelaki, dia juga merupakan mengapa perlu ieda berjuang dalam kehidupan ieda dalam erti mengenal cinta. Bagi ieda, dia adalah segalanya untuk ieda dan dia cukup-cukup membuat hidup ieda terasa sungguh sempurna.

Kini sejak dia mengambil kembali hatinya dari ieda... ieda mulai terasa sangat-sangat kosong dan sunyi... Kini juga ieda mulai faham mengapa dan kenapa seseorang itu sanggup bunuh diri kerana cinta... Alhamdulillah... Iman masih kuat di dada... Fikiran ieda masih waras dalam berfikir mencari jalan penyelesaian masalah antara dia dan ieda.... Tuhan masih sayangkan ieda... Kecewa macam mana pun hati ini... Hidup harus diteruskan.. Masih ada yang masih menanti ieda... Iaitu, anak-anak ieda yang masih memerlukan ieda.... 

Semua yang berlaku ieda jadikan iktibar kepada diri ieda sendiri... Supaya ieda tidak mudah lalai dengan perasaan ieda.... Pada si dia... Ieda akan tetap menyimpan perasaan ini hanya untuk dia... walaupun bila kedengaran bunyinya agak gila... Ieda tahu, suatu hari nanti... Dia pasti milik ieda... Selamanya.... Insyaallah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinkerbell Red Glitter Wings