KETUPAT SOTONG....!!! KETUPAT SOTONG....!!!!
hahhaaaa.... wah..!!! nampak sedapkan... Yes..!! memang sedap.. Ketupat sotong nie sememangnya sinonim dengan Negeri di Pantai Timur iaitu, Terengganu dan juga Kelantan... Errmm... Tetapi hakikatnya.. Ketupat sotong nie ada 2 jenis masakkan... Ketupat sotong untuk terengganu nie menggunakan santan dan rasanya agak lemak... Dan untuk Ketupat sotong Kelantan warnanya seperti keemasan. Ini kerana Kelantan menggunakan tambahan gula melaka didalam masakkannya.... Berbanding Terengganu menggunakan hanya santan....
Masa hari raya yang lepas, sempat jugaklah ieda merasa ketupat sotong nie... Kebetulan pegi rumah mak saudara ieda di Kuala Ibai, dia hidangkan Ketupat sotong nie..... Sooo... Terima kasih lah pada tuan rumah Dato Ibrahim dan Datin Nora sebab sudi masakkan ketupat sotong nie untuk kita orang tetamu yang datang bertandang ke rumah beliau.... heheheehheeee... yang paling penting sedap k.....
So.. Untuk korang.. Ini lah resipi KETUPAT SOTONG dari ieda kepada anda... :
bahan-bahan :-
10 ekor
1 Cawan beras pulut, bukan beras nasi k....
2 cawan santan yang pekat , jangan yang campur air tu, tak sedap
sedikit garam
Halba dan halia
Lidi
Gula
Cara membuatnya :
Rendam dulu beras pulut yang bersih dengan santan lebih kurang setengah jam. Toskan tau. Lepas tu santan tadi kan masuk dalam periuk yang nak masak.
Lepas tu asingkan sotong dengan kepalanya. Masukkan beras tadi lebih kurang 1/3. Apa lagi ek, eerrrmmm lepas tuuu.... Nak bagi lekat ambil lidi cucuk.
Lepas tu masukkan dalam periuk yang ada santan tadi. Campurlah sekali halia dan halba tadi, tak lupa juga sedikit gula dan garam. Masak hingga pekat,
Itulah cara ieda buat selalunya.... So...Selamat mencuba.
Nielah rupa KETUPAT SOTONG yang ieda makan dekat rumah Mak Saudara ieda hari tuuu...
Wahhh..!!! best...!!! hehehheee..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan