Waktu lapang...??? lepak-lepak laaaa... huahuahuahuaaa... Waktu lapang ieda just lepak-lepak & makan-makan di salah sebuah cawangan KILLINEY KOPITIAM iaitu di Cyberjaya yang terletak di tingkat bawah Bangunan Shaftsbury Square.
Ok..!! Mula-mula kita cite bab sejarah Killiney Kopitiam. Terletak di sepanjang jalan sibuk, iaitu Jalan Killiney pada sekitar akhir tahun 1919. Ianya hanyalah sebuah Kedai Kuno tetapi terkenal dengan roti bakar dan minuman panas terutamanya teh dan kopi yang dibancuh secara tradisional terutamanya roti bakarnya yang dibakar menggunakan arang... Waahhh...!! teruja beb... Ok-ok sambung balik.. Encik Woon merupakan pelanggan tetap kedai itu terlalu menyukainya dan menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah kedai yang sama seperti kedai kuno terbabit. Pada tahun 1993 hasratnya tercapai dengan akhirnya dia membeli sebuah kedai, diubahsuai dan dinamakan semula KILLINEY KOPITIAM. OOooo... nama jalan rupanyeee... eh..!!! sorry-sorry... terover plakk... hehheee....
Kedai kopi ini mengekalkan gaya tradisional dengan cara membuat kaya yang baik, roti bakar, kopi dan teh selain ideanya adalah untuk mengekalkan makanan Hainan Tradisional di Singapura. TETAPI...!! Secara perlahan-lahan ianya hilang dari pasaran. Kesian kannn.. huurrrmmm... =_='...
HARI INI... Pertubuhan Syarikat telah prograsif sepanjang dekad yang lalu dengan sokongan kuat dari pelanggan yang setia, ianya bangkit dengan satu jenama tempatan. Kini, Killiney Kopitiam mempunyai menu yang panjang yang menawarkan pelbagai yang lebih luas hidangan tempatan. Ianya juga diperluaskan ke bahagian-bahagian lain di Singapura supaya lebih dekat dengan para pelanggan yang amat menyukai makanan-makanan tradisional Hainan Singapura. Killiney Kopitiam kini merupakan rangkaian Fancais kopitiam yang mempunyai 60 buah cawangan di enam negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Australia dan Brunei.
ESTINWIRA Sdn. Bhd. Syarikat milik penuh Bumiputera yang menjadi Francaisor induk Killiney Kopitiam di Malaysia dan Timur Tengah terus melebarkan sayapnya apabila akan membuka cawangan pertama di Makkah, Jeddah dan Dubai secara berperingkat.
Selain itu, Pihak Syarikat Estinwira Sdn. Bhd. juga turut berkerjasama dengan agensi kerajaan seperti SME Bank dan Perbadanan Nasional Bhd (PNS) bagi, membantu melahirkan lebih ramai usahawan francais terutamanya dikalangan graduan dan generasi muda di Malaysia pada masa kini dan akan datang. Fuhhhh..!!! dah panjang lebarkan bab sejarah & perkembangan Killiney nie kannn... Kita cakap bab Menu plak ok... heheheheee.....
Di Killiney Kopitiam, Cyberjaya mereka menyediakan produk-produk berkualiti pada harga yang berpatutan dengan khidmat kopitiam dan sedikit sentuhan ala tradisional di dalam hidangan yang disajikan, ianya menarik perhatian pengunjung yang datang menjamu selera... gituuuu.... kannnn... hahahahaaa...
So...!!!! Ini adalah antara menu-menu yang bakal disajikan di Killiney Cyberjaya untuk korang... Tu pon kalau korang order la... lalalalallaaa~~~~ ^_^....
Di Killiney Cyberjaya, walaupun ruang makan dan kedainya tidaklah sebegitu besar outlet Killiney yang lain tetapi ianya mampu menempatkan hampir 20 biji meja untuk para pelanggan menjamu selera. Suasananya yang agak terbuka sedikit menenangkan pada mereka yang merokok dan tidak suka akan tempat yang tertutup.
And Than, kepada korang yang nak lebih mengenali Killiney Kopitiam nie tak kiralah tang menu ka... tang lokasi ka... tang ape-ape jelahhhhh.. boleh la jenguk-jenguk & tilik-tilik di https://www.killiney-kopitiam.com ataupun just like je page Killiney kopitiam di Facebook. Korang tilik la ape pon kat dalam tu ok... hahahhahaaaa....
So, and so annnddd so...!!!! jangan lupa singgah-singgah la menjamu selera di mana-mana Cawangan Killiney Kopitiam yang terdekat dengan korang k...... Pada korang yang tinggal area Cyberjaya, Putarajaya & mana-mana lah. Bila sampai je kat area Cyberjaya just singgah la makan-makan dan mejamu selera tekak korang tu di KILLINEY KOPITIAM, CYBERJAYA yang terletak di tingkat bawah bangunan SHAFTBURY SQUARE.
SELAMAT MENJAMU SELERAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan