PerJalaNaN SeBaGai IbU TunGGaL

Alhamdulillah setelah setahun bergelar ibu tunggal.. Ieda still boleh berdiri dengan kaki sendiri.. Walaupun pelbagai cabaran yang singgah disetiap perhentian kisah perjalanan Ieda bergelar ibu tunggal.. Ieda cukup bersyukur di kuniakan rakan-rakan sekeliling yang memahami dan banyak memberikan sokongan kepada Ieda terutamanya dari segi mental.. Walaupun hakikatnya lebih ramai yang mencemuh sebenarnya... Tetapi masih lagi dalam yang membolehkan Ieda bersabar untuk melawan arus kehidupan..

Dengan kaki yang kerdil Ieda berjalan, berlari dan tersungkur.. Ieda masih mampu melihat anak-anak Ieda membesar, ketawa, dan menjalani kehidupan mereka di muka bumi Allah s.w.t ini.... Alhamdulillah.... 

Kalau untuk permulaanya bekas suami Ieda sedikit tidak boleh menerima bahawa jodoh kami hanya setakat ini.. TAPI kini Ieda menadah sepuluh jari memanjatkan syukur ke hadirat Allah s.w.t kerana kami kini mampu menjadi "sahabat" dalam kisah perjalanan kehidupan seterusnya.. Melihat anak-anak membesar dan ketawa... Allhamdulillah Ya Allah...

Bagi Ieda, bersikap Profesional adalah yang terbaik untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia... Tidak kira lah salah siapa pun yang menyebabkan sesebuah rumahtangga itu tidak kekal.. Yang pasti bagi Ieda... Manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.. Ieda ada silap ieda dan begitu juga dia... Bagi Ieda.. Ieda redha dengan ketentuan-Nya dalam soal jodoh.. Sudah ditetapkan jodoh Ieda dan bekas suami hanya sekadar 8 tahun sahaja... 

Untuk anak-anak mama.... Hakim, Azwani dan Sofia... Mama sayang dan kasihkan kamu... Mama bangga dengan ketiga-tiga anak mama yang sanggup dan boleh menjalani kehidupan kalian walaupun mama dan abah kamu tidak lagi dapat tinggal sebumbung.... Kamu semua merupakan semangat mama, nyawa mama dan ilham untuk mama..... 

Mama harap kamu semua akan menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat... Insyaallah... Amin..




2 ulasan:

Tinkerbell Red Glitter Wings