JANDA BERTEMU JODOH lelaki bujang....???

Jika dilihat sejak kebelakangan ini, semakin ramai golongan janda atau ibu tunggal memilih lelaki bujang yang lebih muda daripada usia mereka ataupun sebaya dengan usianya sebagai suami... Pasti pelbagai rintangan dan halangan menjadi taruhan kerana masyarakat menganggap "kurang sesuai"...

Sepatutnya masyarakat khususnya ibu bapa menyokong dan memberikan restu atas perkahwinan yang bakal dibina. Secara tidak langsung ia menjadi ia menjadi titik tolak "kebangkitan" kembali wanita yang pernah kecundang dalam rumah tangga. Bukankah setiap orang berhak menikmati kebahagian hidup??? Kegagalan perkahwinan pertama tidak bermakna tertutup peluang untuk mengecapi kemanisan hidup sebagai suami isteri pada perkahwinan seterusnya....

Bagi ieda sesiapa sahaja tidak kiralah duda ataupun janda mempunyai pandangan masing-masing dalam hal ini.. Setiap orang mempunyai cara pemikiran tersendiri dan pilihan cara hidup masing-masing. Dalam hal ni ungkapan..

" Tepuk dada tanya selera... Tepuk selera tanya hati..."

Seorang pakar psikologi dari Indonesia berkata, masyarakat Timur mempunyai tuntutan yang tinggi terhadap wanita terutamanya wanita yang bergelar janda... eh, eh, eh....!!! tingginya market kan, kan, kan..... hahahhaahaaaa.....

Terdapat empat sebab mengapa kebanyakkan calon mertua tidak dapat menerima hakikat apabila anak lelaki bujang mereka tertarik pada JANDA....:-

* Apabila wujudnya stigma masyarakat sekeliling yang mempersoalkan status janda sebagai sesuatu yang negatif, segaligus ianya akan mempengaruhi pemikiran masyarakat...

* Dalam adat Timur yang konservatif, lelaki bujang diharapkan mendapat yang terbaik dalam soal jodoh. Malah, jika menghadiri majlis perkahwinan yang melibatkan janda dan lelaki bujang, pasti ada tetamu yang memandang sinis pasangan pengantin lebih-lebih lagi jika pengantin perempuan nampak lebih berusia daripada pengantin lelaki.

* Janda seringkali dikaitkan dengan masalah. Jika janda tersebut lebih matang, dikuatiri mereka akan menjadi Queen Control dalam urusan rumah tangga. Sekiranya janda tersebut mempunyai anak daripada hasil perkahwinan terdahulu, mereka akan memberikan beban kepada lelaki muda yang baru sahaja menikmati kehidupan berumah tangga.

* Janda juga sering dianggap sebagai PENGGODA. Walaupun tidak semua janda bersifat demikian.. Mungkin hanya sebilangan kecil yang melakukan perkara itu, tetapi tempiasnya melibatkan semua wanita yang bergelar janda. Gambaran ini yang membuatkan sebilangan ibu bapa berat untuk menerima janda sebagai isteri anak bujang mereka.

So, and so, and so................... Kesimpulanya, jika anda ingin mendekati lelaki bujang, "bacalah" dahulu karakternya kerana kebanyakkan lelaki bujang yang suka mendekati janda adalah "anak emak"..!!!  Jika lelaki ini ditakdirkan menjadi jodoh anda... persiapkan diri anda dengan sebarang kemungkinan  situasi dengan positif dan semoga SI DIA memperjuangkan anda di hadapan ibunya dan kedua-dua pihak dapat menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing..

GOOD LUCK BABY..!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinkerbell Red Glitter Wings