ILMU HITAM......~________^....

   Jikalau diceritakan tentang "ILMU HITAM" pasti dikaitkan dengan  kisah seram zaman dahulu kala... Kisah toyol, pontianak, hantu raya dan macam-macam lagi lah... Biasanya mereka yang menggunakan benda-benda macam ini adalah bertujuan untuk menjaga harta-harta mereka, untuk kecantikan diri sendiri dan anak cucu cicit mereka... Tak lupa juga pada mereka yang membalas dendam atas ketidak puasaan hati mereka.....

   Tanpa kita sedari kini.. Di zaman manusia mengejar kekayaan dan kesenangan... Penggunaan ilmu hitam ini makin berleluasa dan mendapat tapak yang selesa terutamanya dia kalangan kaum Melayu kini.... Tetapi bukan untuk menjaga harta tetapi untuk membalas dendam dan dalam dunia kecantikan..

   Didalam dunia kecantikan, Ilmu Hitam mungkin tidak dihairankan kerana sejak dari zaman azali lagi ianya salah satu dari cara menjaga kecantikan dan menjadi cantik... Contohnya seperti susuk... Emmmm... Susuk pulak ikut kepahaman ieda sendiri, ianya terdiri dari pelbagai jenis.. Seperti, susuk berlian, emas, permata delima dan benang emas..  Tetapi hakikatnya cara pemakainaan hanya mereka yang pernah mencuba sahaja mengetahuinya.... Bunyi macam seram, tetapi hakikatnya hasil memang terbaikkkk...!! hahahahaaa.... Yelah tu kan....

    Dalam pemakaian susuk ini juga, katanya ianya mempunyai pantang larang tertentu.. Sepeti tidak boleh sesekali makan pisang, Sate pada cucuk lidinya dan berjalan melalui bawah ampaian... wahhhhh..!!!!! teruknya... walaupun benda tu nampak remeh tetapi hakikat sebenarnya... akibat menggerunkan... huhuhuuu... Orang cakaplah... ieda just bagi tau je... hahahahaaa.... (tukar jadi hantu raya kot... huhuhuuuu... tak pasti..)

   Hakikatnya.. kini kebayakkan dari kita menyalahgunakan ilmu hitam ini dengan tujuan membalas dendam dan mengenakan orang lain... Contohnya seperti santau dan menanam benda-benda tertentu.. Santau pula, ieda dimaklumkan boleh dibuat dengan 2 cara iaitu melalui makanan dan angin... Santau ini jika diteruskan ianya akan meragut nyawa orang yang disantau tu... Wahhh...!!! macam membunuh la pulak... Mengerikan betul lah.. Jangan lah sesekali kita mengenakan orang lain dengan benda-benda macam ini.. bayangkan lah kalau keluarga kita sendiri terkena dengan benda-benda macam ini... Tentu macam-macam perasaan yang timbulkan....

   So, dalam Al-Quran sendiri pun ada tertulis ilmu hitam ini memang wujud dan kita harus percaya dengan kewujudannya ini... Tetapi, kita boleh menghindarkan dari terkena ilmu hitam ini dengan mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran macam, ayat 3 Qul dan Ayat Seribu Dinar... Walaupun hakikatnya ramai dikalangan kita ini tidak berapa pandai membaca ayat-ayat suci Al-Quran ini tetapi, apa salahnya kita menghafal ayat-ayat yang boleh mendiding diri kita dari terkena ilmu hitam ini....

   Secara kesimpulannya... Jangan lah sesekali kita mengamalkan ilmu hitam ini untuk tujuan tertentu... Mungkin ianya akan memakan diri kita sendiri.. Oleh yang demikian, jangan sesekali terfikir, terlintas mahupun ingin mencuba ilmu hitam ini dalam apa jua keadaan sekalipun.. Kita sebagai manusia dan hamba Allah yang menumpang diatas muka bumi ini haruslah mempercayai dan meminta segalanya kepada Allah s.w.t.  

" Jangan sesekali membiarkan hidup anda dipenuhi hasrat dendam dan dengki sesama manusia... Allah telah menentukan rezeki masing-masing bagi setiap hambanya..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinkerbell Red Glitter Wings