Perkahwinan merupakan sebuah hubungan suci, penyatuan dua jiwa. Namun, agak menyedihkan apabila rumah tangga yang berusia belasan tahun semakin pudar serinya. Mengikut kajian, keruntuhan rumah tangga pasangan kini 45% berpunca dari masalah kewangan, 25% adalah berpunca dari kehadiran orang Ketiga dan selebihnya pula adalah dari campur tangan keluarga dalam permasalahan pasangan dan sebab-sebab lain.
" Semakin lama berkahwin, semakin utuh perhubungan antara suami isteri itu. Diibaratkan sebatang pokok......"
~ Sepatutnya, pokok itu dijaga, dibaja, dibelai sehinggalah ia membesar dan hidup subur. Akhirnya selari dengan peredaran masa, pokok itu makin kuat batangnya (tunggak utama) semakin keras. Itulah umpama sebuah perkahwinan.... ~
Perkahwinan yang boleh ieda kongsikan, seperti mengganggap pasangan anda itu adalah sahabat karib anda. Tempat berkongsi segala suka duka, sedih gembira dan segala rahsia. Tempat untuk anda berbincang tentang apa sahaja.... Selain tempat anda melepaskan kepenatan selepas pulang dari kerja... Oooopssss...!!! Manja-manjalah tu kan... huhuhuhuuu....
Perkahwinan yang dibaja dengan kasih sayang, dibelai dengan kelembutan dan disiram dengan kemanjaan.. Insyaallah, ianya akan berkekalan dan mekar dengan baiknya... Ibarat semekar sekuntum bunga mawar, seindah taman Firdausi dan sewangi harum bunga Kasturi...
Selain itu, komunikasi sangat penting dalah hubungan suami isteri. Komunikasi harus jujur, telus, terus terang dan tiada rahsia. Jika pasangan mula berahsia, pasti ada yang tidak betul. Namun, tidak dinafikan ada perkara yang mungkin perlu diarahsiakan demi menjaga hati pasangan.
Kadangkala pujuk memujuk juga boleh menyuburkan perhubungan. Apa salahnya sesekali memujuk pasangan untuk mewujudkan kemesraan. Tetapi janganlah merajuk dengan keterlaluan... Itu mewujukan kebosanan... ahahahahhaaa...
Memanggil pasangan anda dengan panggilan untuk melambangakan kasih sayang dan kemesraan seperti "sayang", "abang", "baby", "hubby", dan sebagainya... Sebenarnnya, kajian pakar motivasi telah mennyatakan bahawa panggilan anda kepada pasangan anda adalah sesuatu yang penting kerana ianya akan mewujudkan kemanjaan dan kemesraan didalam sesuatu perhubungan...
so, lepas ni panggil pasangan anda dengan panggilan manja ok...!!! jeng...jeng... jeng...
Hipotisisnya disini... heheheheee..... Setiap pasangan perlu ada pegangan dan matlamat mereka inginkan hubungan suami isteri itu hingga ke Syurga... Kemesraan, belaian, kasih sayang, kelembutan dan kemanjaan perlu ada dalam sesebuah rumah tangga untuk mewujudkan rumah tangga bahagia dan berkekalan....
Insyaalah......................
" Semakin lama, semakin sayang.. Usik mengusik bawa bahagia.. Kelembutan dan kemanjaan membawa kemesraan..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan