TOLONG lah.... Jangan lah KEJAM sangat..

Perempuan memang terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut lagi menggoda tetapi ada kalanya mereka turut memiliki sifat kejam tanpa disedari. Perbuatan itu juga membuatkan ego dan emosi si jejaka seolah-olah dipermainkan. Oleh itu, mari kenali "7 sifat kejam seorang perempuan" yang mungkin menyakitkan hati kental sang jejaka.... heheheheeeee....

KEKERASAN FIZIKAL
wah, mentang-mentang kamu disayangi si kacak, janganlah ambil kesempatan ini sehingga tangan dan kaki naik ke muka si dia...!! No..no..no... Tidak manis sekiranya seorang gadis menggunakan kekerasan fizikal seperti memukul dan menampar. Kamu jangan terlalu yakin, kalau seorang lelaki hilang kesabarannya, boleh jadi kamu juga akan menerima nasib yang sama... huhuhuuu...

MENIMBULKAN RASA CEMBURU
Ramai perempuan yang sengaja keluar untuk berfoya-foya dengan lelaki lain untuk menimbulkan rasa cemburu si jejaka. Kononnya nak ajar si dia agar lebih memberikan perhatian dan kasih sayang pada kamu. Tanpa kamu sedari, cara ini amat menyakitkan hatinya kerana rasa cintanya mungkin akan pudar sekiranya kamu sering menggunakan taktik ini. Jadi, sila fahami batas-batas kamu agar tidak melukai hatinya.

KUAT BERBOHONG
Si kaki propa, kuat menipu dan berbohong juga antara sifat kejam yang boleh membuatkan si jejaka jelak dengan kamu. Jangan amalkan sikap ini kerana ia memberi gambaran negatif buat dirimu. Ramai jejaka di luar sana inginkan buah hati mereka seorang yang telus dan jujur dalam perhubungan. Oleh itu, sekiranya kamu melakukan sebarang kesilapan, silalah memohon maaf agar hubungan kamu berpanjangan.... ok...!!!

MERAHSIAKAN STATUS
Paling mengecewakan apabila perempuan yang selama ini dipuja-puja sebenarnya telah berpunya. Ooopppssss...!!!! Sedangkan ketika proses perkenalan si perempuan menampakkan sebagai seorang yang masih solo dan melayan mesra setiap sikap si jejaka. Mungkin kamu mata keranjang terhebat tetapi AWAS, kamu juga mungkin tertewas..!!!!!!!!!!!

KRITIKAN TAK BERASAS
Kritikan kalau sering dilemparkan tanpa sebarang asas mungkin mampu membuatkan si jejaka terasa hati padamu, apatah lagi apabila ia diluahkan di khalayak umum. Jangan asyik mengkritik sahaja, berilah si dia satu langkah penyelesaian terbaik dalam setiap komen kamu itu. Sebagai contohnya sekiranya si gaya si jejaka itu kurang menyenangkan di mata kamu. Apa kata kamu belikan si dia barangan yang kamu rasa sesuai.... Barulah padan muka kamu.. hahahhaaa...

AMBIL KESEMPATAN
Dasar mata duitan..!!! Ramai perempuan menggunakan daya penarik mereka demi kepentingan dan manfaat peribadi seperti fasiliti pengangkutan pergi balik, melepak secara percuma dan lain-lain sedangkan mereka langsung tidak tertarik dengan lelaki tersebut. Setelah mendapat apa yang diinginkan, si lelaki ditinggalkan  pula... SANGAT KEJAM OK...!!!!!!!!!!

MEMANIPULASI
Menyedari lelaki merupakan kaum yang mudah cair apabila melihat si perempuan menangis, sesetengah daripada mereka sengaja memanupulasi kelemahan ini untuk memaksa lelaki secara halus bagi memenuhi keinginannya. Kadangkala tangisan ini diteruskan kerana mengetahui lelaki sanggup melakukan apa sahaja demi menghentikan tangisan tersebut.

Sekiranya coretan ieda ini ada yang terasa, ieda menyusun 10 jari mohon maaf... Coretan ini juga sebenarnya adalah permintaan dari seorang kawan rapat ieda yang sedang kecewa setelah dipermainkan oleh teman wanitanya.... Ianya boleh kita jadikan sebagai panduan dan peringatan kepada kamu semua dan tidak lupa juga pada diri ieda sendiri... ok...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinkerbell Red Glitter Wings