MAMPU ATAU TIDAK KAMU MENERIMA DIRINYA SEANDANYA DIA??? ADAKAH KAMU SEORANG YANG KEJAM..??? ATAU PROFESIONAL DALAM MENGENDALIKAN MASALAH ANTARA KAMU DAN SI DIA.??? SAAT KAMU MENDENGAR LUAHAN RASA SI DIA MENGENAI KISAH LALUNYA, ADAKAH KAMU MASIH BOLEH MENERIMA DIRINYA..??? ATAU BERPURA-PURA TIDAK KISAH TENTANG HAL INI.??? SEDANGKAN HATI KAMU SUDAH TERUKIR NAMANYA DAN MANA MUNGKIN IA BOLEH DIBUANG BEGITU SAHAJA...
Nak tak nak kamu terpaksa juga melalui saat getir ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rmuknya hati kamu tika itu. Mungkin si dia yang kamu kenali itu mempunyai sejarah silam yang sangat tragis. Betullah kata orang tua-tua, jangan dinilai seseorang itu dari luarannya sebaliknya nilai seseorang itu dari dalamnya. Kerana dalaman yang cantik akan terpancar melalui raut wajahnya. Jika tersilap langkah, bahananya pasti terlipat jua.
1) MENYOAL BIARLAH BERPATUTAN
Kenapa?? Mengapa begitu??? bagaimana boleh terjadi??? huh..!!! Penat jugalah si dia nak menjawabnya. Kamu pun janganlah melampau sangat. Kalau iya pun kamu nak menyoal, biarlah berpatutan. Ini tidak, soalan kamu bertubi-tubi macam peluru M16, sampaikan nak bernafas pun tak sempat. Oh tidak...!!! Jangan lakukan seperti ini. Walaupun kamu agak terperanjat tentang kisah silamnya, tolonglah profesional. Mungkin boleh tenangkan hati terlebih dahulu. biarlah dia meluahkan segala-galanya kepada kamu sehingga cerita itu menemui penghujungnya. Saat itu, barulah kamu bersuara dan bertanyakan kepadanya apa yang patut....
2) MEMBERIKAN KEKUATAN
Setiap manusia tidak dilahirkan sempurna, sesetangah pernah terlibat dengan pelbagai masalah sosial sehingga membawa kepada unsur jenayah. Mungkin si dia salah seorang daripadanya, namun pernah tak kamu cuba untuk menyelami isi hatinya..??? Pasti tidak pernah, kan..?? Oleh itu, sebagai kekasih kamu bertindak sebagai kaunselor. Kamu berilah kekuatan kepadanya agar si dia boleh bangun semula dan memulakan kehidupan baru bersama kamu tanpa memikirkan sejarah silamnya. Anggaplah kisah silam itu sebagai kenangan lepas yang terjadi bukan atas kehendaknya.
3) BERHIJRAH KE ARAH KEBAIKAN
Sebesar mana pun kesilapan yang pernah si dia lakukan, kamu perlu menerimanya dengan hati terbuka. Mungkin sebelum ini si dia seorang kaki perempuan dan memasang awek hingga keliling pinggang, ataupun si dia kaki jantan hingga memasang jantan keliling pinggang, namun sejak mengenali kamu si dia berubah sama sekali. Kejujurannya memberitahu kemu tentang kisah silamnya patut kamu hargainya. Bukan mudah bagi seorang lelaki membuka pekung di dadanya, sebenarnya ianya agak sukar. Mungkin si dia tidak mahu kamu kecewa dengan mendengarnya melalui dengan orang lain, menyebabkan dia bertindak memberitahu terlebih dahulu. Keberanianya menunjukkan bahawa si dia betul-betul mencintai kamu. Jangan sesekali kamu mensia-siakannya..!!! ok..!!!
4) MENERIMANYA SEADANYA DIA
Sepertimana si dia menerima segala kekurangan kamu itu seadanya, begitu juga dengan kamu. Sepatutnya kamu bersyukur kerana mendapat teman lelaki atau teman wanita sebegitu yang boleh menrima kamu dalam apa jua keadaan sekali pun. Kalau boleh, timbang tara terlebih dahulu baik dan buruk sebelum kamu melepaskan dia. Sepatutnya kamu memberikannya ruang dan peluang untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Jangan kamu jadikan kisah silamnya itu sebagai tiket untuk memutuskan perhubungan. Niat si dia berlaku jujur dengan kamu hanya kerana si dia tidak mahu terus menipu kamu..!! Fikir-fikirkanlah ye..!!! huhuhuuu...
5) BUKA BUKU BARU
Seperti biasa, yang lepas ia terus berlalu tanpa kamu dan si dia menoleh ke belakang lagi. Teruskan mara ke hadapan dan bina hubungan ini secara telus. Kalau boleh jangan sesekali ingatkan lagi kenangan yang pernah terpalit dan menyakitkan itu. Sekiranya kamu masih mengungkit dan menyalahkan dirinya, terus-terang ianya dikuatiri si dia akan berpaling dan memberikan semangat untuk si dia menjadi seperti dahulu. Lebih baik kamu menasihati dirinya dan memberikan nasihat kepadanya untuk si dia kekal seperti hari ini. Harapan yang kamu berikan ini sedikit sebanyak menyuntik semangat si dia untuk berubah.
6) BELAJAR DARI KESILAPAN
Sebagai seorang kekasih kamu perlu menasihatinya tanpa jemu. Jangan membiarkan dirinya terkapai-kapai keseorangan. Beritahu si dia bahawasanya setiap manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup ini. Oleh yang demikian jadikanlah kesilapan dan kesalahan yang lalu sebagai pengajaran dan pelajaran kepada kamu dan si dia dalam menjalani kehidupan ini. Ayuh..!! teruskan usaha... Mungkin dia akan berbangga memiliki kamu.. Waktu itu, pasti kamu akan tersenyum puas kerana berjaya menjadikan si dia individu yang berbeza...
So... Selamat berjaya dan selamat berbahagia ok..!!!!!!!!!!!!! Ianya hanyalah sekadar pendapat ieda dan coretan ikhlas dari hati dan benak fikiran ieda... Ianya juga merupakan pesanan kepada diri ieda sendiri dan tidak lupa pada kamu semua juga ya...!!!!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan