6 Sifat LELAKI yang DIKAJI oleh PEREMPUAN


Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya:

1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita. hahahaa... kesian kannnn.. ^___^..

2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut. Pastikan kemas dan rapi ok..

3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension. Tapi kalau gurauan anda tu keterlaluan, rasanya tetap kena reject...

4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.

5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.

6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.

So, kepada PEREMPUAN semuanya bergantung kepada anda ok.. Ikut suka hati korang lah suka yang macam mana.. Apa yang Ieda senaraikan kat atas tu merupakan apa yang Ieda rasa memang Ieda suka. dan Ieda jugak merasakan korang pun akan memilih ciri-ciri yang sama dalam memilih lelaki disebelah korangkan... Kepada LELAKI.. pandai-pandai korang la bawak diri. Yang paling penting jadi lah DIRI SENDIRI.. Itu lah yang terbaik.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinkerbell Red Glitter Wings