FiTnah YanG MenGhanCuRkaN SeGaLanYa......

Fitnah dan kutukan adalah satu benda yang tidak boleh dipisahkan dengan manusia...  Memang tidak dapat dinafikan dengan FITNAH semua kebahagiaan seseorang akan hancur dan musnah... Kerana fitnah juga rumah tangga yang dibina boleh hancur berkecai... Hebatnya fitnah......

Orang yang membuat fitnah tidak kira siapa... Tidak terkecuali ibu kita sendiri mahupun adik-beradik sendiri.... Apatah lagi rakan-rakan.... Ieda sendiri pun tidak lari dari terkena fitnah nie.... Malahan ieda cukup-cukup terasa apabila ibu ieda sendiri membuat fitnah pada ieda sendiri.....

Walaupun ieda tidak dibesarkan oleh ibu... Ieda tidak pernah beranggapan buruk pada ibu ieda... ieda selalu berpegang pada kata-kata orang berpengalaman..... "sejahat-jahat mana pun dia, dia tetap ibu kamu.." itulah yang ieda terapkan dalam hati... Walaupun selama ieda di besarkan oleh ayah ieda.... Ayah ieda banyak bercerita tentang perangai ibu ieda... Tapi semua tu ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan... Tapi kini, bila ieda sendiri terkena dengan perangai ibu ieda yang tidak pernah berubah.... Segalanya telah mengubah minda dan anggapan ieda pada ibu ieda..... "tidak semua seorang ibu betul-betul sayangkan anaknya.."

TETAPI..... tidak semua ibu macam tu. Mungkin nasib tidak menyebelahi hidup ieda..... Tuhan telah menentukan segalanya.. Ieda redha untuk semua ketentuan Tuhan... Ieda tidak pernahkan salahkan Tuhan dalam hal nie... Bagi ieda.. Tuhan akan menguji hambaNya yang betul-betul sabar....

Kini dengan fitnah juga.. Hati ieda hancur berkecai... Orang yang ieda sayang... Orang yang mengajar ieda mengenal cinta...Orang yang selama nie banyak mengajar ieda cara mengatasi masalah... dan orang yang selama ini banyak memberikan dorongan kepada ieda dalam semua hal-hal kehidupan ieda... Membuat keputusan mengambil semula hatinya yang selama ini ieda simpan.... Ieda tahu dia tidak berniat membuat keputusan itu... Tetapi kerana keputusan keluarga.... Bila setiap masalah yang dihadapi setiap pasangan, melibatkan keluarga... memang tidak dinafikan... kebayakkannya akan berpisah... Ieda faham dan mengerti akan keputusan keluarganya... Ieda terima dengan redha walaupun hakikatnya perasaan masih meronta... Tidak mahu melepaskannya pergi.... 

Ieda tahu... setiap yang berlaku ada hikmahnya.... Ieda redha dengan ketentuannya.... Sekiranya dia kembali semula pada ieda... Hati ini sentiasa akan menerimanya... Ini kerana hati ini hanya ada dia... Selain Tuhan pencipta segala makhluk di bumi ini.....

****** Redha dan pasrah dengan keputusan yang telah dibuat.... ******

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinkerbell Red Glitter Wings