Tahniah... tahniah.. dan tahniah pada salah seorang kawan Ieda yang katanya bakal melangsungkan perkahwinan untuk kali ke.... Jeng..Jeng..Jeng... hehehehee.... (rahsia..!!!) Ieda cukup-cukup gembira bila status Facebook dia tentang peluang keduanya dalam mencari kebahagiaan hidup di alam perkahwinan. Ieda sebagai seorang kawan, tumpang gembira bila melihat kawan-kawan lain mendapat kebahagian dalam kehidupan masing-masing.
Bagi Ieda dalam mencari kebahagiaan dalam kehidupan nie pelbagai halangan dan situasi yang akan ditempuh oleh setiap orang. Lain orang, lain cabarannya. Termasuk juga diri Ieda. Bagi Ieda, Ieda sangat-sangat bersyukur kerana kawan Ieda diberikan peluang seterusnya untuk dia merasai kebahagian di alam perkahwinan nie...
Kecantikan dan harta benda bukanlah sesuatu yang menjaminkan kebahagiaan seseorang dalam istilah hidup di alam perkahwinan, TETAPI pokok pangkalnya, hati dan tujuan seseorang menerima kita. Jika hatinya ikhlas menerima kita, tujuannya menjadikan kita sebagai teman hidup, insyaallah... Kebahagian akan datang tanpa perlu kita mencarinya.. Itu tidak bermaksud kebahagiaan akan datang bergolek je dekat kita, tetapi bila segalanya ikhlas kebahagian yang dicari akan menjadi mudah untuk kita temui sepanjang perjalanan kita melayari kehidupan berumahtangga. Alah, senang kata macam highway lah... Senangnya nak mencari kebahagiaan tu... Tapi jangan ingat tak ada cabaran yerk... Sebab, pakai highway pon ada tol ok.. Jangan lupa tu... lalalalalaalaaa...
Hah..??? Ieda..??? huurrrmmm.. No komen la bilanya... Belum sampai seru dan jodoh lagi yerk... Sampai masa.. Dapat la kad jemputan tu... Tak payah la risau or bertanya tentang bab kawin-kawin nie dengan Ieda... egeegegeee...
Pada kawan Ieda yang comel, manis and cantik molek nie... Semoga peluang yang datang kali ini menjadi sesuatu yang terbaik dalam diri kau. Menjadi episod kebahagian ibarat "kasih tercipta" gitu ok... Dan tak akan mungkin untuk jadi "cinta ku bukan diatas kertas" lagi yerk... Insyaallah.. Ieda sebagai seorang kawan... Mendoakan yang terbaik dan sentiasa berharap kebahagiaan sentiasa mendampingi kau ok....
-AMIN-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan