Cinta..?? siapakah yang tidak akan terkesan dengan mentera dan personanya..??? Hal ini disebabkan cinta ialah sesuatu yang sungguh menakjubkan. Ia dapat melahirkan tawa hingga deraian air mata. Cinta yang abadi tidak akan terjalin begitu saja tanpa perlu dipupuk.
Hubungan yang pasif tentu akan membuat anda dan pasangan menjadi "letih". Lalu, bagaimana mewujudkan hubungan dengan pasangan yang berhasil dan tetap segar..?? Cuba tip berikut :--------
BERI PERHATIAN.....~~~~<3
Berilah perhatian dengan memuji secara ikhlas. Pengarang buku True Love Daphne Rose Kingma mengatakan pujian merupakan "baja" jiwa yang dituangkan lewat kata-kata. Memanjakan pasangan dengan pujian yang tulus dan tidak berlebihan, bukan sahaja membuatnya lebih berkeyakinan tapi juga mampu mangigatkan anda betapa kagum anda pada dirinya. Dengan kata lain, ia pantulan diri daripada anda sendiri. Anda tidak akan terasa berada dalam pelukan seseorang yang istimewa kalau diri anda sendiri tidak istimewa...
SENTUHAN.........^___________^....
Pakar hubungan san penulis buku Sensual Love Secret for Couples, Al Link mengatakan, "Sentuhan bukanlah suatu pilihan bagi pasangan, tetapi suatu yang sangat penting. Saat anda dan dia saling memberi sentuhan penuh cinta dan sensual, hormon endorfin yang memberi rasa bahagia dan penuh cinta akan meluncur di dalam otak. Kaum Adam sangat suka disentuh, termasuk dengan sentuhan nonseksual. Hanya dengan memberi pelukan dan sentuhan halus, pasangannya dapat memberikan dia rasa senang dan tenang. Perkara ini akan menciptakan ikatan yang kuat dan penuh kasih, lebih daripada sekadar fizikal.
50 : 50
Dua menjadi satu, inti daripada suatu hubungan. Berikan seberapa banyak yang anda mampu untuk pasangan anda. Jika satu pihak terlalu banyak memberi dan satu pihak lagi hanya menerima pasti timbul tidak keseimbangan dan menajdi awalan pada keretakan sesebuah hubungan. Memberi dan menerima secara seimbang akan melahirkan perasaan saling bergantung dan menghargai pasangan. Tunjukkan yang anda memerlukan kehadirannya, tetapi sekali gus bahawa anda seorang yang berdikari.
ROMANTIS SETIAP HARI....
Mara Goodman-Davies, pengarang buku A Year of Romance mengatakan bahawa dengan hanya mengatakan, "aku sayang kamu.." atau mengerjakan tugas rumah yang biasa dilakukannya menjadi cara untuk menunjukkan kasih anda padanya. Pastikan anda melakukannya dengan sungguh-sungguh dan sepenuh hati. Kalau tidak, sukar untuknya merasakan kasih tersebut.
===========> LUAHKAN...!!!
Jika anda dan pasangan bukan pembaca minda, jangan fikir anda berdua dapat membaca fikiran pasangan. Andai anda menginginkan sesuatu, katakanlah. Jika tidak bagaimana dia tahu..??? Kebanyakkan wanitamenganggap kalau mengatakan apa yang diinginkan pada pasangannya itu tidak romantis. Katakan saja apa-apa yang anda mahu.
So................. up to you....
\(~_~)/................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan