Kerinduan yang di tanggung oleh sesiapa sahaja pasti akan menyebabkan kelukaan dalam hati... Begitu juga bagi ieda yang menanggung rindu pada si dia... Samaada si dia sama seperti ieda atau tidak ianya terpulang pada dirinya... Tetapi bagi ieda, kerinduan yang ieda harus ditanggung setiap saat, setiap minit, setiap hari amat melukakan hati ieda sendiri... Sepahit mana pun ianya harus ieda telan untuk menjalani kehidupan seharian... Walaupun hakikatnya ieda tidak dapat mengelak akan fikiran dan hati ieda dari memikirkan dirinya..
Bagi sesetengah orang yang merasainya... Ianya hanyalah perkara biasa dan memang memahaminya... Tetapi bagi mereka yang tidak pernah melaluinya, perkataan bodoh itu pasti mengukir di bibirnya.... Terpulanglah pada diri korang nak kata ieda bodoh ataupun gila pada ieda tetapi hakikatnya rindu yang ieda tanggung ini, rasanya sangat perit dan tidak tertanggung lagi... Seandainya ia mampu meronta... Pasti korang dapat merasakan dan melihat bagaimana hati dan perasaan ini....
Bagi ieda sekarang...Walaupun tidak dapat menanggung lagi perasaan ini... Ieda harus kuat untuk menyembunyikannya dan harus ukirkan senyuman di hadapan orang sekeliling... Supaya tidak dapat sesiapa pon membaca isi hati dan perasaan sebenar akan apa yang sebenarnya hati ini bicarakan......
Sehebat mana pun hati ini merindu.... Ieda doakan dia dikurniakan seseorang yang akan sentiasa sayang dan cinta dia sepenuh hati... Kerana bagi ieda, seandainya takdirnya bukan untuk ieda, pastikan takdirnya dengan seseorang yang mencintainya