UNIVERSAL STUDIO.... ^_________________^

 Wah..!! nie ieda nak kongsikan sorang kawan ieda nie yang dah ke UNIVERSAL STUDIO at Singapore baru-baru nie... errmmmm... Sampai hati tak ajak ieda erk... Ok faham dengan "gf" hahahhahaaa.....
Ini adalah sedikit coretan darinya melalui email untuk ieda sepanjang dia berada bercuti disana.... 

"aku spend time seminggu untuk bercuti, saja jer nak release tension setelah menjadi seorang pekerja yang agak mentensionkan. so pilihan aku adalah singapore. aku pilih singapore disebabkan singapore antara negara yg paling hampir dengan malaysia, yelah niat dihati nak ke australia atau new zealand namun apakan daya bajet tak berapa nak mencukupi…so singapore pom jadi lerrr….oversea gak kan…"

-coretan aku untuk ko ieda supaya ko jelouseeeeeee..-

Apa pun percutian kat mana-mana pon sama jew..  Apa yang penting ikut bujet ok... Soal kemana, dimana  itu adalah terpulang pada tepuk dada tanya destinasi... hahahahaaa..... Ini dia... Kamu bila lagi nak pergi bercuti ha..??? Jangan tanya ieda bila plak tapi tanya korang sendiri dulu k.. after that i follow... hahahhaaa... 

Nie beberapa picture yang dia kirimkan utk ieda... 
~tgk jelah..~


P/s: tak jelouse pon.... hahhahaahaaa...
^_______________^.....................

SUKA..SAYANG......@ CINTA ~~~~



"Like doesnt means love"


Yeahhh!!!! so true. Bila kita sukakan seseorang tak bermakna kita cintakan dia sebab suka dan cinta ada bezanya dan sayang adalah hasil dari proses suka dan cinta.

Suka, memerlukan sebab manakala cinta tidak memerlukan sebab tetapi lebih kepada siapa yang kita cinta "Like because what you have, Love because who you are" manakala sayang menjurus kepada rasa hasil daripada suka atau cinta.

Dia cantik, dia anggun, pandai masak, pandai ambil hati, baik budi, sopan santun, ayu, handsome, kacak, tampan, macho, berkerjaya, tinggi, body solid, bergetah dan etcccccccccccccc sebagainya, SEMUA ALASAN tersebut adalah sebab, dan itu menunjukkan yang kamu sukakan dia.

Tidak pada CINTA, cinta adalah lebih mudah tetapi satu perasaan yang lebih complicated. Kamu cintakan seseorang bukan sebab apa yang dia ada tapi siapa dia. Kamu tak kisah pun apa rupa paras dia, gemuk ke kurus ke, hodoh ke, malah ada yang cintakan seseorang bagai nak mati walaupun dia tahu orang yang dia cinta itu cacat, kaki pukul, penipu, hodoh dan sebagainya. Sebab, cinta adalah kerana..........tak ada sebab, memang kamu cintakan dia. Ia adalah satu perasaan yang kamu sendiri tiada jawapan kenapa.

Now, if you like somebody, you will have the reasons but not when you fall in love. Kamu boleh jatuh cinta pada seseorang hanya dengan melihat dia sekali imbas. "Love at first sight" without any reason, tapi kamu tahu yang dia adalah sangat special pada kamu.

Tapi jangan salah faham, cintakan seseorang bukan bermakna tidak ada rasa suka. Ada, kamu mungkin suka dengan tingkah laku si dia, cara dia melayan kamu, personlaiti, dan physical appearance dan mungkin ada perkara yang kamu tidak suka tentang orang yang kamu cintai, those bad habits yang boleh meloyakan kamu, but at the end, dia tetap orang yang kamu cinta.

Tapi kenapa perbezaan cinta dan suka ni sangat penting. Yeaaaahhhh, so important sebab ramai antara kamu yang sukakan seseorang tapi claim/declare yang kamu cintakan dia. So then, go through your heart, is there any reasons yang membuatkan kamu cintakan si dia, jika ya, maka kamu sebenarnya sukakan dia dari cintakan dia.

Kamu mesti akan konfius dengan perasaan kamu sebab, bagaimana kamu boleh cintakan seseorang tanpa kamu sukakan dia terlebih dahulu. Back to the basic question, is there any reason for you to love someone, then your heart will give you the answer.

Tapi still, cinta yang boleh lahir dari rasa suka kita pada seseorang. Kerana hati dan personaliti dia, kamu sukakan dia dan seterusnya kamu mula jatuh cinta, cinta pada dia tanpa sebarang alasan. Dan SAYANG, sayang akan wujud apabila kamu sukakan dia atau cintakan dia. 

Kita Pernah Melukai & Dilukai

Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”
tapi dari itu kita belajar bagaimana sakitnya rasa dibohongi
dan tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan, iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.
Hidup adalah proses
Hidup adalah belajar
Tanpa ada batas umur
Tanpa ada kata tua.
JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi
Ketika hati brsedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebabu ntuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama oanrg yang bersabar.





"WANITA IDAMKAN ANDA..!!!" wahhhhh....

Info ini ieda ingin sekali berkongsi dengan anda, iaitu anda akan tahu sama ada wanita idaman anda atau tidak, tergoda dgn keperibadian anda. Mana tahu anda boleh menilai sejauhmana hebatnya anda pada pandangan wanita sampai mereka tergoda dengan anda.

Dia Tidak Senang Duduk
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan 'Maaf!', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

Tunjuk Minat
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: 'Ini aku punya', dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu... OK...!!!

Dia Menjual Dirinya
OOPPPssss..!!! Jangan salah faham ok..!! Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

Bersikap Terbuka
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!
Membayangi Anda
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi.

Anda Diajak Ke Tempat Lain.
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.

p/s: Kadang-kadang, walaupun wanita menunjuk minat pada anda, tak semestinya dia sudah jatuh cinta. So jgn salah faham. Kenali & fahami maksud gerak geri & kelakuan wanita. Tapi agak sukar nak difahami hati wanita ni....kan gituuuuuuuuuu... hahhahaa....

TOLONG lah.... Jangan lah KEJAM sangat..

Perempuan memang terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut lagi menggoda tetapi ada kalanya mereka turut memiliki sifat kejam tanpa disedari. Perbuatan itu juga membuatkan ego dan emosi si jejaka seolah-olah dipermainkan. Oleh itu, mari kenali "7 sifat kejam seorang perempuan" yang mungkin menyakitkan hati kental sang jejaka.... heheheheeeee....

KEKERASAN FIZIKAL
wah, mentang-mentang kamu disayangi si kacak, janganlah ambil kesempatan ini sehingga tangan dan kaki naik ke muka si dia...!! No..no..no... Tidak manis sekiranya seorang gadis menggunakan kekerasan fizikal seperti memukul dan menampar. Kamu jangan terlalu yakin, kalau seorang lelaki hilang kesabarannya, boleh jadi kamu juga akan menerima nasib yang sama... huhuhuuu...

MENIMBULKAN RASA CEMBURU
Ramai perempuan yang sengaja keluar untuk berfoya-foya dengan lelaki lain untuk menimbulkan rasa cemburu si jejaka. Kononnya nak ajar si dia agar lebih memberikan perhatian dan kasih sayang pada kamu. Tanpa kamu sedari, cara ini amat menyakitkan hatinya kerana rasa cintanya mungkin akan pudar sekiranya kamu sering menggunakan taktik ini. Jadi, sila fahami batas-batas kamu agar tidak melukai hatinya.

KUAT BERBOHONG
Si kaki propa, kuat menipu dan berbohong juga antara sifat kejam yang boleh membuatkan si jejaka jelak dengan kamu. Jangan amalkan sikap ini kerana ia memberi gambaran negatif buat dirimu. Ramai jejaka di luar sana inginkan buah hati mereka seorang yang telus dan jujur dalam perhubungan. Oleh itu, sekiranya kamu melakukan sebarang kesilapan, silalah memohon maaf agar hubungan kamu berpanjangan.... ok...!!!

MERAHSIAKAN STATUS
Paling mengecewakan apabila perempuan yang selama ini dipuja-puja sebenarnya telah berpunya. Ooopppssss...!!!! Sedangkan ketika proses perkenalan si perempuan menampakkan sebagai seorang yang masih solo dan melayan mesra setiap sikap si jejaka. Mungkin kamu mata keranjang terhebat tetapi AWAS, kamu juga mungkin tertewas..!!!!!!!!!!!

KRITIKAN TAK BERASAS
Kritikan kalau sering dilemparkan tanpa sebarang asas mungkin mampu membuatkan si jejaka terasa hati padamu, apatah lagi apabila ia diluahkan di khalayak umum. Jangan asyik mengkritik sahaja, berilah si dia satu langkah penyelesaian terbaik dalam setiap komen kamu itu. Sebagai contohnya sekiranya si gaya si jejaka itu kurang menyenangkan di mata kamu. Apa kata kamu belikan si dia barangan yang kamu rasa sesuai.... Barulah padan muka kamu.. hahahhaaa...

AMBIL KESEMPATAN
Dasar mata duitan..!!! Ramai perempuan menggunakan daya penarik mereka demi kepentingan dan manfaat peribadi seperti fasiliti pengangkutan pergi balik, melepak secara percuma dan lain-lain sedangkan mereka langsung tidak tertarik dengan lelaki tersebut. Setelah mendapat apa yang diinginkan, si lelaki ditinggalkan  pula... SANGAT KEJAM OK...!!!!!!!!!!

MEMANIPULASI
Menyedari lelaki merupakan kaum yang mudah cair apabila melihat si perempuan menangis, sesetengah daripada mereka sengaja memanupulasi kelemahan ini untuk memaksa lelaki secara halus bagi memenuhi keinginannya. Kadangkala tangisan ini diteruskan kerana mengetahui lelaki sanggup melakukan apa sahaja demi menghentikan tangisan tersebut.

Sekiranya coretan ieda ini ada yang terasa, ieda menyusun 10 jari mohon maaf... Coretan ini juga sebenarnya adalah permintaan dari seorang kawan rapat ieda yang sedang kecewa setelah dipermainkan oleh teman wanitanya.... Ianya boleh kita jadikan sebagai panduan dan peringatan kepada kamu semua dan tidak lupa juga pada diri ieda sendiri... ok...

Syyy....!!! Kisah Silam Si Dia... KAMU BOLEH TERIMA..???

MAMPU ATAU TIDAK KAMU MENERIMA DIRINYA SEANDANYA DIA??? ADAKAH KAMU SEORANG YANG KEJAM..??? ATAU PROFESIONAL DALAM MENGENDALIKAN MASALAH ANTARA KAMU DAN SI DIA.??? SAAT KAMU MENDENGAR LUAHAN RASA SI DIA MENGENAI KISAH LALUNYA, ADAKAH KAMU MASIH BOLEH MENERIMA DIRINYA..??? ATAU BERPURA-PURA TIDAK KISAH TENTANG HAL INI.??? SEDANGKAN HATI KAMU SUDAH TERUKIR NAMANYA DAN MANA MUNGKIN IA BOLEH DIBUANG BEGITU SAHAJA...


Nak tak nak kamu terpaksa juga melalui saat getir ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rmuknya hati kamu tika itu. Mungkin si dia yang kamu kenali itu mempunyai sejarah silam yang sangat tragis. Betullah kata orang tua-tua, jangan dinilai seseorang itu dari luarannya sebaliknya nilai seseorang itu dari dalamnya. Kerana dalaman yang cantik akan terpancar melalui raut wajahnya. Jika tersilap langkah, bahananya pasti terlipat jua.


1)      MENYOAL BIARLAH BERPATUTAN
Kenapa?? Mengapa begitu??? bagaimana boleh terjadi??? huh..!!! Penat jugalah si dia nak menjawabnya. Kamu pun janganlah melampau sangat. Kalau iya pun kamu nak menyoal, biarlah berpatutan. Ini tidak, soalan kamu bertubi-tubi macam peluru M16, sampaikan nak bernafas pun tak sempat. Oh tidak...!!! Jangan lakukan seperti ini. Walaupun kamu agak terperanjat tentang kisah silamnya, tolonglah profesional. Mungkin boleh tenangkan hati terlebih dahulu. biarlah dia meluahkan segala-galanya kepada kamu sehingga cerita itu menemui penghujungnya. Saat itu, barulah kamu bersuara dan bertanyakan kepadanya apa yang patut....

2)     MEMBERIKAN KEKUATAN
Setiap manusia tidak dilahirkan sempurna, sesetangah pernah terlibat dengan pelbagai masalah sosial sehingga membawa kepada unsur jenayah. Mungkin si dia salah seorang daripadanya, namun pernah tak kamu cuba untuk menyelami isi hatinya..??? Pasti tidak pernah, kan..?? Oleh itu, sebagai kekasih kamu bertindak sebagai kaunselor. Kamu berilah kekuatan kepadanya agar si dia boleh bangun semula dan memulakan kehidupan baru bersama kamu tanpa memikirkan sejarah silamnya. Anggaplah kisah silam itu sebagai kenangan lepas yang terjadi bukan atas kehendaknya.

3)    BERHIJRAH KE ARAH KEBAIKAN
Sebesar mana pun kesilapan yang pernah si dia lakukan, kamu perlu menerimanya dengan hati terbuka. Mungkin sebelum ini si dia seorang kaki perempuan dan memasang awek hingga keliling pinggang, ataupun si dia kaki jantan hingga memasang jantan keliling pinggang, namun sejak mengenali kamu si dia berubah sama sekali. Kejujurannya memberitahu kemu tentang kisah silamnya patut kamu hargainya. Bukan mudah bagi seorang lelaki membuka pekung di dadanya, sebenarnya ianya agak sukar. Mungkin si dia tidak mahu kamu kecewa dengan mendengarnya melalui dengan orang lain, menyebabkan dia bertindak memberitahu terlebih dahulu.  Keberanianya menunjukkan bahawa si dia betul-betul mencintai kamu. Jangan sesekali kamu mensia-siakannya..!!! ok..!!!

4)   MENERIMANYA SEADANYA DIA
Sepertimana si dia menerima segala kekurangan kamu itu seadanya, begitu juga dengan kamu. Sepatutnya kamu bersyukur kerana mendapat teman lelaki atau teman wanita sebegitu yang boleh menrima kamu dalam apa jua keadaan sekali pun. Kalau boleh, timbang tara terlebih dahulu baik dan buruk sebelum kamu melepaskan dia. Sepatutnya kamu memberikannya ruang dan peluang untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Jangan kamu jadikan kisah silamnya itu sebagai tiket untuk memutuskan perhubungan. Niat si dia berlaku jujur dengan kamu hanya kerana si dia tidak mahu terus menipu kamu..!! Fikir-fikirkanlah ye..!!! huhuhuuu...

5)     BUKA BUKU BARU
Seperti biasa, yang lepas ia terus berlalu tanpa kamu dan si dia menoleh ke belakang lagi. Teruskan mara ke hadapan dan bina hubungan ini secara telus. Kalau boleh jangan sesekali ingatkan lagi kenangan yang pernah terpalit dan menyakitkan itu. Sekiranya kamu  masih mengungkit dan menyalahkan dirinya, terus-terang ianya dikuatiri si dia akan berpaling dan memberikan semangat untuk si dia menjadi seperti dahulu. Lebih baik kamu menasihati dirinya dan memberikan nasihat kepadanya untuk si dia kekal seperti hari ini. Harapan yang kamu berikan ini sedikit sebanyak menyuntik semangat si dia untuk berubah.

6)   BELAJAR DARI KESILAPAN
Sebagai seorang kekasih kamu perlu menasihatinya tanpa jemu. Jangan membiarkan dirinya terkapai-kapai keseorangan. Beritahu si dia bahawasanya setiap manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup ini. Oleh yang demikian jadikanlah kesilapan dan kesalahan yang lalu sebagai pengajaran dan pelajaran kepada kamu dan si dia dalam menjalani kehidupan ini. Ayuh..!! teruskan usaha... Mungkin dia akan berbangga memiliki kamu.. Waktu itu, pasti kamu akan tersenyum puas kerana berjaya menjadikan si dia individu yang berbeza...

So... Selamat berjaya dan selamat berbahagia ok..!!!!!!!!!!!!! Ianya hanyalah sekadar pendapat ieda dan coretan ikhlas dari hati dan benak fikiran ieda... Ianya juga merupakan pesanan kepada diri ieda sendiri dan tidak lupa pada kamu semua juga ya...!!!!!!!!!!!!!!!

10 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki.

Terdapat pelbagai ciri yang seorang lelaki cari di dalam setiap diri orang perempuan. Jikalau dibilang dan dikira tentulah banyak ciri-ciri yang kami sendiri sukar untuk kumpulkan memandangkan setiap insan mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza.
Bagaimanapun, ieda ingin kongsikan 10 sikap wanita yang disukai lelaki.

Keanak-anakan

Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan
serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

So... Pandai-pandailah korang k.... hehehehee... Semua nie ieda ambil dari salah satu blog pakar psikologi dari Indonesia.. Iaitu berkaitan dengan kajian tentang "perangai perempuan kesukaan lelaki........"

SURPRISE... SURPRISE.... SURPRISE..!!!!!!!!!!

HAPPY BRITHDAYYYYYY...!!!!!!!!!

18 MEI 2012 - Kejutan buat Ieda dari SOMEONE yang tak pernah Ieda jangkakan....
Hampir-hampir menitiskan air mata.. hahahahaa... Sebab terkejut... huhuhuhuuu.... Tapi tahan je semalam...

 Rasanya kalau tak tahan dah mengalir macam air terjun kot...
Walaupun ieda tak pernah harapkan apa-apa dari sesiapa sahaja untuk hari lahir ieda... Ieda hargai sangat-sangat atas apa yang sudah kawan-kawan ieda dan someone yang meraikan hari lahir ieda untuk tahun nie...

Pada satu-satunya adik ieda.... Terima kasih atas ucapan yang di berikan... Bagi ieda tiada apa yang ieda harapkan tetapi dengan ucapan "SELAMAT HARI LAHIR" sudah cukup untuk membuatkan air mata ieda mengalir kegembiraan.... Seandainya mampu air mata itu menyatakan apa yang ieda hendak katakan.... Pasti ianya akan mengungkapkan kata-kata itu padanya...

From Someone tu.. Ieda sangat-sangat hargai atas kejutan yang diberikan semalam tepat jam 12.30 tengah malam... Memang perkara yang tak pernah dijangkakan... Walaupun hanya dengan sebiji kek dan 3 kuntum bunga mawar.... Itu sudah cukup membuatkan hati ieda terharu, kegembiraan terserlah di wajah dan terkejut dengan apa yang someone tu lakukan untuk ieda... Ieda akui.. Sayang ieda pada dia kini makin bertambah dan ieda harapkan ianya tidak akan pudar....

Ucapan "HAPPY BRITHDAY" yang dibisikkan oleh someone ke telinga ieda... Sebenarnya sudah cukup untuk ieda.... Apa yang dia telah lakukan untuk ieda semalam akan ieda ingat sampai ke akhir hayat ieda.... INSYAALLAH.................


~ HAH...!! SCANDAL.... ~

Memang dah lama nak tulis pasal nie sebab dah ramai suruh ieda tulis pasal tajuk "SCANDAL" nie... tapi... tak tertulis  kerana ieda mulai terfikir ini adalah SURATAN atau KEBETULAN.....????? Memandangkan ramai yang mintak.. Ieda makbulkan jugak lah permintaan korang ok.... erm....

Jika dihitungkan berat ataupun kestabilan scandal nie... Kita tidak boleh menunding jari kepada perempuan ataupun lelaki yang suka mempunyai scandal tetapi kedua-duanya memang mempunyai kestabilan memang suka mempunyai scandal... HAH...!!! terkejutkan... Kebanyakkan kawan-kawan ieda memang mempunyai scandal.. Tidak kiralah lelaki ataupun perempuan.. Kedua-duanya sama sahaja... Tidak kiralah yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin... Mengikut kajian juga 25% punca kepada timbulnya kes penceraian adalah berpunca dari orang ketiga... ermmm... scandal lah tu....

So, kepada kawan-kawan ieda yang ramai "BERSCANDAL" nie... Tolonglah STOP, STOP and STOP and pull back your STEP to the right path..!!!  Cari balik right pathway walaupun terpaksa melalui highway yang panjang dan jangan sesekali kata NO WAY to step back couse this is my way.... So everybody step away..... hahahahaa... ok tak..ok tak..??? ayat... ehhehee..
TETAPI.. ianya terpulanglah pada diri sendiri untuk perkara ini... Setiap orang ada masalah dan pendapat masing-masing... Bagi ieda before you all berkata "Out of my way.. I now is wrong but I don't care, who cares..!!!!" just think before you say ok... huhuhuhuuuu.... 

Selain tu, scandal nie terdiri pelbagai pasanganlah..... Contohnya, Suami orang dengan isteri orang... Bos dengan pekerja.. Abang ipar dengan adik ipar... Ishhh... macam-macam lah... Sebabnya terlalu banyak contoh kalau nak dinyatakan satu persatu... Rasanya anda pun boleh mengagak pasangan scandal nie kan... ermmmmmmmmm.....

Bila dihuraikan tentang scandal... Orang yang mempunyai scandal nie ada banyak niat sebenarnya.. ada niatnya yang baik... ada juga niatnya tak berapa baik... Dan tak lupa jugak ada niat yang memang tak baik langsung... ahhhaha...kan..kan..kan... Yelah, bagi mereka yang berniat baik, ianya hanyalah sekadar suka-suka dan menjadi hiburan bagi mereka ketika kesunyian singgah padanya... Untuk niat yang tidak berapa baik pula, seperti hanya untuk menjadikan scandalnya itu tempat melepaskan waktu kesusahan contohnya sewaktu sedang dalam kesempitan kewangan... Hah..!! apa lagi.. KIKISLAH you.. ehhehehehe... Tapi untuk niat yang memang tak baik langsung pulak... Macam hanya untuk memuaskan nafsu dan memang jadikan scandalnya tu sebagai "bank kebajikan"... hahahahaaa... Kalau yang macam nie memang tak lama lagi timbullah kes bunuh mengerikan... errrmmm... menakutkan...

Ieda MENGAKU dengan adanya scandal.. Hidup kita nie memang tak pernah sunyi sebab bagi ieda.. Ada peneman ieda takala ieda merasakan kesunyian... WOW...!! peneman kot... hahahaaaa... Ianya hanyalah sekadar suka-suka tiada niat lain... Itu bagi ieda, tetapi bagi anda... Terpulanglah atas apa kepentingan dan niat hati anda ok...!!!

Pengajaran yang ieda dapat melalui pengalaman "berscandal" nie sangat-sangat mengejutkan.. Bukan kerana rasa bersalah tetapi... ermmm... jeng, jeng, jeng... Terjerat oleh perasaan sendiri... Ooooppppssss...!!! hahahhaa... Akhirnya termakan diri sendiri.. Bermula dengan suka-suka dan akhirnya menyulam perasaan... So, sendiri buat sendiri tanggunglah... Tapi bila disebut SCANDAL kan.. tentulah tak tahan lama kannnn.. huurrmmm.. Anggaplah takde jodohkannn.... hahahaha... TAK HERAN k...!!! Coz I nie Tittle Mak J... So ikot kajian Market I Tinggi gituuu.. kannn...

Bagi mereka yang terdengar cerita tentang ieda kini have a SOMEONE.... Yup..!! ieda mengaku ieda memang kini have a someone.. Dan yang paling penting this time not dari scandal k.... hahahhaaa,,,!!! siot je kannnn....

Soal cinta nie sangat sensitif sekarang nie memandangkan status ieda yang masih di awan-awangan... Paham-paham sudah... Tapi bukannya ieda sengaja bermain dengan perasaan... Perasaan yang datang kali nie adalah sesuatu yang tidak pernah sesekali ieda menduga.... hahahhahahahaaaa.... lawaknya....!!!! Entah la... No komen... (ayat selamat)...

So, secara kesimpulannya untuk "HAH..!!! SCANDAL..." terpulanglah atas diri sendiri... Berhati-hati dalam scandal anda kerana mungkin scandal akan menjerat hati dan perasaan anda........ Tapi yang paling penting, pastikan niat anda adalah betul dan tidak sesekali mempunyai niat mempermainkan perasaan orang lain... Jika ada...  Pastikan ianya "diluputkan" dari hati anda... Kerana ianya akan menyusahkan anda... SO................. "Selamat berscandal..."


*________________^

"scandals and love....scandals and frauds.......scandal and trap.......scandal and desire"

JANDA BERTEMU JODOH lelaki bujang....???

Jika dilihat sejak kebelakangan ini, semakin ramai golongan janda atau ibu tunggal memilih lelaki bujang yang lebih muda daripada usia mereka ataupun sebaya dengan usianya sebagai suami... Pasti pelbagai rintangan dan halangan menjadi taruhan kerana masyarakat menganggap "kurang sesuai"...

Sepatutnya masyarakat khususnya ibu bapa menyokong dan memberikan restu atas perkahwinan yang bakal dibina. Secara tidak langsung ia menjadi ia menjadi titik tolak "kebangkitan" kembali wanita yang pernah kecundang dalam rumah tangga. Bukankah setiap orang berhak menikmati kebahagian hidup??? Kegagalan perkahwinan pertama tidak bermakna tertutup peluang untuk mengecapi kemanisan hidup sebagai suami isteri pada perkahwinan seterusnya....

Bagi ieda sesiapa sahaja tidak kiralah duda ataupun janda mempunyai pandangan masing-masing dalam hal ini.. Setiap orang mempunyai cara pemikiran tersendiri dan pilihan cara hidup masing-masing. Dalam hal ni ungkapan..

" Tepuk dada tanya selera... Tepuk selera tanya hati..."

Seorang pakar psikologi dari Indonesia berkata, masyarakat Timur mempunyai tuntutan yang tinggi terhadap wanita terutamanya wanita yang bergelar janda... eh, eh, eh....!!! tingginya market kan, kan, kan..... hahahhaahaaaa.....

Terdapat empat sebab mengapa kebanyakkan calon mertua tidak dapat menerima hakikat apabila anak lelaki bujang mereka tertarik pada JANDA....:-

* Apabila wujudnya stigma masyarakat sekeliling yang mempersoalkan status janda sebagai sesuatu yang negatif, segaligus ianya akan mempengaruhi pemikiran masyarakat...

* Dalam adat Timur yang konservatif, lelaki bujang diharapkan mendapat yang terbaik dalam soal jodoh. Malah, jika menghadiri majlis perkahwinan yang melibatkan janda dan lelaki bujang, pasti ada tetamu yang memandang sinis pasangan pengantin lebih-lebih lagi jika pengantin perempuan nampak lebih berusia daripada pengantin lelaki.

* Janda seringkali dikaitkan dengan masalah. Jika janda tersebut lebih matang, dikuatiri mereka akan menjadi Queen Control dalam urusan rumah tangga. Sekiranya janda tersebut mempunyai anak daripada hasil perkahwinan terdahulu, mereka akan memberikan beban kepada lelaki muda yang baru sahaja menikmati kehidupan berumah tangga.

* Janda juga sering dianggap sebagai PENGGODA. Walaupun tidak semua janda bersifat demikian.. Mungkin hanya sebilangan kecil yang melakukan perkara itu, tetapi tempiasnya melibatkan semua wanita yang bergelar janda. Gambaran ini yang membuatkan sebilangan ibu bapa berat untuk menerima janda sebagai isteri anak bujang mereka.

So, and so, and so................... Kesimpulanya, jika anda ingin mendekati lelaki bujang, "bacalah" dahulu karakternya kerana kebanyakkan lelaki bujang yang suka mendekati janda adalah "anak emak"..!!!  Jika lelaki ini ditakdirkan menjadi jodoh anda... persiapkan diri anda dengan sebarang kemungkinan  situasi dengan positif dan semoga SI DIA memperjuangkan anda di hadapan ibunya dan kedua-dua pihak dapat menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing..

GOOD LUCK BABY..!!!!!!!!!!

PERKAHWINAN IBARAT "sebatang pokok....."

Perkahwinan merupakan sebuah hubungan suci, penyatuan dua jiwa. Namun, agak menyedihkan apabila rumah tangga yang berusia belasan tahun semakin pudar serinya. Mengikut kajian, keruntuhan rumah tangga pasangan kini 45% berpunca dari masalah kewangan, 25% adalah berpunca dari kehadiran orang Ketiga dan selebihnya pula adalah dari campur tangan keluarga dalam permasalahan pasangan dan sebab-sebab lain.

" Semakin lama berkahwin, semakin utuh perhubungan antara suami isteri itu. Diibaratkan sebatang pokok......"

~ Sepatutnya, pokok itu dijaga, dibaja, dibelai sehinggalah ia membesar dan hidup subur. Akhirnya selari dengan peredaran masa, pokok itu makin kuat batangnya (tunggak utama) semakin keras. Itulah umpama sebuah perkahwinan.... ~

Perkahwinan yang boleh ieda kongsikan, seperti mengganggap pasangan anda itu adalah sahabat karib anda. Tempat berkongsi segala suka duka, sedih gembira dan segala rahsia. Tempat untuk anda berbincang tentang apa sahaja.... Selain tempat anda melepaskan kepenatan selepas pulang dari kerja... Oooopssss...!!! Manja-manjalah tu kan... huhuhuhuuu....

Perkahwinan yang dibaja dengan kasih sayang, dibelai dengan kelembutan dan disiram dengan kemanjaan.. Insyaallah, ianya akan berkekalan dan mekar dengan baiknya... Ibarat semekar sekuntum bunga mawar, seindah taman Firdausi dan sewangi harum bunga Kasturi...

Selain itu, komunikasi sangat penting dalah hubungan suami isteri. Komunikasi harus jujur, telus, terus terang dan tiada rahsia. Jika pasangan mula berahsia, pasti ada yang tidak betul. Namun, tidak dinafikan ada perkara yang mungkin perlu diarahsiakan demi menjaga hati pasangan.

Kadangkala pujuk memujuk juga boleh menyuburkan perhubungan. Apa salahnya sesekali memujuk pasangan untuk mewujudkan kemesraan. Tetapi janganlah merajuk dengan keterlaluan... Itu mewujukan kebosanan... ahahahahhaaa...

Memanggil pasangan anda dengan panggilan untuk melambangakan kasih sayang dan kemesraan seperti "sayang", "abang", "baby", "hubby", dan sebagainya... Sebenarnnya, kajian pakar motivasi telah mennyatakan bahawa panggilan anda kepada pasangan anda adalah sesuatu yang penting kerana ianya akan mewujudkan kemanjaan dan kemesraan didalam sesuatu perhubungan...
so, lepas ni panggil pasangan anda dengan panggilan manja ok...!!! jeng...jeng... jeng...

Hipotisisnya disini... heheheheee..... Setiap pasangan perlu ada pegangan dan matlamat mereka inginkan hubungan suami isteri itu hingga ke Syurga... Kemesraan, belaian, kasih sayang, kelembutan dan kemanjaan perlu ada dalam sesebuah rumah tangga untuk mewujudkan rumah tangga bahagia dan berkekalan....
Insyaalah......................

" Semakin lama, semakin sayang.. Usik mengusik bawa bahagia.. Kelembutan dan kemanjaan membawa kemesraan..."


TAK AKAN SESEKALI LEPASKAN......

   Bila hati dah mulai sayangkan seseorang memang payah nak buang semula rasa sayang tu kan.. Tulah yang ieda rasa sekarang ini.... Wahhh..!!! Hati dah Berbunga-bunga cinta ini.... hahahhahaaaaa... Berbunga la sangat kan... Tapi hakikat sebenarnya memang payah sebenarnya.... Samaada orang yang kita sayang tu memahaminya atau tidak itu tidak pasti.. Tapi yang pasti hati ini memang milik dia.....

   Tak dinafikan perasaan ragu-ragu masih jelas dan kelihatan dalam hati ini sekarang nie.... Pelbagai persoalan yang bemain di benak fikiran... Adakah setiap kata-kata yang lahir dari bibirnya itu adalah datangnya dari hati yang ikhlas dan jujur membalas rasa sayang hati ieda ini.... Maklumlah, sebelum ini tak pernah hati ini merasakan perasaan sayang sebegini.... Aduhhhh sayang.... ahhahahhaaaa....

   Seandainya ini adalah salah satu permainan sendiwara dia... Hancur luluh la hati ini.. Wahhh..!!! ayat... hahahahaaaa..... Ketawa sudah... kihkihkihhh... Tapi ikhlas ieda katakan.. Seandainya hati ini dipermainkan.. Tiada lagi ruang untuk melahirkan rasa sayang kepada insan yang dilahirkan sebagai lelaki.... Kadang-kadang kita boleh bergurau senda tentang perkara lain tetapi soal hati dan perasaan tidak sama sekali.... Sekali kita kecewa belum tentu ada ubatnya...

    Cemburu pula hadir tanpa di duga... Tidak kira masa dan keadaan... Kadang-kadang cemburu ini mulai menguasai hati lalu akal fikiran memikirkan perkara yang tidak sesekali mentercapai dik perbuatan dia... Tetapi cemburu itu tandanya sayang.... Cemburu pula biarlah berpada-pada... Jangan lah sampai lahirnya cemburu buta.. Nanti buruk padahnya...

    Walaupun pada hakikatnya ieda dan dia hanyalah sekadar main-main.. Senang jelaskan hanya sekadar suka-suka sahaja tetapi akhirnya dijerat oleh hati dan perasaan yang datang tanpa di duga.... Tak bagi salam langsung datangnya kan... huhuhuhuhuuuu.... Takdir yang menentukan segalanya...

    Kini, walaupun sudah berterus terang tetapi keraguan masih ada disudut hati ieda...Maklumlah, sebelum ini dia bersama dengan orang lain yang lebih baik dari ieda sendiri.... Kelebihan yang dimiliki oleh orang yang mendampinginya sebelum ini adalah jauh lebih baik dari ieda... Ketakutann kehilangan mulai menguasai diri.... oleh itu, jarakkan diri dari dia lebih baik... Cuma masalahnya disini... mampukah aku..???? ooopppssss.... Terus terang dari hati.... ieda tidak mampu untuk jauh dari dia..... Kerana perasaan sayang yang lahirnya dari hati ini terlalu ikhlas hanya untuk dia....

     Tetapi persoalannya di sini... Rasa sayang yang datang dari dia ini ikhlas dan tulus ataupun sama dengan apa yang ieda rasakan kini.... Walaupun setiap hari dia ungkapkan perkataan "sayang" dan " I love U" pada ieda.... Jujurkah dia menyayangi dan mencintai diri ini.... eeerrrrmmmmm...... Masih tanda tanya....

" Kasih sayang yang datang dari hati adalah tulus dan suci...
                  Sayang yang datang terus dari hati adalah sesuatu yang ikhlas dari jiwa..."

ILMU HITAM......~________^....

   Jikalau diceritakan tentang "ILMU HITAM" pasti dikaitkan dengan  kisah seram zaman dahulu kala... Kisah toyol, pontianak, hantu raya dan macam-macam lagi lah... Biasanya mereka yang menggunakan benda-benda macam ini adalah bertujuan untuk menjaga harta-harta mereka, untuk kecantikan diri sendiri dan anak cucu cicit mereka... Tak lupa juga pada mereka yang membalas dendam atas ketidak puasaan hati mereka.....

   Tanpa kita sedari kini.. Di zaman manusia mengejar kekayaan dan kesenangan... Penggunaan ilmu hitam ini makin berleluasa dan mendapat tapak yang selesa terutamanya dia kalangan kaum Melayu kini.... Tetapi bukan untuk menjaga harta tetapi untuk membalas dendam dan dalam dunia kecantikan..

   Didalam dunia kecantikan, Ilmu Hitam mungkin tidak dihairankan kerana sejak dari zaman azali lagi ianya salah satu dari cara menjaga kecantikan dan menjadi cantik... Contohnya seperti susuk... Emmmm... Susuk pulak ikut kepahaman ieda sendiri, ianya terdiri dari pelbagai jenis.. Seperti, susuk berlian, emas, permata delima dan benang emas..  Tetapi hakikatnya cara pemakainaan hanya mereka yang pernah mencuba sahaja mengetahuinya.... Bunyi macam seram, tetapi hakikatnya hasil memang terbaikkkk...!! hahahahaaa.... Yelah tu kan....

    Dalam pemakaian susuk ini juga, katanya ianya mempunyai pantang larang tertentu.. Sepeti tidak boleh sesekali makan pisang, Sate pada cucuk lidinya dan berjalan melalui bawah ampaian... wahhhhh..!!!!! teruknya... walaupun benda tu nampak remeh tetapi hakikat sebenarnya... akibat menggerunkan... huhuhuuu... Orang cakaplah... ieda just bagi tau je... hahahahaaa.... (tukar jadi hantu raya kot... huhuhuuuu... tak pasti..)

   Hakikatnya.. kini kebayakkan dari kita menyalahgunakan ilmu hitam ini dengan tujuan membalas dendam dan mengenakan orang lain... Contohnya seperti santau dan menanam benda-benda tertentu.. Santau pula, ieda dimaklumkan boleh dibuat dengan 2 cara iaitu melalui makanan dan angin... Santau ini jika diteruskan ianya akan meragut nyawa orang yang disantau tu... Wahhh...!!! macam membunuh la pulak... Mengerikan betul lah.. Jangan lah sesekali kita mengenakan orang lain dengan benda-benda macam ini.. bayangkan lah kalau keluarga kita sendiri terkena dengan benda-benda macam ini... Tentu macam-macam perasaan yang timbulkan....

   So, dalam Al-Quran sendiri pun ada tertulis ilmu hitam ini memang wujud dan kita harus percaya dengan kewujudannya ini... Tetapi, kita boleh menghindarkan dari terkena ilmu hitam ini dengan mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran macam, ayat 3 Qul dan Ayat Seribu Dinar... Walaupun hakikatnya ramai dikalangan kita ini tidak berapa pandai membaca ayat-ayat suci Al-Quran ini tetapi, apa salahnya kita menghafal ayat-ayat yang boleh mendiding diri kita dari terkena ilmu hitam ini....

   Secara kesimpulannya... Jangan lah sesekali kita mengamalkan ilmu hitam ini untuk tujuan tertentu... Mungkin ianya akan memakan diri kita sendiri.. Oleh yang demikian, jangan sesekali terfikir, terlintas mahupun ingin mencuba ilmu hitam ini dalam apa jua keadaan sekalipun.. Kita sebagai manusia dan hamba Allah yang menumpang diatas muka bumi ini haruslah mempercayai dan meminta segalanya kepada Allah s.w.t.  

" Jangan sesekali membiarkan hidup anda dipenuhi hasrat dendam dan dengki sesama manusia... Allah telah menentukan rezeki masing-masing bagi setiap hambanya..."
Tinkerbell Red Glitter Wings