Assalamualaikum & Salam Sejahtera u allssss....
Hari jumaat lepas (21 Nov 2014) Puteri sulong Ieda Azwani d masukkan ke Wad 6EF, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Suspek denggi. Bila dapat je call petang tu, jantung nie rasa macam nak luruh... Risau hanya Tuhan je yang tahu. Hanya doa yang dikirimkan. Terasa diri nie nak berlari balik ke Terengganu.. Buka je beg duit.. RM30.00 masih berbaki... "Ya Allah..." hati ini mengeluh... Tuhan sedang menguji & menduga akuuuu....
Pukul 10.30 malam, Ieda call operator hospital & disambungkan ke kaunter wad. Bila Ieda bertanyakan tentang kondisi anak Ieda, katanya Azwani dalam keadaan stabil, Alhamdullilah... Lega sikit hati nie... Tapi masalahnya Azwani tak makan, ianya disebbkan tongser bengkak, so tak boleh nak menelan.. Pihak hospital terpaksa masukkan air gloukos menggantikan makanan & minuman supaya Azwani mempunyai tenaga untuk bergerak.... Ieda hanya redha dengan keadaan, janji Azwani selamat... Ieda ada call ayahnya Azwani, katanya Azwani tak bercakap, hanya diam.. Mungkin kerana dia kesakitan menahan sakit, tiada perkataan dapat diungkapkan... Tambahan pula, suhu badannya 44'c.....
Pkl 12.00 tgh malam call lagi.. Katanya Azwani lena tidur, sebb baru lepas ambik darah.. Kesian anak mama... Tapi nak buat macam mana, itu adalah prosuder yang harus dipatuhi.
Hari Kedua (22 November 2014)
8.30 pagi call ayah Azwani bertanyakan keadaannya, Azwani still tak makan, tapi bangun je dari tidur Azwani meminta air 100 plus.. Bergegaslah si ayah membelinya... Tak kisah la, janji Azwani minum.... Supaya berisi sikit perut si anak....
Jam menunjukkan 11.30 tgh hari, Ieda call ayahnya Azwani, Dia memberitahu keadaan Azwani yang masih tidak mahu makan, hanya minum air sahaja... Risaunya hati ini Ya Allah... Dalam panggilan itu juga, ayah Azwani bersetuju untuk tukarkan Sekolah Azwani pada tahun hadapan. Sekolah Rendah Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu. Bersebelahan dengan sekolah Hakim...
Dulu kami pernah bergaduh mengenai sekolah Azwani. Bersusah payah aku balik dari Putrajaya dan berusaha memilih sekolah yang terbaik untuk Azwani, akhirnya Azwani disekolahkan ke sekolah pondok swasta... Kecewanya aku Ya Allah, sekolah yang tidak didaftarkan & tidak diiftiraf oleh pihak kerajaan. Sekolah yang tidak ada UPSR malahan persekolah hanya sampai darjah 5. Bersusah payah aku turun naik Pejabat Pendidikan, kemudian merayu-rayu pada pihak sekolah supaya Azwani diterima... Bila Azwani diterima, macam nie pulak jadinya... Kecewanya hati ini... Tapi bila dah ada keputusan mengatakan dia bersetuju dengan aku untuk sekolahkan Azwani di Sekolah harian biasa.. tanpa membuang masa, dengan hati yang sedikit lega aku terus mencari no telefon sekolah terbabit didalam internet lalu menyimpannya... Memandangkan hari ini hari Sabtu, Terengganu cuti... Esok pagi-pagi aku akan selesaikan kemasukkan Azwani ke sekolah barunya...
Pukul2.30 petang, Ieda menghubungi salah seorang pegawai di pejabat... Alhamdullillah... Usaha seorang ibu, Tuhan memberikan jalan penyelesaian, Kebetulan anak sedara pegawai terbabit bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital di mana Azwani dirawat... MA tersebut memberikan jawapan yang menyejukkan hati Ieda, Azwani telah dimasukkan air untuk kali keduanya hari nie... Tapi keadaannya masih sama, tak mahu makan... Ini kerana tekaknya masih bengkak... Suhu badanya telah menurun, demamnya telah kebah.. Suhu badannya hampir kembali normal... Leganya hati ini Ya Allah.... Tuhan mendengar doaku...
9.30 malam, Ieda menghubungi ayah pada Azwani, Panggilan berjawab.... Katanya Azwani dah beransur pulih... Sudah mulai makan benda berkuah... Tapi hanya dalam kuantiti yang sangat sedikit... "Tak pe la sayang, janji kamu makan... Lega hati mama.."
Hari Ketiga (23 November 2014)
Terjaga dari tidur, terus tengok jam... Pkl 8.30 pagi... Ieda terus bangkit dari katil, basuh muka dan capai telefon... lalu terus menghubungi pihak Sekolah Rendah Sultan Sulaiman II untuk sesi persekolahan Azwani tahun 2... Alhamdullilah, Tuhan memudahkan jalan aku lagi untuk kali kedua.. Guru besar menerima Azwani untuk dimasukkan ke sekolah terbabit... Lapang hati Ieda... Tanpa lengahkan masa, Ieda terus menelefon ayah Azwani dan memberitahu tentang beberapa dokumen yang diperlukan untuk proses pertukaran... Bila ditanyakan tentang keadaan Azwani.. Pagi nie katanya Azwani dah makan laksam... Itu tandanya Azwani mula menunjukkan tanda-tanda sudah pulih... suhu badannya sudahpun turun dan kembali normal... Terus lapang dada si mama nie bila dengar perkara yang menyejukkan hati...
Tiba-tiba terfikir pulak kenapa la ayahnya Azwani tiba-tiba setuju dengan kehendak Ieda untuk hantar Azwani ke sekolah harian biasa... Bila Ieda fikir, akhirnya terjawab la, ayahnya Azwani ada memberitahu tentang yuran sekolah Azwani tertunggak 8 bulan tadi... So, kemungkinan report kad Azwani untuk tahun 1 tidak dapat diambil untuk urusan pertukaran... Waktu berbincang dengan ayahnya tadi. tanpa segan silu, ayahnya Azwani memesan pada Ieda... "Balik nanti jangan lupa pegi bayar buku teks si Hakim yang hilang tu kat sekolah dia..." terkedu seketika Ieda nie... Aku nie cop duit kee..??? Aduhai... Dah la aku nak sediakan barang-barang keperluan anak-anak sekolah lagi nie... Mana pegi tanguungjawab dia sebagai ayah..?? terdetik di hati nie secara spontan... Malas nak bergaduh.. Ieda hanya diam kan diri...
"Ya Allah.. Kenapa la Kau selalu menduga aku Ya Tuhan-Ku... Tidak habis-habis Kau menduga aku dengan bebanan hutang yang bukan aku sendiri lakukan...?? Mengapa dia selalu menyusahkan aku dengan perangainya yang selalu berhutang, walaupun kisah aku dengan dia sudahpun berakhir..??? hutang yang dulu masih aku pikul sehingga ke hari ini... Ku pikul tanpa sebarang bantahan, walaupun hakikatnya sengsara menanggung... Sampai bilakah beban ini akan berakhir Ya Allah..??? Dan sampai bilakah jua dia akan berubah perangainya Ya Allah...??? Kenapa hanya aku yang menderita & dia selalu terbela... Walaupun pelbagai fitnah dia lemparkan keatas ku, & aku hanya mendiamkan diri menunggu kebenaran muncul... Tolongla aku Ya Allah... Hamba-Mu yang selalu terinaya dengan keadaan..."
1.30 tengah hari, Ieda mengguhungi ayahnya Azwani.. Tapi tidak berangkat... Sejam Ieda mencuba, asyik masuk voice mail jerk.... Resah hati nie... Inilah masalah yang selalu Ieda hadapi sepanjang masa jika berurusan dengan ayahnya Azwani.. Apa masalahnya Ieda tak pasti.. Mulot nie malas nak bertanya apa masalah dia, jika bertanya bergaduh la jawabnya.... Ieda cuma pikirkan anak-anak je...
Merenung jam, 8.30 malam... tergerak hati nie nak cuba call lagi.. Akhirnya berangkat... Terus mulot nie bertanyakan keadaan si Azwani... Azwani sudah beransur pulih, tetapi masih perlu diambil darah bagi kajian... Untuk mengesan kandungan virus didalam badan... Kesian anak mama.. dah la kurus.. tak pe la sayang.. janji sihat.....yang penting Azwani dah mula bangun... dah start main atas katil... dah tersengeh-sengeh... okla tuuu... lega skit mama nie... Lena la skit mama tidur malam nie... Skarang nie... Mama just nak kira bujet untuk urusan anak-anak mama punya persekolahan tahun hadapan... Hakim dah masuk darjah 4... Azwani darjah 2... & sofia.. Tadika 6 tahun... ^___^....
Hari Ke-Empat (24 November 2014)
Hari nie... Dari pagi lagi Ieda call ayahnya Azwani... Tapi tak berangkat... sampai la ke tengah hari Ieda call... still tak berangkat... Hati ini masih mampu sabar dengan keadaan...
Ayat yang selalu Ieda sedapkan hati....
"Allah selalu menguji hamba-Nya yang paling sabar.."
2.30 petang, Ieda dapat call daripada ayah Azwani, mengatakan Azwani dah boleh kluar wad... Alhamdullillah... Anak-anak mama... Tunggu mama balik next week kita giey jalan-jalan.. pastukan beli barang-barang sekolah tahun depan ok... Azwani, get ready nak masuk ke sekolah baru ye sayang.....
- Alhamdullillah -