Dia Lah SeGaLanYa Untuk Ku....

Ayah, Abah, Papa, Bab, Ayahanda, Abi, Daddy & Sebagainya... Pangggilan pada seorang lelaki pertama dalam hidup kita semua... Bagi Ieda, dialah yang terbaik & segalanya untuk Ieda, tiada tolak bandingnya. Yang terbaik, yang terindah, yang paling paling bahagia adalah bersamanya. 

Dari jauh kalau nampak kereta dia balik, tengah main kat sebelah rumah pon berlari balik kat rumah. Sebab dah tau dah, pasti ade benda dia bawak balik.... Kalau tengah syok tengok tv pom, berlari tolong bukakan pintu gate, & terus ke kereta ambil barang sebab tak nak bagi dia bawak barang... Lepas tu, kaki nie automatik terus ke dapur masakkan air, buatkan air untuk dia.. Teh panas, kegemarannya... Siap je, terus bawak ke bilik dia.. Biarkan dia rehat, sebab tahu dia letih mencari rezeki. Itulah rutin Ieda dari kecik, seumur 8 tahun... Tak penah sekali bersungut. Tak pernah sekali terdetik dihati mengatakan "tidak" atas arahan. Tidak pernah menunjukkan "protes" atas arahan. Tidak pernah sekali "menjawab" untuk arahan. "Mendengar dengan teliti" atas apa jua arahan. Itulah kami adik beradik.

Nama manja yang selalu dipanggil "adik" sampaikan dah besar panjang pon still panggil adik... Nak kata bongsu memang tak laaa..sebab Ieda nie ade adik sorang lagi... Dia yang bongsunyeee.. Tapi tulaaa... Manjeeee... ahahahahhaa... Manje ke..?? mengada ngade je lebihhh...!!! (jelouse la tuuu..)

Bila setiap kali peperiksaan, hanya 1 soalan yang ditanya & 1 nasihat diberikan. "Awak dah membaca belum..??? Blajar sungguh2 nanti besar jadi orang yang berguna.." tu jerk, takkan sesekali lebih. Baik UPSR, PMR or SPM... Nak saje ambik kaset, rakam and than play balik... hahahahhaa..!! hokey2 back to story.. Bila result dah keluar, 1 soalan gak ditanya, "Sekolah mana boleh pegi nie..???" huurmmm sabor je laaa... Tapi yang Ieda tahu dia nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Cuma anak dia nie sorang jer yang degil and mengada-ngada lebihhh.. hahahahaa.... 

Paling sayu bila time dah tido.. Pukul10 malam, Ieda dah masuk tido, al-maklum la esok nak gie sekolah. Tengah si anak tido, si ayah masuk diam2, betolkan selimut, betolkan bantal. Baikikan arah kipas, check buku sekolah, check pensil box... Kalau dia tinggal duit dalam pensil box tu, tandanya dia suruh beli pen la tu... hurmmm.... ^_^.... Ieda nie jenis yang sedang terjaga, thatway sedar jer bila ayah kite masok, tapi buat2 tido... Berlakon sangatttt.... Tapi tu la yang dia buat sampai Ieda dah besar...

 Keadaan jadi renggang, bila Ieda dah start bawak haluan sendiri. Dia, ayah hanya mendiamkan diri. Apa yang Ieda tahu, memang silap Ieda bukan dari dia. Hasilnya sekarang, inilah Ieda... Setiap kali menjenguk pusaranya, pasti hati nie sayu mengenangkan apa yang telah terjadi. Penyesalan.??? Terlalu perit nak melalui, tapi Ieda cekalkan hati untuk terus melaluinya. Ieda yang pilih, Ieda kena harunginya.

Dalam adik-beradik, Ieda la yang paling bermasalah.. Motor kena tahan kat balai trafik laa... Bawak motor tak ada lesen laa.... Kes hisap rokok laaa.... Dan yang paling Ieda kesal, 1 peristiwa yang mengubah semua corak hidup Ieda.... Itu Ieda tak dapat nak ceritakan kat sini sebab melibatkan beberapa pihak... Kena jaga hati orang lain yer u alls. Sebab tu Ieda kata semua nie salah Ieda, puncanya Ieda. Bukan dari dia... Ieda yang salah, bukan dia.. Dia dah cuba yang terbaik untuk Ieda. Walaupun Ieda terlibat dengan pengaruh budak-budak macam tu, tak pernah sekali dia pukul Ieda atau marah Ieda. Dia cuma bagi Ieda 1 soalan sahaja.. "Awak nak jadi ape..???" hanya itu soalannya. Dan dia tidak pernah menantikan jawapan, sebab dia tahu, asam garam kehidupan sebagai manusia. Hari ini, Ieda merasakan semua itu.. Ternyata terlalu tajam duri yang berdiri disamping Ieda. Rela ataupun tak HARUS Ieda harungi jua hanya kerana 1 kesilapan.

Duit belanja, malas nak cerita. Kalau dulu sebut pasal shopping, perkara  yang sangat, sangat, sangat, sangat bestttt..!!!! Ayah kite just tunggu je kat casher, kita kat mana..??? Tengah memilih laaa.... Lepas tu letak jer atas meja casher tu, 5 @ 10 minit setel semua.... Fuhhh... Bahagia sangat2.... Skarang..??? Hurmmm... singgit pom kiraaaa... hahahaha...!!! Skarang baru tahu, betapa susahnya hidup nak mencari duit, nak mencari rezeki untuk sesuap nasi... Setiap kali dapat gaji, tenung betol2 nilai gaji... Lepas tu baru la tolak duit kereta, duit kutu, & duit rumah... Uhhh... perit2...Gaji just cukup-cukup makan jerk.

Inilah sikit sebanyak tentang ayah Ieda, bagi Ieda dia la segalanya. Mampukah suami kita bagi sama macam mana ayah kita bagi kat kita..??? belum tentu, kalau korang nak kawin... Korang pikir la dulu k.. Kalau lebih tu tandanya bonus untuk korang. Setiap ayah inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Jadiiiiii...!!! Hargailah selagi dia masih ada.... 

- TAMAT -

NOTE : Tq, sebab baca entry nie... Nie sekadar luahan hati seorang anak yang merindui arwah ayahnya... Kisah penyesalan seorang anak & kisah kasih sayang seorang ayah...

MERAJUK -  Pasti dipujuk. Walaupun sikit, terasa sejuknya hati nie. Caranya, hanya dengan senyumannya...

MARAH -  Keras lidah nie nak menjawab, salah @ tak salah. Jawapannya hanya menganggukkan kepala @ menggelingkan kepala... Yang pasti, kepala hanya tunduk kebawah dan mendiamkan diri. 

SUKA - Apabila semua yang dihajati ditunaikan. Ditunaikan dengan sebab, jika tidak di tunaikan juga dengan sebab. Semuanya diberikan alasan yang pasti diterima tanpa membantah.

GEMBIRA - Bila dia buat lawak. Dia seorang pendiam & tegas, jarang sekali nak bersuara. Bila dengar dia buat lawak @ ketawa.. Ya Allah... Gembiranya hati nie....

GURU AKAUN TERBAIK - Setiap barang2 sekolah nak beli HARUS ade list & harganya.. Walaupun dia tahu, kadang2 anak dia nie menipu tentang harga. Tapi hanya ditunaikan sahaja tanpa bersuara, janji barangnya ada. Dalam diam, dia menabung kepada anaknya yang sorang nie tanpa disedari. Dikatahui apabila dia telah menghadap Penciptanya.

IDOLA TERBAIK - "Awak kalau nak sambung belajar, tolong belajar benda yang bolehkan awak jadi bos..!!!" Pesanan terakhir sebelum aku membawa haluan sendiri... "Saya tak nak awak jadi kuli, sebab awak anak saya. Faham..." Hakikatnya, kerana berkeras mengikut hati, tidak pernah menjawab tetapi dibuat dengan perbuatan & akhirnya inilah hasilnya. Penyesalan.??? Terlalu perit... (Kalau jumpe Ieda jangan tanya soalan nie tauuu... kite sedihhh... comfirm air mata mengalir..)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinkerbell Red Glitter Wings