SaKa a.k.a Makluk HaLuS.....

Assalamualaikum...
Huh, Ieda rasa lama jugak Ieda tak update blog, sorry sangat2 kat u alls.. Ieda tak berapa sihat skit sekarang, Al- maklum la musim hujan skarang nie... 

Pada hari Khamis lepas, Ieda sempat luangkan masa bawa abang Ieda dari Terengganu menjalani rawatan perubatan Islam Darussakinah yang cawangannya terletak di Taman Impian Ehsan, Balakong. Ustaz Shamsul Manab yang ditugaskan untuk menjaga cawangan di sana.

Alhamdullilah, walaupun sesat skit untuk mencari tempat tu, tapi last2 jumpa jugak... Ieda pom tak biasa sangat kawasan perumahan tu cuma lokasinya tahu la kat mana sebab pernah ada kawan yang menyewa salah 1 appartment kat situ dulu. Bagi yang ingin alamat dan no telefon ustaz berkenaan, nanti Ieda sertakan pada akhir artikel nie k....

Sepanjang rawatan dijalankan, nampak kesannya, abang Ieda yang mengalami gatal2 di badan mulai surut. Kakak ipar Ieda dari 3 hari tak bercakap dengan orang, turun je dari tempat rawatan, bercakap tak henti-henti. Apa yang mengejutkan Ieda, Ieda sangkakan Ieda nie sihat rupanya sakit dalaman. Mimpi yang Ieda alami selama nie adalah salah satu gangguan. Tapi Ieda tak sangkal benda-benda macam nie, sebab dari kecil lagi Ieda selalu mendapat gangguan daripada benda-benda macam nie... Tapi tak sangka pulak ianya boleh mendamping. Ieda nasihat kan kat korang, pegi la check dengan ustaz-ustaz yang bertauliah. Tak salah kita pegi check, kalau kita tak ada gangguan mungkin ada penyakit lain, macam darah tinggi dan sebagainya. Sebab masa Ieda sampai ke Pusat perubatan tu, ada sorang remaja lelaki yang disangkakan ada gangguan kerana selalu sakit kepala, tapi rupanya hanyalah darah tinggi. Ustaz terus sarangkan beliau mendapatkan rawatan di hospital terdekat.

- SAKA -
Saka adalah sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri. Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telurayam panggang, pulut kuning) sesuai menurut persetujuan tuan asalnya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.Saka ini perlu diwariskan kepada orang lain sebelum tuannya mati. Sekiranya tidak, pemilik saka sukar mati atau sakanya membuat onar dengan mengganggu jiran-jiran pemilik lamanya. Pada kebiasaannya saka ini diwarisi dikalangan keluarga pemilik asal, tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa saka ini boleh diwariskan kepada kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula terdiri sama ada menerusi perbuatan seperti bersalaman atau menerusi lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”

Kalau kita fikirkan, zaman sekarang nie masih ada ataupun masih wujud dikalangan kita yang masih mengamalkan perkara syirik sebegini. Ianya mungkin bertujuan sesuatu, melariskan perniaagaan, menginaya orang lain dan sebagainya, Ingatkan bila zaman moden nie tak ada lagi la benda-benda macam nie, rupanya makin menjadi-jadi. aduhaiii.... Jalan pintas jugak digunakannya...  Ieda sarankan u alls semua amalkan lah beberapa ayat yang boleh menjadi pendinding diri daripada sihir ataupun makluk halus nie... Kalau ada yang terlintas kat hati tu nak gunakan benda-benda macam nie sebagai jalan pintas, lupakan saje la yerk... Padah je yang dapat nanti...

Apa yang pasti, kita sebagai umat Islam adalah dilarang sama sekali memiliki atau menerima benda-benda macam nie.. Sebab ianya antara salah satu perkara yang syirik ataupun menyekutukan Allah s.w.t. 

- sekian -

_________________________________________________________________________________

USTAZ SHAMSUL MANAB
Pengasas & Pengamal Perubatan Islam
H/p : 019-242 2906 / 013-280 3540
Email : iperubatanislam@gmail.com
Website : www.darussakinah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinkerbell Red Glitter Wings