Bila patahnya tangga...

Apabila dua hati mulai bersatu dan mulai berjanji diantara satu sama lain. Maka akan tercipta la satu alam yang sangat indah. Iaitu "alam perkahwinan". Rumahtangga yang didirikan dengan cinta dan kasih sayang. 

Jika sebelum ini, tidur sendirian. Kini tidur sudah mempunyai teman. Satu katil, dan biasanya satu bantal. Bangun pagi, mata dengan penuh kasih sayang memandang orang disebelah. Pandangan  dibalas dengan satu ukiran senyuman yang bahagia. Kehidupan harian mulai berubah. Aktiviti bersama kawan-kawan di kurangkan. Dilebihkan masa dirumah, bersama dia yang tersayang. Kemana sahaja pergi pasti dibawa. Bimbang akan keselamatan orang yang disayang. Malahan nak lepak dengan kawan-kawan pom diheretnya. Apatah lagi setakat service kereta yang memerlukan penantian dan kesabaran. Oh suami, sayangnya kamu pada si isteri.

Ibarat lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah rumahtangga, pergaduhan kecil sentiasa akan ada. Penyeri rumahtangga bak kata orang-orang tua. Isteri merajuk, suami memujuk itu sudah menjadi kebiasaan. Si isteri merasakan sangat dihargai saat dipujuk. Kata-kata manja yang dilemparkan si suami sikit demi sedikit menjahit luka si siteri. 

Sifat cemburu! oh, tandanya sayang tu wahai suami. Sifat cemburu memang sudah menjadi lumrah dalam hati perempuan. Lelaki pon ada sifat cemburu cuma... perempuan lebih sikit je pada lelaki. Bila dilihat perempuan lain boleh mengancam kedudukan si isteri, pedang pasti diasah. Menunggu kepulangan suami dengan hati yang agak curiga dan sebagainya. Pabila suami pulang sahaja ke rumah, tiada senyuman dari si isteri. Suami mulai terdetik di hati "apa pulak la kali ni." Jaga-jaga suami, isteri nak serang tu cuma tunggu masa bom jangka nak diletupkan sahaja tu. Kadang-kadang tak sempat nak tunggu suami pulang, dalam whatapps pom dah kena serang. Ibarat  peluru pumpgun ditembaknya si suami. Bila kena macam tu, si suami mulai migrain. Dasat betul si isteri ni ya.

Cahaya mata. Tak semua pasangan dikurniakan cahaya mata dalam masa yang singkat. Ada yang sampai bertahun-tahu baru lah dikurniakan cahaya mata. Jadi orang sekeliling tu tak payah la nak bertanya banyak kali ataupun setiap kali jumpa. "Bila nak ada anak ni." Ingat anak ni just ambik tepung tambah air dengan telur, bulatkan lepas tu jadi anak ke? Ini semua kuasa Tuhan dan ketentuan Nya pada detik dan saat bila nak berikan kepada pasangan tu bila. Jangan di persoalkan. Ini tak, tetamu datang beraya di rumah keluarga si suami, di tanyakan kepada mertua. 

"Bila lagi nak bercucu ni. Menantu saya baru saja lepas bersalin ni, masih dalam pantang lagi." Mertua pulak tak nak la nampak kalah sangat, "Eh! dah mengandung dah 2 bulan lepas, tapi tak ada rezeki, gugur." 

Tanpa disedari menantunya pula terdengar. Tersentap pulak menantu perempuan tu. Dipendamkan sahaja dalam hati.

Dua tahun berlalu. "Abang, saya hamil!" Kata-kata si isteri memberi nafas baru pasa si suami. Kedua-dua keluarga mertua pula tidak sabar menunggu kelahiran pewaris seterusnya. Segala persiapan di aturkan satu persatu oleh si suami dan isteri. Disusun satu persatu mengikut keperluan. Setiap hari si suami mengusap perut si isteri, meluahkan rasa tidak sabar menunggu permata hatinya lahir.

Sembilan bulan sepuluh hari, hari yang ditunggu telahpun tiba. Zuriat yang lahir dari hasil perkahwinan disulami kasih, sayang dan cinta. Dijaga dan dibelai sebaik mungkin. Si suami dan si isteri cuba melengkapkan segala keperluan membesar anaknya selengkap yang boleh mengikut kemampuan. Kasih dan sayang disemai lalu dibaja. Dalam hati, agar dia membesar menjadi anak yang soleh/solehah. Berjaya di dunia dan diakhirat. Amin. 

Genap setahun, ulang tahun kelahiran permata hatinya diraikan dengan majlis penuh sederhana. Sahabat, jiran tetangga dan keluarga datang ke rumah meraikan hari istimewa. "Alhamdullilah, selesai semuanya, kan bang." Tersenyum bahagia si suami dan si isteri.

Macam biasa, penyeri rumahtangga bertengek lagi. Hanya kerana hal kecil, lidah lantang berkata-kata. Si isteri tetap dengan pendiriannya manakala si suami tetap dengan egonya. Kata-kata si suami membuatkan isterinya terus terdiam berhari-hari. Merajuk dan berfikir.

"Kalau tak kerana ada anak, dah lama aku tinggalkan kau. Perangai pon buruk."

Si isteri mulai berfikir. dua tahun mereka hidup bersama tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi kenapa baru hari ini si suami mempersoalkan tentang semuanya. Kalau si suami merasakan perangai si isteri tu buruk kenapa sekarang baru terfikir nak tinggalkan, kenapa tidak dari dulu lagi. Jika dihitung, 2 tahun si suami sudahpun boleh menilai sendiri perangai si isteri. Didalam hati si isteri terdetik, mahu mengundur diri dan teruskan kehidupan sendirian. Tetapi... apa pula kata-kata orang disekeliling nanti mengenai statusnya akan datang. Si isteri membawa dirinya bersendirian di bilik utama bersama permata hatinya. Manakala si suami pula, membawa diri di bilik lain. Masing-masing masih berdiam diri dan berlanjutan dari hari ke hari. Tiada lagi gurauan manja suami isteri di rumahtangga itu. Diam seribu bahasa.

"Pasangan suami isteri tidak seharusnya tidur berasingan. Berdosa sama ada suami atau isteri meninggalkan pasangannya ditempat tidur bersendirian tanpa ada alasan yang dibenarkan syara. Walaupun bergaduh sebesar mana sekalipun jangan diasingkan tempat tidur. Ini adalah salah satu sebab keretakan dan hilang kemesraan antara suami isteri."

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Akhirnya si isteri mengambil keputusan untuk mengundur diri. Si suami meneruskan perjalanan kehidupannya di kampung. Kehidupan mereka berdua kembali kepada sedia kala. Hati yang bersatu kini telahpun terlerai. Permata hari mereka pula masih lagi kecil dan tidak paham erti semua yang berlaku. Mereka berdua mengharapkan suatu hari nanti, permata hari mereka akan fahami situasi dan keadaan mereka sekarang.


Nota :

Berikut ini beberapa alasan mengapa pasangan harus tidur di tempat yang sama menurut Bold Sky.

1. Hubungan suami isteri cepat atau lambat akan menjadi hambar.
2. Kamu akan kehilangan keintiman dengannya.
3. Kamu akan mengembangkan hasrat terhadap orang lain.
4. Kamu akan dapat membenci pasanganmu.
5. Sesuatu hal yang kecil akan memulai pertengkaran.
6. Ikatan kamu dan dia akan menjadi lemah.

Cerita ini adalah sekadar rekaan semata-mata. Ianya sekadar untuk tatapan dan iktibar kepada kite semua termasuk diri sendiri. 


1st BirthDaY HaRRaZ NauFaL

Alhamdullilah. Kami sekeluarga diberikan rezeki lebih skit untuk buat birthday Harraz Naufal. Eh, dah setahun dah anak mummy & daddy nie. Besar dah. Majlis nie buat pom biasa-biasa jer. Menu pom semua daddy yang masak. Mummy?? mummy kemas-kemas & setting-setting semuanya. Ok la tu. Bahagi-bahagi tugas. hahahahahahaa. Adil ok.

Malam sebelum majlis, daddy & tok ma kluar beli barang untuk masak. Mummy kat rumah rehat jap sementara tugasan seterusnya berjalan. Kahkahkahkah, (mummy tido sebenarnya). Daddy sampai rumah terus bersilat kat dapur. Sediakan apa yang patut. And mummy siapkan table untuk hidangan esok.

Doorgift Ieda buat sendiri, Ieda jenis yang suka beli barang sikit-sikit. Sebab tak nak nampak duit kluar banyak. kikikikikii. Bulan lepas Ieda ke Nilai 3, beli botol doorgift kat sana. Ieda kan stay dekat Putrajaya, En. Suami plak kerja kat nilai. So nilai tu macam dah biasa jugak la kat area situ. Lagipun dari Putrajaya cuma dalam 20 minit je perjalanan.

Botol Ieda beli 100 biji. Dalam masa sebulan tu, buat skit-skit la hiasan dengan kad tag. Ikat skit-skit. Hari minggu time Harraz tido, buat skit. Alaa.. kejap je dah dapat 40 siap. Kejap jerk. lilit-lilit, pastu gam. hahahaha. Simple-simple jerk. Doorgift nie just nak bagi budak-budak jerk. So malam masa daddy tengah masak, siap setting meja kita masukkan biskut butang dalam botol plak.


Tema birtdayHarraz Naufal nie Ieda just cedok-cedok dalam google jerk. Tengok kapal terbang comel jer. So, kite buat "Airplane 1st Birthday" hoyeee.. Semangan mummy buat semua tu walaupom mummy tak masak. Hahahahahaa.



 Dari pintu masuk hinggalah doorgift semuanya ada sectionnya tersendiri. Mummy cedok google semua tu. Puan google plak tak kedekut. Ermmm.. Mummy pom ape lagi. Kikikikikikiii.

Hokey Kite cite menu yang daddy sempat masak untuk tetamu Birthday Harraz Naufal plak.




Menu :

Nasi Hujan Panas
Ayam Masak Merah
Mihun Sup tulang Meletop
Air Jagung

Dessert :
Creampuff & Cheese Tart

Majlis berjalan dengan lancar. Ramai yang datang. Majlis bermula tengah hari pkl12.00 sampai pkl 5.00 petang.  Makan semua cukup. Sampai malam pom masih lagi ada yang datang. Syukur Alhamdullilah. Ada yang datang bawak hadiah bagai, terima kasih sangat-sangat.



Sampai sini dulu la entry nie. Terima kasih tau sudi baca entry nie sampai habis. Pada yang sudi datang ke Majlis Harraz Naufal, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi sampai ke sangkar kami yang tak seberapa ni. Alhamdulillah, tahun depan ade rezeki lebih, kami buat lagi. Kepada keluarga mertua sudi datang dari jauh, Terengganu, terima kasih, terharu rasanya. Terima kasih skali lagi, and bye..!!!





HaRRaZ NauFaL ke JaKarTa & BanDunG

Assalamualaikum... Alhamdullilah. Lamanya tak update mak ai. Berabuk dah. Hokey hari nie Ieda nak story-story pasal HARRAZ NAUFAL jalan ke Bandung. Hoyee.!! Lega yang teramat sangat, budak kecik nie tak nangis. Senang jaga. Tak buat perangai. Lega mummy tauuu. Terima kasih sayang.

Seawal pukul 4.00 pagi kami bertolak ke ERL Putrajaya ke KLIA 2. Masuk je KLIA memang tak toleh kiri kanan, terus check-in kemudian masuk ke Imegrisen terus. Yang rasa kelakar sangat bila tiap kali kena check pasport mesti pegawai tu akan baca 2 kali. "Eh, Harraz Naufal..!!! Mak ayah dia nie kaki drama sangattt.." hahahahaa. Tak kisah lakan, janji maksudnya canti secantik tuannya. Amin.

Sebenarnya, ada yang ada dalam hari nie. Nangis ke tak si Harraz nie nanti erk dok lama-lama dalam fligth tu..?? ermmmm.. Sebelum nie memang la Harraz pernah fly tapi stakat balik Terengganu tu 45 minit, ngam-ngam dia tido jerk. Sebelum masuk flight nie dah dekat 50 kali pesan kat si Harraz, "sayang mummy plissss jangan buat perangai yerk dalam flight nanti. Harraz kan budank baik." Dengan harapan dia faham & dengar kata.

Daddy..??? Ermmm. Daddy kena tinggal... hahahaha.. Daddy tak boleh cuti la, So just mummy jerk yang pegi dengan Harraz. Sebenarnya ke Bandung nie just temankan family abang Ieda yang memang ada urusan bisness and sambil-sambil tu jugak dia orang nak melancong. Paling best untuk Ieda & Harraz, kami ditanggung 100%..!! hoyee.. tq my big brother. hahahahahaa.. Next time bawak kami lagi yerk. kikikikikikiiii..

Saat yang ditunggu dah tiba. dalam flight Harraz bagus, tak nangis. Cuma.!!! Berakkkkkkk. Mummy mulai pening, boleh ke salin pampers dalam ni.?? Masuk dalam toilet fligth, intai-intai, Oh, dah nampak... Hahahahaha... Jakun betol la mummy Harraz nie. Hahahahahaa...

Selamat mendarat, kami tak buang masa. Terus dapatkan drive yang telah kami tempah seawal 2 minggu. Perjalanan kami dari Jakarta ke Bandung makan masa 2jam. Sebabnya jalan jem pada hari tu. Jejak je ke Bandung, Kami menuju ke Rumah Kain.

Rumah kain nie mummy tak nak cite panjang-panjang. Sebabnya memang mummy yang mabuk, bukan nye Harraz. Hahahahhaha.. Mabuk kain u all. 1 je nak jerit "MURAHHHH...!!!!!!!!!!!!" hahahahaaa.. Kat sini Ieda belikan telekung solat untuk mummy Ieda & adik Ieda. Diri sendiri dah ada. Masa pegi Medan dah beli dah. Cukup la tu, tak nak membazir. Sekadar kenangan kite ke negara orang kan. Kakak ipar Ieda, memang dia borong betol. First time dia sampai sejauh nie katanya. Untuk adik-beradik & ipar duai semua dia belikan. Kakak ipar Ieda memang kaki shopping, kalu nak suruh dia membeli, ermmm.. Rasanya semua dia nak beli. Hahahaha.. Harraz pom penat memilih nie hah. hahahaha. Settel rumah kain, kami menginap di Hotel Green. Hotel nie memang ohsemmm..!! hotel baru. Makanan kena dengan kita orang Malaysia. Biliknya bersih. Tempat stategik. Ramai jugak orang Malaysia memilih untuk stay kat sini. Memang terbaik.

Sepanjang perjalan di Bandung, Harraz memang anak yang baik. Tak larat nak puji dah mummy nie kat Harraz, sebabnya Harraz memang paham, mummy nak jalan-jalan. Hahahaha. Masuk dalam kereta, rehat & tido. Lama minum susu. Tak ada masalah la Harraz ni. Padan muka daddy kena tinggal.

Hari kedua, kami jalan-jalan di Pasar Baru. Memang best sangat. Ieda pom membeli jugak skit. Tak banyak, just untuk adik ipar je. Belikan dia handbeg jerk. Yela, dia baru start keja. So Ieda rasa, kalau belikan handbeg dia boleh la pakai untuk basahan kerja hari-hari. (hakikatnya, aku tak tau nak beli apa). T-shirt kenangan pom kami beli dekat Pasar Baru nie. Sangat-sangat murah kalu dibandingkan dengan tempat lain. Ieda cadangakan beli T-shirt kat sini. Jangan beli dekat lain ok.

Waktu petang untuk hari kedua nie, penuh dengan Business trip. Abang Ieda punya hal la. Ieda ikut jerk. heheehe.. Tapi kami nie sempat la jengah ke Outlet-outlet barangan kulit & kasut bagai. Sempat beli ke?? Eh, sempattttt... kikikikikiki.. Perempuan ok la bab membeli nie. Kami memang pandai ejust masa. Jangan risau. Kikikikikikikii.

Malamnya, dinner kami memilih untuk makan berdekatan dengan hotel. Hotel yang kami pilih nie sangat-sangat startegik. Ieda suka. nak jalan-jalan or apa sahaja boleh turun kejap beli. hahahaa.. Tempat makan pom senang. Tak ada masalah.

Hari Ketiga. Jeng, jeng, jeng.. Kami meneruskan percutian ke Rumah Hobbit & Float market. Memang terrrrrrrrbaik. Malas nak citer jugak. Cuma Ieda boleh cakap, kalau ke Bandung, harus, mesti, wajib datang. Terutamanya yang bawak anak kecik. Mesti dia orang suka punya. suka-suka jugak, jangan sampai hilang yerk. Pesanannnn..

Untuk kedua-dua tempat ni plak Ieda tak sempat nak transfer gambar ke PC, fone rosak. sedihnyeee.. Yang ada nie pom Ehsan daripada kakak ipar & abang Ieda. Sebenarnya memang banyak gambar Ieda ambik. Tempat nie mamang cantik. Hope apa yang ada ni korang boleh la bayang skit-skit erk. Selebih nye kena datang. Baru real. kikikikikikiii. Oh, sebelum Ieda lupa, kedua-dua tempat nie dikenakan caj bayaran masuk yerk. per person. Tak mahalpun murah jerk.















Hari Keempat - Kami nak balik dah...!! Tapi sebelum balik, kami singgah di Kartika Sari dulu. Beli Ole-oleh untuk mereka di Malaysia. Nie, Ieda nak bagi tahu yerk. Beli la kat sini yerk. Brownies dia memang sedaaappppp dan Murahhhhhhhhhh. Ieda beli banyak gila. Tapi baru 1 juta. Penat memborong tapi baru 1 juta. Ieda belikan untuk pengasuh, untuk office, untuk budak-budak kat tempat En. Suami kerja & untuk makan kat rumah. Banyak kan..?? Hah, banyak kan. Dengan pisang salainya. perisa keju, bluberry, original. Brownies plak Ieda beli original & Walnut. Kacang bogol tu pom Ieda beli. Kakak ipar Ieda jangan ditanya la... Memang kaw-kaw punya borong.

Sampai je kat Airport Jakarta. 1 benda yang buatkan kami ketawa terbahak-bahak. Datang semuanya selai sepinggang. Balik, hah ambik kau.. 2 troli hah..!!! Macam mana la nak bawak nanti dalam ERL. Hahahahahahaaa... Nasib la. Hokey, tq pada korang sudi baca entry nie.. Sebenarnya banyak yang Ieda nak share kan dengan korang, tapi tak sempat. Nanti korang muak pulak nak baca. ahahhahaa.. Terima kasih skali lagi sudi baca. Muah, sayang korang.

Tips : Pegi bandung, better bawak selai 2 jerk. Sebb kat sana memang baju murah-murah sangat. Yang terbaru, masa kami pergi sana, nak balik. Kami cari-cari kaunter cukai. Rupanya Indonesia tak kenakan lagi cukai per person. Hoyeee. sakan la sambung shopping kat Airport.




aQiQah & CuKuR JamBuL HaRRaz NauFaL


Alhamdullilah. Seusia 4 bulan Harraz Naufal sudah pon Aqiqah. Rezeki Allah s.w.t. berikan kepada kami suami isteri. duit yang dikumpul sebelum Harraz Naufal lahir lagi. Tanggal 25 Disember 2016 maka berlangsung la majlis "aqiqah dan cukur jambul" Harraz Naufal di kampung. Kuala Ibai, Terengganu.  Maka, tumbang la 2 ekor kambing sebagaimana syarat aqiqah untuk bayi lelaki.

Meriah. Sanak saudara yang berdekatan semua datang. En. Suami sendiri yang masakkan hidangan majlis kali ni. Dia sendiri yang nak masak. Alhamdullilah, jimat bahagian nak membayar tukang masak. hahahaha. Kemah petang jumaat dia orang pasang. Kemah dengan pelamin semua dah siap pasang sehari sebelum. Yelah, taukey pelamin dengan canopy pom risau. Sebabnya Ieda dah bayar langsai seminggu sebelum majlis lagi. Bukan apa, memandangkan nak harung perjalanan jauh. Ieda tak nak bawak cash bayak-banyak. Nak kluarkan cash dekat kampung takot tak sempat. Memandangkan semua persiapan kami sediakan sendiri. 

Antara menu yang dihidangkan untuk para tetamu :

Nasi Putih
Kari Kambing
Ayam masak merah
Ulam, Ikan kering & Sambal belacan
Sirap Limau & Kopi 'O'

Untuk Doofgift pulak Ieda buat sendiri jugak. Pada mereka kumpulan Marhaban. Ieda berikan kerepek ubi, pulot kuning & bunga rampai. Semua tu Ieda masukkan dalam 1 beg kertas. Manakala untuk tetamu, Ieda just berikan kerepek ubi sahaja. Ok latu. Kerepek tu Ieda masukkan dalam ziplock. Cantik hokey. hahahahaa, Puas pikir macam mana nak buat untuk doorgift tetamu yang ringkas tapi menarik. ahahahaa. Yela masa kenduri doa selamat before bersalin hari tu dah buat doorfgift kacang dalam botol. So untuk majlis Harraz Naufal nie nak buat lain la pulak, tak kan sama kot. Tapi kalau sama pom okey je cuma mesti orang cakap. Oh, hari tu pom dapat yang nie jugak. jeng, jeng, jeng. hahahaha. Jangan pikir bukan-bukan. Sebab Ieda memang jenis macam nie. Jenis yang sukakan benda berlainan. Tapi ringkas, bujet dan cantik. Pergghh... hahahahaha.. Sabor-sabir yerk. hahahaha.

Hurm. 1 lagi. Untuk kad jemputan dan tag pada doorgift pom Ieda buat sendiri jugak. Ieda beli online "paper crepe" lepas tu print hitam putih jerk. Kalau warnakan mahal pulak kosnya. Memangdangkan Ieda menggunakan kertas crepe, Ieda buatkannya jadi konsep hipster. Kena pulak dengan Ziplock tu warna coklat. Reben untuk kad & Doorgift Ieda gunakan riben warna hitam supaya nampak timbul. Alhamdullilah, sangat cantik dan ramai yang memuji. hehehehe. Sukanya saya. Yelah kita buat sendiri kot, Sebulan sebelum majlis Ieda dah start preparition semua benda-benda ni. So, Ieda nasihatkan korang. Kalau nak buat apa-apa majlis. Plisss Prepare awal-awal. Macam kad dan taq untuk dorrgift tu. Sebelum Harraz Naufal lahir lagi Ieda dah siapkan design semua. Bila sampai masanya just lengkapkan apa yamg patut kemudian settelkan finalnya. So tak perlu kelam kabut nak pikir banyak-banyak lagi. Kan senang.

Hokey. Nie Ieda selitkan untuk tatapan korang. Gambar-gambar sekitar 
"Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Harraz Naufal" 25 Disember 2016.








Pada majlis tu jugak, Ieda pom ada menempah aiskrim colek homemade. Saje la tempah untuk desseart. Nama pom majlis aqiqah, jadinya ramai la yang bawak anak-anak, cuti plak tu. Tu yang Ieda tempah aiskrim colek homemade. Sejuk kan tekak. Ieda ambik yang 200 kon jerk RM170.00 sahaja. Ok la tukan. hehehehehee. Hakikatnya bukan sahaja anak-anak yang dok mengangkut, mak ayah pom sama jugak. Panas kot. Apa pom seronok tengok dia orang beratur ambik aiskrim. ehehehehehehe..
Dengan ini, Ieda sekeluarga menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada kekurangan pada majlis berkenaan terima kasih kerana sudi datang ke majlis yang tak seberapa ini. Dan kami jugak mengucapkan jutaan terima kasih kepada kaum keluarga terutamanya dalam menjayakan majlis berkenaan. Jasa kalian hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya. Amin, Insya Allah.

- THE END -





UcUk DaDDy

Assalamualaikum semua. Dah lama Ieda tak update kan? hahhahaa. Busy skit skarang ni. Si Harraz Naufal pom dah besar dah. 10 bulan dah usianya. hahahahaa... Lamanya tak updateee..!!! hahahhahaa. Hari ni baru ada kelapangan nak update blog, ok hari ni kita bercerita pasal Harraz Naufal "ucuk daddy" ni la yerk.

Harraz Naufal dari lahir lagi dah kena reffer fisioterapi disebabkan kaki dia yang bengkok ke dalam. Alhamdullilah, masuk usia 6 bulan jurufisoterapi dah discaj. Lega Mummy tauuu. Yela, ibu mana tak risau wei anak kot!! Tapi, tapi yerk, tapi. Discaj Fisoterapi, kena reffer pakar kanak-kanak pulak. Berat badan tak naik, kecik katanya. Mana tidaknya, Mummy dengan Daddy besar tapi anak kecik. Bagi Ieda, selagi makan & minum ok, membuang pom ok. Ianya tak ada masalah. Tapi memandangkan klinik suruh reffer, kite pegi jela yerk. Untuk kebaikan. ^_^

Walaupom kecik, Harraz Naufal ni memang lasak. Tak pernah nak duduk diam, ada jerk benda yang dia nak terokai. Pening mummy. Diam tak diam, tido. Pengasuh pom cakap, Harraz Naufal nie walaupom dia tido still kena jenguk. Sebabnya, celik je mata terus merayap. Tak duduk diam macam oramg lain. Nangis pom tak adanya. Dia buat hal dia jerk. 

Apa pom, Mummy & Daddy doakan Harraz Naufal menjadi anak yang soleh. Malahan bijak pandai ye. Amin.



Tinkerbell Red Glitter Wings