Apabila dua hati mulai bersatu dan mulai berjanji diantara satu sama lain. Maka akan tercipta la satu alam yang sangat indah. Iaitu "alam perkahwinan". Rumahtangga yang didirikan dengan cinta dan kasih sayang.
Jika sebelum ini, tidur sendirian. Kini tidur sudah mempunyai teman. Satu katil, dan biasanya satu bantal. Bangun pagi, mata dengan penuh kasih sayang memandang orang disebelah. Pandangan dibalas dengan satu ukiran senyuman yang bahagia. Kehidupan harian mulai berubah. Aktiviti bersama kawan-kawan di kurangkan. Dilebihkan masa dirumah, bersama dia yang tersayang. Kemana sahaja pergi pasti dibawa. Bimbang akan keselamatan orang yang disayang. Malahan nak lepak dengan kawan-kawan pom diheretnya. Apatah lagi setakat service kereta yang memerlukan penantian dan kesabaran. Oh suami, sayangnya kamu pada si isteri.
Ibarat lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah rumahtangga, pergaduhan kecil sentiasa akan ada. Penyeri rumahtangga bak kata orang-orang tua. Isteri merajuk, suami memujuk itu sudah menjadi kebiasaan. Si isteri merasakan sangat dihargai saat dipujuk. Kata-kata manja yang dilemparkan si suami sikit demi sedikit menjahit luka si siteri.
Sifat cemburu! oh, tandanya sayang tu wahai suami. Sifat cemburu memang sudah menjadi lumrah dalam hati perempuan. Lelaki pon ada sifat cemburu cuma... perempuan lebih sikit je pada lelaki. Bila dilihat perempuan lain boleh mengancam kedudukan si isteri, pedang pasti diasah. Menunggu kepulangan suami dengan hati yang agak curiga dan sebagainya. Pabila suami pulang sahaja ke rumah, tiada senyuman dari si isteri. Suami mulai terdetik di hati "apa pulak la kali ni." Jaga-jaga suami, isteri nak serang tu cuma tunggu masa bom jangka nak diletupkan sahaja tu. Kadang-kadang tak sempat nak tunggu suami pulang, dalam whatapps pom dah kena serang. Ibarat peluru pumpgun ditembaknya si suami. Bila kena macam tu, si suami mulai migrain. Dasat betul si isteri ni ya.
Cahaya mata. Tak semua pasangan dikurniakan cahaya mata dalam masa yang singkat. Ada yang sampai bertahun-tahu baru lah dikurniakan cahaya mata. Jadi orang sekeliling tu tak payah la nak bertanya banyak kali ataupun setiap kali jumpa. "Bila nak ada anak ni." Ingat anak ni just ambik tepung tambah air dengan telur, bulatkan lepas tu jadi anak ke? Ini semua kuasa Tuhan dan ketentuan Nya pada detik dan saat bila nak berikan kepada pasangan tu bila. Jangan di persoalkan. Ini tak, tetamu datang beraya di rumah keluarga si suami, di tanyakan kepada mertua.
"Bila lagi nak bercucu ni. Menantu saya baru saja lepas bersalin ni, masih dalam pantang lagi." Mertua pulak tak nak la nampak kalah sangat, "Eh! dah mengandung dah 2 bulan lepas, tapi tak ada rezeki, gugur."
Tanpa disedari menantunya pula terdengar. Tersentap pulak menantu perempuan tu. Dipendamkan sahaja dalam hati.
Dua tahun berlalu. "Abang, saya hamil!" Kata-kata si isteri memberi nafas baru pasa si suami. Kedua-dua keluarga mertua pula tidak sabar menunggu kelahiran pewaris seterusnya. Segala persiapan di aturkan satu persatu oleh si suami dan isteri. Disusun satu persatu mengikut keperluan. Setiap hari si suami mengusap perut si isteri, meluahkan rasa tidak sabar menunggu permata hatinya lahir.
Sembilan bulan sepuluh hari, hari yang ditunggu telahpun tiba. Zuriat yang lahir dari hasil perkahwinan disulami kasih, sayang dan cinta. Dijaga dan dibelai sebaik mungkin. Si suami dan si isteri cuba melengkapkan segala keperluan membesar anaknya selengkap yang boleh mengikut kemampuan. Kasih dan sayang disemai lalu dibaja. Dalam hati, agar dia membesar menjadi anak yang soleh/solehah. Berjaya di dunia dan diakhirat. Amin.
Genap setahun, ulang tahun kelahiran permata hatinya diraikan dengan majlis penuh sederhana. Sahabat, jiran tetangga dan keluarga datang ke rumah meraikan hari istimewa. "Alhamdullilah, selesai semuanya, kan bang." Tersenyum bahagia si suami dan si isteri.
Macam biasa, penyeri rumahtangga bertengek lagi. Hanya kerana hal kecil, lidah lantang berkata-kata. Si isteri tetap dengan pendiriannya manakala si suami tetap dengan egonya. Kata-kata si suami membuatkan isterinya terus terdiam berhari-hari. Merajuk dan berfikir.
"Kalau tak kerana ada anak, dah lama aku tinggalkan kau. Perangai pon buruk."
Si isteri mulai berfikir. dua tahun mereka hidup bersama tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi kenapa baru hari ini si suami mempersoalkan tentang semuanya. Kalau si suami merasakan perangai si isteri tu buruk kenapa sekarang baru terfikir nak tinggalkan, kenapa tidak dari dulu lagi. Jika dihitung, 2 tahun si suami sudahpun boleh menilai sendiri perangai si isteri. Didalam hati si isteri terdetik, mahu mengundur diri dan teruskan kehidupan sendirian. Tetapi... apa pula kata-kata orang disekeliling nanti mengenai statusnya akan datang. Si isteri membawa dirinya bersendirian di bilik utama bersama permata hatinya. Manakala si suami pula, membawa diri di bilik lain. Masing-masing masih berdiam diri dan berlanjutan dari hari ke hari. Tiada lagi gurauan manja suami isteri di rumahtangga itu. Diam seribu bahasa.
"Pasangan suami isteri tidak seharusnya tidur berasingan. Berdosa sama ada suami atau isteri meninggalkan pasangannya ditempat tidur bersendirian tanpa ada alasan yang dibenarkan syara. Walaupun bergaduh sebesar mana sekalipun jangan diasingkan tempat tidur. Ini adalah salah satu sebab keretakan dan hilang kemesraan antara suami isteri."
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Akhirnya si isteri mengambil keputusan untuk mengundur diri. Si suami meneruskan perjalanan kehidupannya di kampung. Kehidupan mereka berdua kembali kepada sedia kala. Hati yang bersatu kini telahpun terlerai. Permata hari mereka pula masih lagi kecil dan tidak paham erti semua yang berlaku. Mereka berdua mengharapkan suatu hari nanti, permata hari mereka akan fahami situasi dan keadaan mereka sekarang.
Nota :
Berikut ini beberapa alasan mengapa pasangan harus tidur di tempat yang sama menurut Bold Sky.
1. Hubungan suami isteri cepat atau lambat akan menjadi hambar.
2. Kamu akan kehilangan keintiman dengannya.
3. Kamu akan mengembangkan hasrat terhadap orang lain.
4. Kamu akan dapat membenci pasanganmu.
5. Sesuatu hal yang kecil akan memulai pertengkaran.
6. Ikatan kamu dan dia akan menjadi lemah.
Cerita ini adalah sekadar rekaan semata-mata. Ianya sekadar untuk tatapan dan iktibar kepada kite semua termasuk diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan