HaRRaZ NauFaL ke JaKarTa & BanDunG

Assalamualaikum... Alhamdullilah. Lamanya tak update mak ai. Berabuk dah. Hokey hari nie Ieda nak story-story pasal HARRAZ NAUFAL jalan ke Bandung. Hoyee.!! Lega yang teramat sangat, budak kecik nie tak nangis. Senang jaga. Tak buat perangai. Lega mummy tauuu. Terima kasih sayang.

Seawal pukul 4.00 pagi kami bertolak ke ERL Putrajaya ke KLIA 2. Masuk je KLIA memang tak toleh kiri kanan, terus check-in kemudian masuk ke Imegrisen terus. Yang rasa kelakar sangat bila tiap kali kena check pasport mesti pegawai tu akan baca 2 kali. "Eh, Harraz Naufal..!!! Mak ayah dia nie kaki drama sangattt.." hahahahaa. Tak kisah lakan, janji maksudnya canti secantik tuannya. Amin.

Sebenarnya, ada yang ada dalam hari nie. Nangis ke tak si Harraz nie nanti erk dok lama-lama dalam fligth tu..?? ermmmm.. Sebelum nie memang la Harraz pernah fly tapi stakat balik Terengganu tu 45 minit, ngam-ngam dia tido jerk. Sebelum masuk flight nie dah dekat 50 kali pesan kat si Harraz, "sayang mummy plissss jangan buat perangai yerk dalam flight nanti. Harraz kan budank baik." Dengan harapan dia faham & dengar kata.

Daddy..??? Ermmm. Daddy kena tinggal... hahahaha.. Daddy tak boleh cuti la, So just mummy jerk yang pegi dengan Harraz. Sebenarnya ke Bandung nie just temankan family abang Ieda yang memang ada urusan bisness and sambil-sambil tu jugak dia orang nak melancong. Paling best untuk Ieda & Harraz, kami ditanggung 100%..!! hoyee.. tq my big brother. hahahahahaa.. Next time bawak kami lagi yerk. kikikikikikiiii..

Saat yang ditunggu dah tiba. dalam flight Harraz bagus, tak nangis. Cuma.!!! Berakkkkkkk. Mummy mulai pening, boleh ke salin pampers dalam ni.?? Masuk dalam toilet fligth, intai-intai, Oh, dah nampak... Hahahahaha... Jakun betol la mummy Harraz nie. Hahahahahaa...

Selamat mendarat, kami tak buang masa. Terus dapatkan drive yang telah kami tempah seawal 2 minggu. Perjalanan kami dari Jakarta ke Bandung makan masa 2jam. Sebabnya jalan jem pada hari tu. Jejak je ke Bandung, Kami menuju ke Rumah Kain.

Rumah kain nie mummy tak nak cite panjang-panjang. Sebabnya memang mummy yang mabuk, bukan nye Harraz. Hahahahhaha.. Mabuk kain u all. 1 je nak jerit "MURAHHHH...!!!!!!!!!!!!" hahahahaaa.. Kat sini Ieda belikan telekung solat untuk mummy Ieda & adik Ieda. Diri sendiri dah ada. Masa pegi Medan dah beli dah. Cukup la tu, tak nak membazir. Sekadar kenangan kite ke negara orang kan. Kakak ipar Ieda, memang dia borong betol. First time dia sampai sejauh nie katanya. Untuk adik-beradik & ipar duai semua dia belikan. Kakak ipar Ieda memang kaki shopping, kalu nak suruh dia membeli, ermmm.. Rasanya semua dia nak beli. Hahahaha.. Harraz pom penat memilih nie hah. hahahaha. Settel rumah kain, kami menginap di Hotel Green. Hotel nie memang ohsemmm..!! hotel baru. Makanan kena dengan kita orang Malaysia. Biliknya bersih. Tempat stategik. Ramai jugak orang Malaysia memilih untuk stay kat sini. Memang terbaik.

Sepanjang perjalan di Bandung, Harraz memang anak yang baik. Tak larat nak puji dah mummy nie kat Harraz, sebabnya Harraz memang paham, mummy nak jalan-jalan. Hahahaha. Masuk dalam kereta, rehat & tido. Lama minum susu. Tak ada masalah la Harraz ni. Padan muka daddy kena tinggal.

Hari kedua, kami jalan-jalan di Pasar Baru. Memang best sangat. Ieda pom membeli jugak skit. Tak banyak, just untuk adik ipar je. Belikan dia handbeg jerk. Yela, dia baru start keja. So Ieda rasa, kalau belikan handbeg dia boleh la pakai untuk basahan kerja hari-hari. (hakikatnya, aku tak tau nak beli apa). T-shirt kenangan pom kami beli dekat Pasar Baru nie. Sangat-sangat murah kalu dibandingkan dengan tempat lain. Ieda cadangakan beli T-shirt kat sini. Jangan beli dekat lain ok.

Waktu petang untuk hari kedua nie, penuh dengan Business trip. Abang Ieda punya hal la. Ieda ikut jerk. heheehe.. Tapi kami nie sempat la jengah ke Outlet-outlet barangan kulit & kasut bagai. Sempat beli ke?? Eh, sempattttt... kikikikikiki.. Perempuan ok la bab membeli nie. Kami memang pandai ejust masa. Jangan risau. Kikikikikikikii.

Malamnya, dinner kami memilih untuk makan berdekatan dengan hotel. Hotel yang kami pilih nie sangat-sangat startegik. Ieda suka. nak jalan-jalan or apa sahaja boleh turun kejap beli. hahahaa.. Tempat makan pom senang. Tak ada masalah.

Hari Ketiga. Jeng, jeng, jeng.. Kami meneruskan percutian ke Rumah Hobbit & Float market. Memang terrrrrrrrbaik. Malas nak citer jugak. Cuma Ieda boleh cakap, kalau ke Bandung, harus, mesti, wajib datang. Terutamanya yang bawak anak kecik. Mesti dia orang suka punya. suka-suka jugak, jangan sampai hilang yerk. Pesanannnn..

Untuk kedua-dua tempat ni plak Ieda tak sempat nak transfer gambar ke PC, fone rosak. sedihnyeee.. Yang ada nie pom Ehsan daripada kakak ipar & abang Ieda. Sebenarnya memang banyak gambar Ieda ambik. Tempat nie mamang cantik. Hope apa yang ada ni korang boleh la bayang skit-skit erk. Selebih nye kena datang. Baru real. kikikikikikiii. Oh, sebelum Ieda lupa, kedua-dua tempat nie dikenakan caj bayaran masuk yerk. per person. Tak mahalpun murah jerk.















Hari Keempat - Kami nak balik dah...!! Tapi sebelum balik, kami singgah di Kartika Sari dulu. Beli Ole-oleh untuk mereka di Malaysia. Nie, Ieda nak bagi tahu yerk. Beli la kat sini yerk. Brownies dia memang sedaaappppp dan Murahhhhhhhhhh. Ieda beli banyak gila. Tapi baru 1 juta. Penat memborong tapi baru 1 juta. Ieda belikan untuk pengasuh, untuk office, untuk budak-budak kat tempat En. Suami kerja & untuk makan kat rumah. Banyak kan..?? Hah, banyak kan. Dengan pisang salainya. perisa keju, bluberry, original. Brownies plak Ieda beli original & Walnut. Kacang bogol tu pom Ieda beli. Kakak ipar Ieda jangan ditanya la... Memang kaw-kaw punya borong.

Sampai je kat Airport Jakarta. 1 benda yang buatkan kami ketawa terbahak-bahak. Datang semuanya selai sepinggang. Balik, hah ambik kau.. 2 troli hah..!!! Macam mana la nak bawak nanti dalam ERL. Hahahahahahaaa... Nasib la. Hokey, tq pada korang sudi baca entry nie.. Sebenarnya banyak yang Ieda nak share kan dengan korang, tapi tak sempat. Nanti korang muak pulak nak baca. ahahhahaa.. Terima kasih skali lagi sudi baca. Muah, sayang korang.

Tips : Pegi bandung, better bawak selai 2 jerk. Sebb kat sana memang baju murah-murah sangat. Yang terbaru, masa kami pergi sana, nak balik. Kami cari-cari kaunter cukai. Rupanya Indonesia tak kenakan lagi cukai per person. Hoyeee. sakan la sambung shopping kat Airport.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinkerbell Red Glitter Wings