Perkahwinan merupakan 1 pelengkap hidup untuk semua yang mempunyai "jantung hati". Yang diharapkan dalam perkahwinan tersebut mesti la kebahagian. Namun tak semua perkahwinan yang dibini diakhiri dengan syurga.Dalam sesebuah perkahwinan, kejujuran, kesetiaan, kepercayaan & tolak ansur antara satu sama lain adalah kunci yang amat penting. Lengkap 3 kunci maka istana yang dibini akan berseri ibarat taman syurga. Kurang 1 kunci istana terasa goyang, ibarat ditiup angin akhirnya roboh. Ibarat lalang yang bergerak mengikut haluan angin.
Sejak akhir-akhir nie banyak Ieda baca di Facebook mengenai kisah pengorbanan seorang suami. Tetapi pernahkah kite terfikir tentang pengorbanan seorang isteri..?? Tolak ansur seorang isteri..?? Beban yang ditanggung seorang isteri..?? Si suami dengan lantang bersuara tentang rasa hormat dan beban perbelanjaan yang ditanggung setiap bulan. Namun pernahkah kite berbicara tentang seorang isteri menanggung segala hal dalam rumah tangga.
Pernahkan anda terfikir wahai suami, saat anda susah siapakan disebelah anda..?? Tapi bila anda senang, agak-agaknya orang yang membantu ataupun menolong anda bangun masih ada disisi anda..?? Isteri adalah orang yang akan sentiasa menggangkat anda saat kesusahan. Isteri adalah orang yang sentiasa disisi anda saat anda merintih mahupun menangis. Tapi akhirnya anda lupa akan dirinya apabila anda berada diatas & dizon selesa.
Setiap kali pergaduhan antara suami isteri, suami dengan lantang menyatakan hasrat hati yang kurang, si isteri hanya diam tampa sepatah perkataan. Diam bukan beerti mengaku salah, tetapi tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Bila keadaan reda, si isteri meluahkan perasaan dalam bentuk mesej. Namun masih dipersalahkan, katanya ianya 1 alasan dan perangai dirinya yang menyebabkan semuanya terjadi. Persoalannya disini, pernahkan anda seorang suami bertanyakan tentang isi hati isterinya..?? Tentang perasaan seorang isteri..?? Pernah..?? Seorang isteri sanggup berkorban demi seorang suami, namun seorang suami belum tentu sanggup berkorban untuk isteri. Tanah kubur masih lagi merah, namun calon isteri sudah sedia menanti. Si suami lantang menyuarakan tentang citarasa dirinya terhadap perempuan, namun tidak pernah sekali si suami bertanyakan citarasa seorang isteri terhadap lelaki. Kalau la suatu hari si suami bertanyakan hal berkenaan, makan hati la jawabnya.
Namun, Ieda tak nafikan tentang keruntuhan sesebuah rumahtangga itu berpunca daripada isteri. Tapi bagi Ieda, ianya hanyalah kes-kes terpencil. Walaubagaimanapun, ianya bukan 1 alasan kita nak ketepikan hal berkenaan. Ada jugak suami yang tertindas dan terpaksa bersabar dengan kerenah & perangai isteri yang melampaui batas.
Apa jua keadaan, kita haruslah bersyukur sekiranya pasangan suami ataupun isteri memahami kita, menghargai kita & mengambil berat pada kita. Jangan kita lalaikan mereka, peluang sebegini hanyalah datang sekali. Belum tentu untuk kali ke-2. Hargai saat "dia"ada. Jangan sampai sudah terantuk barulah kita nak menadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan