LUKA BERDARAH KEMBALI....

Assalamualaikum, lama tak update blog kan.. sorry la, busy sikit dengan keja. Tajuk macam ngeri je kan..?? ahahahhaa.. Tapi adelah hati nie yang dah lama terluka berdarah kembali.

TERKEJUT and sedikit kecewa sebenarnya. Dah lama insan yang bertahta di hati nie pergi, dan Ieda melepaskan dengan redha kerana tiada jodoh antara kami. Siapa yang salah, itu tidak perlu di ungkit ataupun disebut kerana masing-masing ada alasan tersendiri. Ini kerana Allah S.W.T merancang yang lebih baik untuk kami. Tapi luka lama berdarah kembali apabila DIA muncul kembali.

Ieda masih sama macam dulu tapi kini, Ieda mempunyai Encik Suami disisi. En. suami adalah segalanya untuk Ieda sekarang. Dalam hati, Ieda redha apa yang telah terjadi antara kami. Terima dengan hati yang tenang atas apa yang berlaku pada kami walaupun pada awalnya Ieda merasakan perit untuk ditelan. Tapi siapakah kita untuk melawan kehendak-Nya. 

Sewaktu bersama, kami bahagia. Walaupun Ieda tahu Ieda berkongsi kasih dengan orang yang lebih dia sayang. Mesti korang ingat Ieda bermadu kasih dengan suami orang kan?? Tidak, tetapi dia mempunyai seorang lagi wanita yang dikatakan "ibu angkat" tetapi permaisuri dihati sebenarnya. Orang lain memandang mungkin Ieda tiada tandingnya dengan wanita itu dari segi usia, tetapi Ieda tewas darisegi harta yang dimilikinya. Ieda dengan wanita itu ibarat langgit dan bumi yang jauh tiada sempadannya.

Bagi Ieda dialah segalanya, tapi kini Ieda sedar. Itu semua kisah lama yang telah 3 tahun berlalu. Walaupun pergi dengan tampa penamat yang bagus, ianya telah menjadi salah  satu sejarah yang terpahat dalam coretan cinta hati ini. Ieda selalu berdoa, agar dia bahagia disamping orang yang dia sayang. Bahagia dunia mahupun akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinkerbell Red Glitter Wings