Salah faham antara manusia adalah satu perkara biasa.. Adakalanya salah faham membolehkan persahabatan seseorang itu terputus.. Ada juga kerana salah faham orang yang tidak bersalah dihukum tanpa mengetahui dia bukan pesalahnya... Salah faham juga boleh menyebabkan maruah seseorang itu tergadai...
Sebut pasal salah faham nie.. Ieda sendiri pun tidak lari dari salah faham nie... Kesalahan yang ieda buat semalam adalah membuat keputusan melulu menuduh secara rambang lalu menguhukum seseorang yang tidak bersalah sehinggakan melibatkan soal kerja dan kreabiliti seseorang dalam kerjayanya... Rasa bersalah sangat.. Tapi dah mintak maaf ok... huhuhuhuu...
Sepatutnya setiap masalah yang timbul haruslah berbincang dan bertanya itu lebih baik dari terus menghukum seseorang tanpa usul periksa... Setiap perkara yang berlaku pasti ada punca dan sebab mengapa itu semua berlaku... Bila kita sendiri sudah mendengar penjelasan dan mengetahui punca dan sebab berlaku terpulanglah pada diri sendiri untuk menentukan keputusan..
Hari nie, rasa cukup bersalah atas perbuatan yang dibuat semalam.. MENGHUKUM TANPA MEMBERIKAN RUANG UNTUK PENJELASAN... Ibarat menghempas kesalahan terus ke bahu seseorang tanpa mendengar penjelasan tentang punca dan sebab sebenar.. Terlalu jelas sikap pentingkan diri sendiri dan ego yang mendalam dalam hati...
Bila sudah tahu akan kebenarannya... Perkataan maaf ibarat tidak mencukupi untuk merungkai perasaan bersalah dalam diri... Pengajaran yang boleh diambil, PENJELASAN HARUS DI DENGAR UNTUK KEPASTIAN SESUATU PERKARA... Sesudah itu, keputusan terletak pada akal fikiran diri sendiri untuk jalan dan haluan seterusnya....
" So...and so...and so.... think before making a decision ... continue to punish the act is not a decision that is best .."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan