Permasalahan cinta dan perasaan nie kadang-kadang susah nak ditafsirkan.. Kadang-kadang ok & kadang- kadang tak pernah ok... eeemmm.. Pelik kan??? tapi itu lah hakikat sebenarnya... Ieda sendiri pun tengah pening skarang nie... dia hanya memberikan tajuk dan ieda terpaksa mencari isi kandungan dan seterusnya membuat karangan... adduuu.. payahkan.. adakah cinta ini sangat merumitkan...??? ieda sendiri pon tak pernah jatuh cinta tapi... eemmm... Pening dan keliru.... huhuhuhuuu..
Adakah perasaan dalam hati sekarang cinta ataupun hanya sekadar sayang kepada seseorang... Adakah cinta itu telah mula berputik dihati sehinggakan pagi-pagi lagi air mata nie dah menitis akibat dari hati yang terluka... arrrrggghhh... AKU TAK MENGERTI PERASAAN AKU SENDIRI..!! itulah dalam benak fikiran sekarang nie... Benci tapi sayang.. Nak buang tapi tak boleh... Perlukan ieda menahan erti sakit dalam hati nie...???
Hakikatnya hati nie sakarang tengah terluka... bertalu-talu mesej yang dihantar tapi tak boleh nak di balas akibat ego dalam diri yang mendalam.. Kononnya dia tak bersalah tapi hakikatnya kesalahan jelas dan nyata.. Penjelasan yang akan diberikan comfirm membela diri dan permasalahan yang nyata telah wujud dalam dirinya sekarang.. Mendiamkan diri ieda rasa lebih baik sekarang.. Malas nak berbicara kerana hati sendiri kini dah rasa sangat sakit, hancur, luluh dan berkecai...
Wujudnya orang keempat, kelima dan seterusnya yang dicari oleh diri dia sendiri adalah satu permasalahan yang bakal ditempuh oleh dirinya.... Sedangkan masalah perasaan yang ada nyata wujud dalam hatinya kini masih belum mendapat jawapan... Tetapi mencari jalan dengan mencari lagi orang keempat, kelima dan seterusnya... Haruskah...??? Perlukah..???
Dibirbir menyatakan sayang tetapi dalam hati siapa yang tahu.. Perlukah kepercayaan diberikan untuk kali kedua padanya ataupun terus menghukum atas kesalahan yang dilakukan setelah kesalahan pertama dulu sudah dimaafkan.. Walaupun hati ini sengat berat untuk menyatakan maaf.. Setiap kali berjumpa pasti dia memberikan tajuk yang tidak pernah diri ieda faham.. Pening... Mengapa tidak berterus terang dan bersikap jujur dalam sesuatu perkara.. Adakah itu lebih baik dari memberikan tajuk sahaja... Bila diberikan tajuk.. Isi kandungan di karangkan sendiri.. Salah sangka dan isi kandungan yang tidak benar akan wujud.. Kemudian barulah penjelasan hendak di nyatakan... Ini jalan cerita yang MENGARUT DAN MENYESATKAN AKAL FIKIRAN ORANG YANG MENGARANG....
Cubalah menjadi seorang yang jujur dan memikirkan hati dan perasaan orang lain.. Lain orang, lain caranya... Tidak semua orang berfikiran seperti kita.. Tidak semua orang sama cara menguruskan masalah seperti kita... So... and So.. and So... Berfikirlah dengan baik sebelum memberikan harapan kepada orang lain....
- THE AND -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan