antabax


Wah...!! wanginya bau..
Hari nie ieda nak perkenalkan salah satu jenama yang kini semakin dikenali di Malaysia... (siapa tak kenal jangan tinggal kat malaysia... pleazzz... ahhahaa)... Ieda sendiri dah mencuba semua bauan seperti yang tersenarai di dalam gambar diatas tu... memang sangat menarik dan harus anda mencubanya...

Pada mulanya mendengar pada nama jenama ini sendiri... Hati ieda tidak yakin untuk mencubanya tetapi setelah mencuba ternyata jenama ini juga setanding dengan jenama-jenama sabun lain yang kini berapada di pasaran...

Selain daripada sabun mandi, antabax juga mengeluarkan beberapa produk lain seperti Weep tisu dan Sanitizer... Ianya berfungsi sebagai penghapus kuman dan bau...

So, apa lagi... Tidak perlu lagi anda ragu-ragu untuk mencuba antabax kerana ieda sendiri telah mencubanya dan sangat berpuas hati dengan jenama ini... Ianya setanding dengan jenama yang telah gah dipasaran kini... Cubalah...

PROGRAM DOKTOR MUDA DI NEGERI 9...

Untuk tahun 2012 ini merupakan Program pertama ieda untuk Peringkat Kebangsaan...
"ZOOMERS KELAB DOKTOR MUDA"
iaitu di ketuai oleh En Mohd. Razif bin Zakaria...

Sepanjang Program ini berlangsung pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan... Ieda pun secara jujur mengatakan bahawa Program ini sangat menarik dan harus disertai oleh Kanak-kanak di seluruh Malaysia...

Walaupun sedikit letih sepanjang bertugas di Program tersebut.. Kepuasan tetap diperolehi dengan semagat sepasukan urusetia yang menjalankan tugas masing-masing dengan baik... (nampak muka En. Razif puas hati... hehehheee...) Apa-apa pun ieda ucapkan terima kasih kepada En. Razif becouse sudi menyenaraikan nama ieda sebagai salah seorang urusetia program tersebut... Kalau ada program lagi jangan lah segan-segan nak senaraikan nama ieda k... hahahhahahaaa.....

Dan ini sedikit gambar-gambar yang ieda sempat ambil untuk tontonan anda semua....
............^__________________^...........


Tag nama ok... tak ada nie tak dipanggillah urusetia kan... hehehehee...

Setelah kepenantan melayan kerenah budak-budak... sabo jelah... eeemmmmm...
Antara murid-murid sekolah yang hadir pada hari Program tersebut berlangsung...
Seronok sangatlah budak0budak nie bergambar... kan... hahahaha...  budak-budak ok..!!!
Tak pasal-pasal kena serbu.. Mintak Autograf bebagai... hahahaa... ade jugak yang mintak nombor telefon dan alamat FB... budak zaman sekarang.... hahahahhaa.... layan je....
Inilah MC pada hari tersebut... Amacam... ok??? kihkihkihhhh.... relax-relax ya...
Senyum Aidid... Pleazzzzz... ha..!! tak nak sebab dah letih erk.. ok... It's Ok...
hahahhahaaaa.... poyo je aku nie...

BURGER BAKAR BESAR PUNYEEEE...!!!!!

Semalam sempat ieda dan beberapa orang kawan pejabat pergi menikmati burger yang memang best dan paling penting...BESAR PUNYE... hahahahaaa... memang terkejut besar bila sampai je burger sebesar tu...

Lokasi gerai nie plak memamang sampoi dan macam-macam hiburan yang disediakan. Contohnya kalau ada diantara anda yang suka karaoke, boleh je.. Ada runag untuk anda melepaskan tension tu.. Dan kalau ada yang bawak anak-anak tu pulak... boleh la bagi anak-anak anda bermain di sekitar kawasan permainan yang disediakan sambil anda menikmati hidangan anda... Tapi jangan sampai lupa pulak pada anak-anak tu... Yelah, sedap sangatkan menikmati burger tu... 

Apa yang boleh ieda katakan tentang burger nie... cuma WOW..!! memang best... Tapi ieda boleh katakan, ianya tak akan menggemukkan anda kerana, Peniaga tersebut tidak menggoreng daging tu, tapi membakar daging tersebut... eeemmm... boleh bayang tak macam mana... hahahhahaa.... Tapi.. memang best... Rasanya memang akan ada kali ke-2 nie... hahahaha... 

wah...!!! hangatnye... best nye... Jom-jom makan... heheheee

Selain daripada buger yang besar, ada juga beberapa hidangan lain yang dijual, seperti Otak-otak, Sate dan masakkan barat.. So pada sesiapa yang datang dan takut nak makan burger dengan alasan MENGEMUKKAN tu... boleh lah mencuba menu-menu lain yang dijual di gerai tersebut...

So, apa lagi... Jom kita makan-makan dan tray apa yang berlainan disekitar gerai KAW-KAW BURGER BAKAR 

Termenung mamat nie bila tengok burger tu besar sangat... habis ke nie..?? mungkin persoalan yang bermain di benak fikiran dia kot... hahahahaaa.....

Ini dia... Orangnya kecik tapi seleranya besar sekali yerk... hahahahaa... peace...!!!! 

Inilah dia rupa burger ieda yang ieda order tu.... amacam..??? ada berani..??? apa lagi... Jom lah makan-makan burger bakar..... IANYA MENANTI ANDA... hahahahaaa.... nyumnyummm..!!!

AKU TAK SUKA BERKONGSI.....!!!

   Aku memang tak suka berkongsi dalam segala hal... Menyakitkan hati.. Apatah lagi berkaitan dengan hati dan perasaan.. Takut kasih yang diagih tak cukup untuk diagihkan... Takut hati dan perasaan nie di permainkan... Itulah hakikat sebenarnya... 

   Mulut katanya mahu tapi hati siapa yang tahu... Hakikatnya hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu dan mengetahui hakikat dan perasaan sebenar.. Aku, hanya mempercayai apa yang didengari dan dilafazkan... Seandainya aku diperbodohkan aku hanya mengatakan.  

"aku redha dengan segalanya kerana hati dan perasan tidak boleh dipaksa..." 

    Hati cemburu tapi tidak akan mengaku hanya kerana ingin menjaga hati dia yang kian disayangi... Walaupun hati diri sendiri terseksa.. Hati ini akan tetap mengalah kerana tahu PERASAAN SAYANG BUKAN SESUATU YANG SENANG DIBUANG DARI DALAM HATI... 

    Apa yang harus dilakukan seterusnya.. hanya berserah dan menunggu dan terus menunggu apa yang berlaku seterusnya... Walaupun segalanya telah dirancang, hakikatnya pasti tidak dapat ditunaikan kerana perasaan sayang yang telahpun mulai menguasai hati ini kini....

SALAH FAHAM

    Salah faham antara manusia adalah satu perkara biasa.. Adakalanya salah faham membolehkan persahabatan seseorang itu terputus.. Ada juga kerana salah faham orang yang tidak bersalah dihukum tanpa mengetahui dia bukan pesalahnya... Salah faham juga boleh menyebabkan maruah seseorang itu tergadai...

    Sebut pasal salah faham nie.. Ieda sendiri pun tidak lari dari salah faham nie... Kesalahan yang ieda buat semalam adalah membuat keputusan melulu menuduh secara rambang lalu menguhukum seseorang yang tidak bersalah sehinggakan melibatkan soal kerja dan kreabiliti seseorang dalam kerjayanya... Rasa bersalah sangat.. Tapi dah mintak maaf ok... huhuhuhuu...

    Sepatutnya setiap masalah yang timbul haruslah berbincang dan bertanya itu lebih baik dari terus menghukum seseorang tanpa usul periksa... Setiap perkara yang berlaku pasti ada punca dan sebab mengapa itu semua berlaku... Bila kita sendiri sudah mendengar penjelasan dan mengetahui punca dan sebab berlaku terpulanglah pada diri sendiri untuk menentukan keputusan..

    Hari nie, rasa cukup bersalah atas perbuatan yang dibuat semalam.. MENGHUKUM TANPA MEMBERIKAN RUANG UNTUK PENJELASAN... Ibarat menghempas kesalahan terus ke bahu seseorang tanpa mendengar penjelasan tentang punca dan sebab sebenar.. Terlalu jelas sikap pentingkan diri sendiri dan ego yang mendalam dalam hati...

   Bila sudah tahu akan kebenarannya... Perkataan maaf ibarat tidak mencukupi untuk merungkai perasaan bersalah dalam diri... Pengajaran yang boleh diambil, PENJELASAN HARUS DI DENGAR UNTUK KEPASTIAN SESUATU PERKARA... Sesudah itu, keputusan terletak pada akal fikiran diri sendiri untuk jalan dan haluan seterusnya....

    " So...and so...and so.... think before making a decision ... continue to punish the act is not a decision that is best .."

AKU TAK MENGERTI PERASAAN AKU SENDIRI

 Permasalahan cinta dan perasaan nie kadang-kadang susah nak ditafsirkan.. Kadang-kadang ok & kadang- kadang tak pernah ok... eeemmm.. Pelik kan??? tapi itu lah hakikat sebenarnya... Ieda sendiri pun tengah pening skarang nie... dia hanya memberikan tajuk dan ieda terpaksa mencari isi kandungan dan seterusnya membuat karangan... adduuu.. payahkan.. adakah cinta ini sangat merumitkan...??? ieda sendiri pon tak pernah jatuh cinta tapi... eemmm... Pening dan keliru.... huhuhuhuuu..

 Adakah perasaan dalam hati sekarang cinta ataupun hanya sekadar sayang kepada seseorang... Adakah cinta itu telah mula berputik dihati sehinggakan pagi-pagi lagi air mata nie dah menitis akibat dari hati yang terluka... arrrrggghhh... AKU TAK MENGERTI PERASAAN AKU SENDIRI..!!  itulah dalam benak fikiran sekarang nie... Benci tapi sayang.. Nak buang tapi tak boleh... Perlukan ieda menahan erti sakit dalam hati nie...???

  Hakikatnya hati nie sakarang tengah terluka... bertalu-talu mesej yang dihantar tapi tak boleh nak di balas akibat ego dalam diri yang mendalam.. Kononnya dia tak bersalah tapi hakikatnya kesalahan jelas dan nyata.. Penjelasan yang akan diberikan comfirm membela diri dan permasalahan yang nyata telah wujud dalam dirinya sekarang.. Mendiamkan diri ieda rasa lebih baik sekarang.. Malas nak berbicara kerana hati sendiri kini dah rasa sangat sakit, hancur, luluh dan berkecai...

 Wujudnya orang keempat, kelima dan seterusnya yang dicari oleh diri dia sendiri adalah satu permasalahan yang bakal ditempuh oleh dirinya.... Sedangkan masalah  perasaan yang ada nyata wujud dalam hatinya kini masih belum mendapat jawapan... Tetapi mencari jalan dengan mencari lagi orang keempat, kelima dan seterusnya... Haruskah...??? Perlukah..???

 Dibirbir menyatakan sayang tetapi dalam hati siapa yang tahu..  Perlukah kepercayaan diberikan untuk kali kedua padanya ataupun terus menghukum atas kesalahan yang dilakukan setelah kesalahan pertama dulu sudah dimaafkan.. Walaupun hati ini sengat berat untuk menyatakan maaf.. Setiap kali berjumpa pasti dia memberikan tajuk yang tidak pernah diri ieda faham.. Pening... Mengapa tidak berterus terang dan bersikap jujur dalam sesuatu perkara.. Adakah itu lebih baik dari memberikan tajuk sahaja... Bila diberikan tajuk.. Isi kandungan di karangkan sendiri.. Salah sangka dan isi kandungan yang tidak benar akan wujud.. Kemudian barulah penjelasan hendak di nyatakan... Ini jalan cerita yang MENGARUT DAN MENYESATKAN AKAL FIKIRAN ORANG YANG MENGARANG.... 

  Cubalah menjadi seorang yang jujur dan memikirkan hati dan perasaan orang lain.. Lain orang, lain caranya... Tidak semua orang berfikiran seperti kita.. Tidak semua orang sama cara menguruskan masalah seperti kita... So... and So.. and So... Berfikirlah dengan baik sebelum memberikan harapan kepada orang lain.... 

- THE AND -

KURSUS...!!!!!

Baru-baru nie ieda berkesempatan menghadiri kursus MINIT MESYUARAT & PENGURUSAN SURAT RASMI. Seronok jugak because dapat jumpa ramai kawan baru dan memenuhkan ilmu di dada nie.. hahhahaa... Seronok sangat.. Tapi tak banyak yang dapat ieda uploadkan gambar sebab masalah teknikal PC yang lembap.. hahahahhaaa...

Kursus nie diadakan di INSPEN, bangi.. Sesat jugak la mencari tempat tu.. Yelah, ieda berasal dari Terengganu dan baru sahaja menetap di Putrajaya nie kan.. So bermasalah lah sikit mencari tempat-tempat yang agak tersorok nie... Tapi akhirnya jumpa jugak... Pandu kereta sambil mata asyik memandang peta yang diberikan oleh pihak penganjur... Wahhh..!! bayangkan kalau  malang tak berbau... huhuhuhuuu... Tapi alhamdulillah.. Selamat...

Kursus nie berjalan selama 2 hari.. So memang banyak sangat ilmu yang ieda dapat sepanjang menyertai kursus nie.. Tambahan pulak penceramahnya wahhh..!!! hensem kedua-duanya... Hari pertama tu ayahnya dan hari kedua tu yang paling syok skali tu.. Anaknya... ehem... ehem.. hahahhaaa... Ngada-ngada plak yerk... huhuhuu... xdelah.. Saje je.. sedapkan cerita walaupun hakikatnya memang benar...

Pada hari pertama tu, kita orang belajar sepenuhnya tentang minit mesyuarat yang betul dan beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membuat minit mesyuarat yang berssesuai dengan mensyuarat yang dihadiri.. eemmm... agak boring tapi oklah coz penceramahnya yang pandai menarik perhatian peserta.. (pandai sangat... hahahaaa...)

Pada hari kedua pulak, wahhh..!! seronok nie nak cerita... kita orang diajar tentang penulisan surat rasmi.. eemmm... peceramahnya memang lah first class... kihkihhhh ieda..!! ieda..!!! please ya..!! ok.. ok.. just back to the title ok... Apa-apa pun kesimpulannya, seronok dan memuaskan sepanjang kursus dijalankan... huhuhuuuu.... TQ pada pihak Pengurusan coz sudi hantar ieda sebagai wakil ke Kursus nie... TQ...
^_______________________________________^

 nie adalah ayahnya pada hari pertama kursus.. ini sewaktu kami sekumpulan sedang membentangkan minit mesyuarat yang telah dibuat secara berkumpulan...
wah...!! setiap orang serius je kan.. Perbincangan.... huhuhuhuuuu....

jeng..jeng.. jeng... inilah dia.. contoh minit mesyuarat kumpulan kami... hahahaaaa.... ok tak?? ok tak?? jangan ketawa ok... senyum je... hahahahaa....

PENIPUAN...

   Bercakap tentang penipuan.. semua orang mesti pernah di tipu.. bezanya situasi dan cara ditipu.. Pagi-pagi lagi ieda dah kena tipu.. adduuuu... sakitnya hati hanya tuhan yang tahu.. Mengapa perlu ditipu??? mengapa perlu menipu??? haruskan menipu dan ditipu..??? Hakikat sebenar hanya mereka yang tahu.. Bila diajukan soalan bertubi-tubi penjelasan yang diberikan still membela diri walaupun hakikat sebenar sudah terbukti nyata di depan mata..

   Perlu ke permainkan perasaan orang lain??? haruskah memuaskan diri yang terseksa dengan permainkan perasaan orang lain??? Perlukan menghancurkan hati orang lain hanya semata-mata untuk memuaskan hati orang lain..??? Adakah diri ini hanya orang yang mengisi ruang kosong terdapat dihati atau waktu si penipu.. Patutkah ini berlaku dan dilakukan...

   Hati dan perasaan manusia ini jangan sesekali diusik..Sekali di usik buruk padahnya... Seandainya hati terluka maka perjalanan sengsara akan dibentangkan.. Seandainya benci di ukirkan dalam hati dendam akan bertandang mengusik hati yang terluka... Barah lalu merebak...

   Seandainya penipuan yang mengusik perasaan.. Maka perkataan maaf akan menjadi sukar untuk dilafazkan.. Berat jugak ni... Sakit jiwa pun boleh singgahkan.. Parah-parah... Ada ubat ke?? Ada kot.. mencari kehiupan yang baru dengan seseorang yang lebih baik.. INSYAALLAH......

"Kejujuran yang ikhlas dari hati lebih baik dari kejujuran yang datang dari lidah yang tidak bertulang.."

JIWA KACAU..!!!

    Kenapa lah perlu ada gosip dalam pejabat..??? sakit hati betol lah.. Rasanya belum sampai setahun lagi ieda kat sini.. macam-macam cerita dah yang diterbitkan oleh pengarang-pengarang yang tidak pernah di tauliyahkan... Perlu ke kamu semua perlu buat cerita-cerita yang menyakitkan hati..??? Perlu ke kamu semua menyatakan ketidak puasan hati macam tu..??? Rasanya tak perlu kan..kan...kan...

   Setiap perkara boleh dijelaskan dan diterangkan melalui perbincangan.. Menyatakan sesuatu ketidak puasan hati dibelakang ibarat membalingkan perasaan tidak tepat pada hati sendiri... eeeemmmm... itupun tak boleh nak fikir ke??? be a profesional is better ok..!! sendiri mau ingatlah yerk... malas nak fikir dan malas nak ambik tahu kalau benda macam nie pun tak boleh nak fikir ok...

   Payah mencari sahabat sejati sekarang.. Kawan makan kawan.. Kawan tikam Kawan.. Sudah menjadi satu trend zaman sekarang.. Kenapa lah perlu mewujudkan trend macam tu.. Cubalah jadi kawan sejati..

    Satu lagi trend yang makin hot zaman sekarang ni.. kawan tidur sebantal... wahhh!!!! gempak kot... kawan macam nie mana-mana pun bleh jumpa... betul...!!! jangan terkejut jika anda sendiri menjumpai kawan macam nie... ieda sendiri pun dah jumpa.. anda??? Tanda tanya... Bagi yang belum jumpa tak payah la mencari tapi bagi yang dah jumpa tu sendiri mau ingat lah nak teruskan ataupun tidak ok... Bagi ieda, masing-masing ada akal fikiran yang boleh berfikir tentang cara hidup dan jalan perjalanan masing-masing... so... just up to you my dear...

TANDA TANYA...???????

    Perasaan yang ingin tahu mulai menguasai diri... aduuuu..!!! nak tahu... PLEASEEEEE...!!! mencari jawapan akhirnya jumpa juga jawapannya.. Hakikat sebenar dah terserlah sudah.. HIPOKRIT kot..!!! hati nie merasakan ditipu dan tertipu dengan setiap perlakuan dan kata-kata... Perlu ke menipu??? Apabila soalan diberikan jawapan yang diberikan..

"Kadang-kadang menipu perlu untuk menjaga hati orang lain..."

banyaklah jawapan macam tu.. Bila diajukan lagi soalan.. jawapan yang mendatang adalah membela diri walaupun hakikatnya tembelang dah pecah... Salah ke kita berlaku JUJUR dan IKHLAS dalam sesebuah perkara dan persahabatan???? Tidak kiralah dalam apa jua cara persahabatan tu... KAWAN, SCANDEL, KEKASIH ataupun TEMAN TAPI MESRA..

    Bila hati sudah terluka rasanya nak ubatkan balik payah kot... Tapi boleh ke dia memahami terluka ke tidak...??? hakikatnya TIDAK... Menyakitkan hati bila setiap perasaan yang bertandang di hati tidak boleh dikesan sama sekali bagi yang memandang...

    Payah ke nak kesan perasaan yang bertandang tu..??? perhatikanlah dari segi KELAKUAN dan PERCAKAPAN... itu sahaja.. Payah ke??? adduuuu...

   HAKIKATNYA orang yang menyayangi akan menyembunyikan perasaannya sendiri.. Marah pun still senyum.. Sakit hati pun still senyum... Kadang-kadang perlu meyembunyikan perasaan kerana tak mahu si memandang terasa hati.. hati yang memandang dijaga tetapi hati sendiri di biarkan terseksa.. Sampai bila dan Mengapa...??? entah la... terpulang pada masa dan keadaan....

ANTARA AKU, DIA & KAMU

    Bila berbicara tentang cinta amat memeritkan perasaan... Entah la nak bagi tahu macam mana yerk... disebabkan diri sendiri tak pernah merasakan cinta... Jangan sesekali mengatakan cinta seandainya merasakan sayang.. kedua-duanya berbeza.. Wujudnya cinta apabila diri sendiri merasakan segala-galanya berubah tidak kira dari segi kehidupan & perasaan...

     So...... sendiri mau ingat la yerk.. Seandainya rasa cinta teruskan bercinta.. Seandainya rasa sayang itu wujud silakan merasakan sayang.. Tidak kiralah sedalam manapun rasanya..

"Seindah kata, Seindah Impian, Seindah pandangan, Seindah hati yang menyayangi dan mencintai.."

     Persoalan tentang hati dan perasaan nie sangat merumitkan, silap kata-kata terguris pulak nanti... eeemmm... payah nak menjaga hati dan perasaan orang nie.. tapi hakikat sebenarnya.. kita harus menjaga hati diri sendiri sebelum manjaga hati orang lain.. mampu ke jaga hati orang lain nie...

"Tepuk dada tanya hati... tanya hati ungkaikan perasaan..."

     Hati yang mencintai biasanya tidak akan selalu bahagia tetapi hati yang dicintai akan bahagia.. Perlu ke mencintai dan dicintai..???

"Bagaikan pungguk rindukan bulan.. Bulan hanya memandang sambil tersenyum.. Pungguk yang menanti teruskan menanti.. Bila agaknya bulan akan menyatakan cinta... Bulan hanya memerhati walaupun hati telah terusik.. Pungguk hanya menunggu dan terus menunggu.. Bila agaknya bulan menyatakan hasrat hati... Pungguk terus menunggu dan terus menanti..."

   Ayat pecah kepala tu... aikkk..!! bunyi macam hati terusik.. siapa tahu... hakikatnya hanya aku dia dan kamu yang memahami...
Tinkerbell Red Glitter Wings