KeLaHiRan Si JanTunG HaTi - HaRRaZ NauFaL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua... Jap nak lap habuk skit... kikikikiii.. Dah lama Ieda tak update blogkan. Sejak tau je ngandung, perasaan malas tu membuak-buak. Hihihihiii.. Pembawakan budak le tuu. Hari nie Ieda nak share pasal baby baruuu... Alhamdullilah, 17 Ogos 2016 - Khamis jam 7.35 petang dengan berat 3.46kg, lahir la "Harraz Nafal bin Md. Faiyruzz Firdauss" di Hospital Putrajaya. Keluar je skali pandang dah nampak dah, Muka DaDDy hokeyyyyyy...!!! 

Oleh kerana lahirnya si kecik nie petang, maka dengan rasminye la menginap terus di hotel tinggi tu, Hospital Putrajaya lerr... hihihihiii... Malam tu risau jugak takot baby nangis, tapi alhamdullilah, baik betol Naufal anak mummy nie.. Diam jerk, tido jerk, bangun nak susu jerk... Hehehehhee.. Legaa... Esoknya dalam pkl 12.30 tengah hari i'm dah boleh balik rumahhh... Hoyeeee...!! \(~_~)/ 

Macam biasa, berpantang selama 44 hari seperti orang lain jugak. Menu sepanjang pantang plak :

PaGI - Milo panas & BisKut 
TenGaH HaRi - Ikan PanGGanG & Nasi PanaS
MaLaM -  MiLo PaNas & roti

Tapi bila dah masuk 10 hari Ieda dah start tambah menu la, tumis sayur sawi. Hah, baru la makan ada selera skit, ade kuah. Laju je makan, padahal lauk tu biase jerk tapi memandangkan 10 hari dok makan nasi dengan ikan panggang tawar, kuah sawi pom sedap.

Dalam pantang, pagi-pagi buta lagi dah mandi, pastu bertungku. Settel bertungku jangan lupa barut plak yerk. Barut yang baik adalah dari paras dada ke bawah punggung yerk. Nak slimkan, so buattt. Jangan degil. Ieda berpantang sendiri jerk, masak &  uruskan anak semua sendiri. Alhamdullilah, takada la bentang ke ape ke. Staff Kerajaan, comfirm-comfirm la Ieda cuti 3 bulan. HeHeHeHe. Seronokkkk, abis pantang siap pegi jalan-jalan kat IKEA lagi kooo. hahahahaa Tapi Hakikatnye, hari ke-20 dah pegi merayau kat IOI Mall Putrajaya, sebab nak pegi beli stroller baby. HaHaHaHaaa. Nasib baik takde apa-apa Ieda ohhh Ieda. Macam-macam hal ko kan. Kalu orang tua-tua tau nie giler ko kena maki. Tapi u all jangan macam tu ok, pantang betol-betol tau 44 hari.
Okey la, sampai sini dulu la entry kali nie, Nanti sambung bab lain plak k. Tq baca entry nie sampai habis... Muah cikeddddd...


PerSoaLan HaTi

Perkahwinan merupakan 1 pelengkap hidup untuk semua yang mempunyai "jantung hati". Yang diharapkan dalam perkahwinan tersebut mesti la kebahagian. Namun tak semua perkahwinan yang dibini diakhiri dengan syurga.Dalam sesebuah perkahwinan, kejujuran, kesetiaan, kepercayaan & tolak ansur antara satu sama lain adalah kunci yang amat penting. Lengkap 3 kunci maka istana yang dibini akan berseri ibarat taman syurga. Kurang 1 kunci istana terasa goyang, ibarat ditiup angin akhirnya roboh. Ibarat lalang yang bergerak mengikut haluan angin.

Sejak akhir-akhir nie banyak Ieda baca di Facebook mengenai kisah pengorbanan seorang suami. Tetapi pernahkah kite terfikir tentang pengorbanan seorang isteri..?? Tolak ansur seorang isteri..?? Beban yang ditanggung seorang isteri..?? Si suami dengan lantang bersuara tentang rasa hormat dan beban perbelanjaan yang ditanggung setiap bulan. Namun pernahkah kite berbicara tentang seorang isteri menanggung segala hal dalam rumah tangga. 

Pernahkan anda terfikir wahai suami, saat anda susah siapakan disebelah anda..?? Tapi bila anda senang, agak-agaknya orang yang membantu ataupun menolong anda bangun masih ada disisi anda..?? Isteri adalah orang yang akan sentiasa menggangkat anda saat kesusahan. Isteri adalah orang yang sentiasa disisi anda saat anda merintih mahupun menangis. Tapi akhirnya anda lupa akan dirinya apabila anda berada diatas & dizon selesa.

Setiap kali pergaduhan antara suami isteri, suami dengan lantang menyatakan hasrat hati yang kurang, si isteri hanya diam tampa sepatah perkataan. Diam bukan beerti mengaku salah, tetapi tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Bila keadaan reda, si isteri meluahkan perasaan dalam bentuk mesej. Namun masih dipersalahkan, katanya ianya 1 alasan dan perangai dirinya yang menyebabkan semuanya terjadi. Persoalannya disini, pernahkan anda seorang suami bertanyakan tentang isi hati isterinya..?? Tentang perasaan seorang isteri..?? Pernah..?? Seorang isteri sanggup berkorban demi seorang suami, namun seorang suami belum tentu sanggup berkorban untuk isteri. Tanah kubur masih lagi merah, namun calon isteri sudah sedia menanti. Si suami lantang menyuarakan tentang citarasa dirinya terhadap perempuan, namun tidak pernah sekali si suami bertanyakan citarasa seorang isteri terhadap lelaki. Kalau la suatu hari si suami bertanyakan hal berkenaan, makan hati la jawabnya.

Namun, Ieda tak nafikan tentang keruntuhan sesebuah rumahtangga itu berpunca daripada isteri. Tapi bagi Ieda, ianya hanyalah kes-kes terpencil. Walaubagaimanapun, ianya bukan 1 alasan kita nak ketepikan hal berkenaan. Ada jugak suami yang tertindas dan terpaksa bersabar dengan kerenah & perangai isteri yang melampaui batas.

Apa jua keadaan, kita haruslah bersyukur sekiranya pasangan suami ataupun isteri memahami kita, menghargai kita & mengambil berat pada kita. Jangan kita lalaikan mereka, peluang sebegini hanyalah datang sekali. Belum tentu untuk kali ke-2. Hargai saat "dia"ada. Jangan sampai sudah terantuk barulah kita nak menadah. 


Tinkerbell Red Glitter Wings