PART 2 - Assalamualaikum u all... Kite sambung part 2 hokey. Sesamapi je kat Airport Kuala Namu, Medan Indonesia. Transport kita orang dah pom menunggu kita orang semua. Yes.. Yes.. Yes.. Ieda pakai travel agent kat sepanjang Ieda kat sana.. Nama pemandu merangkap tour guard kita orang "Bapak Haris" Memang terrrrbaik la u all.. Serius best giler dengan dia. Dia jaga kita orang macam anak dia hokey.
Dari Airport kita orang terus bergerak ke Parapat, Lake Toba. Tempat nie sejuk macam Cameron tu jugak. Perjalanan dari Airport ke Parapat nie makan masa dalam 5 jam. Sepanjang perjalanan kita orang memang tak bosan sebab Bapak Haris nie memang pandai melayan kita orang, banyak jugak la kisah-kisah pasal Indonesia nie dia cerita. Yang tak leh tahannye, tong gas kat Indonesia untuk penduduk kecik giler kauuu... Hanya tong utk 2kg sahaja dibenarkan kepada rakyat Indonesia. Tu pom tahan seminggu jerk untuk masak. Demmm... =_="... Sedangkan kita kat Malaysia 12kg kauuu... Hahahahaahaha.. Sepanjang perjalanan jugak banyak kita orang tengok ragam-ragam orang kampung mencari rezeki nie. Memang sedih sangat. Yelaaa rakyat dia orang kan susah. Nak bina masjid pom sampai bertahun-tahun sebab dia orang collect duit sikit-sikit sorang. Tiada sumbangan dari mana-mana badan kerajaan mahupun swasta. Sedihkan. Hurmmm....
Dalam perjalanan ke Parapat tu jugak, 1 kedai special. PATEN namanya. Kedai nie menjual pelbagai produk yang berasaskan KACANG. Sedap-sedap semuanya. Ieda beli semua jenis yang ada dijual kat situ buat ole-ole untuk opis. So xpayah la nak beli benda lain lagi kannnn... Jimatttt.. hahahahhaa..
Kalau korang berpeluang datang ke Parapat nie, jangan lupa yerk singgah ke kedai nie sewaktu dalam perjalanan. Hanya kedai nie je satu-satunya yang jual benda nie. Produknya pulak nama pelik skit. Tang-tang, Teng-teng, Tong-tong.. Betol laaaa... Tak tipu hokeyyy...
Nampak tak gambar kat sebelah nie, seriuskan muka aunty yang jual tu. Hakikanya dia baik hokeyyy...
Setelah 5 jam perjalanan, sampai jugak ke destinasi.. Sepanjang di Parapat, kami semua menginap di Lake Toba Resort.. So far yang nie la kami dapat paling murah.. Booking by Booking.com jerk.. 2 bilik and ada tempat rehat kat luar.. Yang paling best menghadap tasik yerk.. Pemandangan waktu malam sangat best.. Tengok lampu-lampu cantik dihiasi dalam tasik. Kat sini kami just breakfast jerk.. Makanan pom tak menghampakan. Nasi goreng dia memang sedap. Boleh puji laa.. Sedap..
Pemandangan waktu makan pagi memang cantik. Terasa sangat angin sejuknya. Bila tak payah air-cond or kipas. Memang sejuk, So kalau berpeluang datang sini jangan lupa bawak baju t-shirt lengan panjang ok. :)
Wifi disediakan dekat lobi and cafe resort nie. Dalam bilik memang tak ade wifi. Tv dengan air panas tu ade laa.. Jangan risau bab tu. Ieda mintak maaf sangat-sangat sebab terrrrlupa nak ambik gambar bilik kat sini. Al maklum la, dah sampai pom malam kat sini. Kita orang check-in jap pastu terus gerak pegi makan malam. Siap je makan malam, kita orang balik bilik, capai tuala terus mandi... Lepas mandi terus tido... Letih kot 5 jam perjalanan. Jalan plak macam naik Genting.. Berlikar-likar.. Perasaan nak muntak tak yah nak citer sangat. Hahahahahaa..!! yelaa.. 5 jam hokey layan jalan berlikar macam tu.. Saborrrr jerk.
Nie hidangan makan malam kita orang. Banyak kan??? yesss... orang kat sini memang jenis makan berhidang. Sepanjang kami kat Medan nie, Makan tengah hari dan makan malam ditanggung sepenuhnya oleh Travel agent tu. So yah risau pasal nak bayar duit makan. Datang pom bawak diri dengan duit untuk shopping sahaja. Tu la kelebihan menggunakan travel agent nie. Yela. sesetangah orang lebih suka walk-by jerk kalu dah banyak kali pegi kan. But untuk Ieda, kemana sahaja Ieda pegi ke luar negara, menggunakan khidmat travel agent adalah lebih baik. Kecuali dalam Malaysia la kan... Dalam Malaysia tak kan sesat sampai Singapore pom kan.. hehehehehe...
Budak laki bile ada ruang, berasap la kejanya... Sabor je laaa.. Tapi bagi la ruang kat diaorang kan. Al maklum laaaaa 5 jam berjalan. Tapi ape-ape pom, merokok membahayakan kesihatan hokeyyy.. Alamakkkkk..!!! Jelas lagi nyata laaaa... En. Suami Ieda yang paling besar... hahahahaa..!!! Jangan kutok hokeyyy. Tu beruang Panda sayer yerk. ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan