Medan, Indonesia (Trip kali ke-2) Part 3

 PART 3 - Alhamdullilah... Kite sambung lagi pasal Medan hokey. Ini merupakan aktiviti untuk hari kedua kita orang kat Medan, Indonesia. Seawal pkl10.00 pagi kita orang check-out dari resort menuju ke Bandar Medan. Perjalanan kali nie lebih panjang masanya sebab katanya Bapak Haris, "kali nie kita nyusur ke Medan melalui jalan yang beda yak" hehehehe. Sepanjang perjalanan ke Medan, pemandangannya memang cantik dan menarik sangat-sangat. Indahnya ciptaan Allah S.W.T. selain dari tu jugakkk... Jalan kali nie memang asyik dok tepi jurangggg jerk, dah la selekoh banyak.. Adoiiii..!!! Lutut mak gigil nak oiii... hahhahaha..!!! 

Sebenarnya Ieda ada ambik video jugak untuk masuk kan dalam entry nie tapi filenye terlalu besar soooo xleh nak send to PC.. Rugikan?? tapi tak ape laa. Dia nak suh korang pegi sendiri rasa la nieee.. hahahhahaa... Video tu sebenarnya ada Ieda rakam kan pasal gunung berapi Sinabung yang masih lagi aktif dan tengah mengeluarkan debu-debunye. Korang tengok je la gambar-gambar erk. Hehehehee... Pengalaman pertama okey tengok gunung berapi yang masih aktif depan mata. Kalau tak silap Ieda, Bapak Haris nie jugak ada bagi tahu kita orang iaitu masih terdapat 2 gunung berapi yang masih aktif di sana dan tidak terkecuali anak-anak gunung berapi yang lain.. Uhhh.. Seram la plakkkk... 

Dalam perjalan nie jugak kami sempat singgah minum air teh halia yang dicampurkan dengan pelbagai rempah ratus segar yang ditamam sendiri oleh penduduk sekitar Brastagi nie. Ieda tak minum, coz tak sukeee.. Yang minum cuma En. Suami and my anak sedara jerk. hehehehe.. Saya tak minat mencubeee.. Larikkkkkkk..!!!! Cara minum air teh halia nie dengan mencampurkan gula dan susu segar. Bagi yang menggemari air teh halia tuuuuu.. Okey laaaa Tapi yang tak gemar tu bleh la kalu nak cuba. 

Masa kita orang tengah minum-minum tu mata nie terpandang la ukiran kayu yang tergantung dalam restoren nie. Katanya orang Batak yang ukir. Seni sangat. huhuhuhuu.. Kalu Ieda, tak kan adenye seni macam nie. Nak suruh lukis kartun boley laa. Nampak tak Bapak Haris tengah terangkan kat kita orang pasal teh nie. Seirussss...!!
Kita orang plak dengar ibarat masuk telinga kiri and than keluar telinga kanan. Hurrmmm.. Tapi hakikatnya apa yang diterangkan oleh Bapak Haris tu memang bagus yerk. Parapat memang kaya dengan hasil semula jadinya a.k.a rempah ratus yang segar.

 Setel Minum-minum, kita orang sambung semula perjalanan nie. Tak leh la duk lama-lama sebab perjalanan jauh lagi la. And than Bapak Haris nie berhenti plak dekat air terjun Sipiso-pisoAir terjun nie memang cantik. Yang hairannya air nie keluar dari celah batu bukit. Hurmmm... Malas la nak pikir. Kita orang still tak singgah lama kat sini. Tak masuk pom dalam sana, just dok kat luar jerk. Alaaaa.. dari luar pom nampak whatttt.. hahahahaha.. Kalu korang nak masok, korang kena bayar dalam Rp3ibu macam tu laa... kalu tak silap... Dengar macam mahal kan tapi bila kita tukar dalam RM dia murah je sebenarnya dalam RM1 lebih la.

Masa kita orang kat sini jugak, kita orang nak pegi tandas tau. pastu kita orang tanya la orang yang jaga tandas awam tu. Berapa bayarannya?? Dia kata Rp1 ribu. Dengar je macam tu terus terasa mahalnyeeeee..!! tak masuk tandas pom tak pela. Pastu Ieda pom keluarkan handfone kecik tu mula la dok kira-kira. Last-last masuk jugak sebab Rp1 ribu bersamaan RM0.30. hehehehee. So lain kali kalu korang rasa was-was, korang tolak bahagi campor dulu erk. Terasa macam benggong sangat masa tu sebab duit Indonesia nie kan pakai ribu riban. hahahhaa..!!!

Disebabkan kita orang nie pom rasanya tak tahu lagi bila bleh datang sini, macam-macam gambar la yang kita orang ambik kat sini. Gaya-gaya model gituuu.. Ko hadee.!!! hahahaha.. Sengall..!!

Oppsss.!! sebelum Ieda lupee.. Sepanjang Ieda kat Indonesia nie, kampong-kampong la khususnye. Setiap rumah mesti ade entena sebesar kuali kawah tu. Bila Ieda tanya Bapak Haris tu, rupanya benda tu entena TV lerrrrr..!! Kalau ade benda tu maknanya rumah tu ade tv la tu. Ishhh tak kan la tak de yang kecik kottt besar sangat laa. Hurmm.. Payah nak dapat signal kot. Pikir positif Ieda...

Hokey. Sampai sini dulu Part 3 nie, Jangan lupa part 4 plak erk. Kisah di Bandar Medan. Tq baca entry nie. ^_^




Medan, Indonesia (Trip kali ke-2) Part 2

PART 2 - Assalamualaikum u all... Kite sambung part 2 hokey. Sesamapi je kat Airport Kuala Namu, Medan Indonesia. Transport kita orang dah pom menunggu kita orang semua. Yes.. Yes.. Yes.. Ieda pakai travel agent kat sepanjang Ieda kat sana.. Nama pemandu merangkap tour guard kita orang "Bapak Haris" Memang terrrrbaik la u all.. Serius best giler dengan dia. Dia jaga kita orang macam anak dia hokey. 
Dari Airport kita orang terus bergerak ke Parapat, Lake Toba. Tempat nie sejuk macam Cameron tu jugak. Perjalanan dari Airport ke Parapat nie makan masa dalam 5 jam. Sepanjang perjalanan kita orang memang tak bosan sebab Bapak Haris nie memang pandai melayan kita orang, banyak jugak la kisah-kisah pasal Indonesia nie dia cerita. Yang tak leh tahannye, tong gas kat Indonesia untuk penduduk kecik giler kauuu... Hanya tong utk 2kg sahaja dibenarkan kepada rakyat Indonesia. Tu pom tahan seminggu jerk untuk masak. Demmm... =_="... Sedangkan kita kat Malaysia 12kg kauuu... Hahahahaahaha.. Sepanjang perjalanan jugak banyak kita orang tengok ragam-ragam orang kampung mencari rezeki nie. Memang sedih sangat. Yelaaa rakyat dia orang kan susah. Nak bina masjid pom sampai bertahun-tahun sebab dia orang collect duit sikit-sikit sorang. Tiada sumbangan dari mana-mana badan kerajaan mahupun swasta. Sedihkan. Hurmmm....











Dalam perjalanan ke Parapat tu jugak, 1 kedai special. PATEN namanya. Kedai nie menjual pelbagai produk yang berasaskan KACANG. Sedap-sedap semuanya. Ieda beli semua jenis yang ada dijual kat situ buat ole-ole untuk opis. So xpayah la nak beli benda lain lagi kannnn... Jimatttt.. hahahahhaa.. 



 Kalau korang berpeluang datang ke Parapat nie, jangan lupa yerk singgah ke kedai nie sewaktu dalam perjalanan. Hanya kedai nie je satu-satunya yang jual benda nie. Produknya pulak nama pelik skit. Tang-tang, Teng-teng, Tong-tong.. Betol laaaa... Tak tipu hokeyyy... 

Nampak tak gambar kat sebelah nie, seriuskan muka aunty yang jual tu. Hakikanya dia baik hokeyyy... 

Setelah 5 jam perjalanan, sampai jugak ke destinasi.. Sepanjang di Parapat, kami semua menginap di Lake Toba Resort.. So far yang nie la kami dapat paling murah.. Booking by Booking.com jerk.. 2 bilik and ada tempat rehat kat luar.. Yang paling best menghadap tasik yerk.. Pemandangan waktu malam sangat best.. Tengok lampu-lampu cantik dihiasi dalam tasik. Kat sini kami just breakfast jerk.. Makanan pom tak menghampakan. Nasi goreng dia memang sedap. Boleh puji laa.. Sedap..

Pemandangan waktu makan pagi memang cantik. Terasa sangat angin sejuknya. Bila tak payah air-cond or kipas. Memang sejuk, So kalau berpeluang datang sini jangan lupa bawak baju t-shirt lengan panjang ok. :)

Wifi disediakan dekat lobi and cafe resort nie. Dalam bilik memang tak ade wifi. Tv dengan air panas tu ade laa.. Jangan risau bab tu. Ieda mintak maaf sangat-sangat sebab terrrrlupa nak ambik gambar bilik kat sini. Al maklum la, dah sampai pom malam kat sini. Kita orang check-in jap pastu terus gerak pegi makan malam. Siap je makan malam, kita orang balik bilik, capai tuala terus mandi... Lepas mandi terus tido... Letih kot 5 jam perjalanan. Jalan plak macam naik Genting.. Berlikar-likar.. Perasaan nak muntak tak yah nak citer sangat. Hahahahahaa..!! yelaa.. 5 jam hokey layan jalan berlikar macam tu.. Saborrrr jerk.

Nie hidangan makan malam kita orang. Banyak kan??? yesss... orang kat sini memang jenis makan berhidang. Sepanjang kami kat Medan nie, Makan tengah hari dan makan malam ditanggung sepenuhnya oleh Travel agent tu. So yah risau pasal nak bayar duit makan. Datang pom bawak diri dengan duit untuk shopping sahaja. Tu la kelebihan menggunakan travel agent nie. Yela. sesetangah orang lebih suka walk-by jerk kalu dah banyak kali pegi kan. But untuk Ieda, kemana sahaja Ieda pegi ke luar negara, menggunakan khidmat travel agent adalah lebih baik. Kecuali dalam Malaysia la kan... Dalam Malaysia tak kan sesat sampai Singapore pom kan.. hehehehehe...

Budak laki bile ada ruang, berasap la kejanya... Sabor je laaa.. Tapi bagi la ruang kat diaorang kan. Al maklum laaaaa 5 jam berjalan. Tapi ape-ape pom, merokok membahayakan kesihatan hokeyyy.. Alamakkkkk..!!! Jelas lagi nyata laaaa... En. Suami Ieda yang paling besar... hahahahaa..!!! Jangan kutok hokeyyy. Tu beruang Panda sayer yerk. ^_^


Hokeyyy.. tq baca entry Part 2 nie.. Jangan lupa Part 3 menunggu... Apa.?? Alaa,,, mesti la kena banyak part... Nama pom percutian, tak main la citer skit-skit kan... ehehehehehe... Bye..!!






Medan, Indonesia (Trip kali ke-2)

PART 1 -  Holaaaa...!!! hehehehe... Korang mesti pelik kan kenape ade lagi tajuk ke Medan kan??? Sebab Ieda pegi lagi kat sana... Tapi bezanya I bawa En. Suami & anak sedara I pegi sana... hehehee... Kenape pegi lagi..?? Sebab best laaa... tambahan plak kita orang beli tiket nie time promosi Air Asia... RM0.15 sen sahaja harga tiket.. Harga tiket, benda lain still kena bayar hokeyyyy.. Tolak, bahagi, campor n darap semua... 1 kepala RM90.00 (pergi dan balik) murah kannnn... So, kalu korang nak tiket promosi.. Pastikan korang beli dalam bulan Disember yerk.. Sebab masa tu memang banyak promosi tiket penerbangan untuk seluruh Asia... Walaupom promosi, korang still kena tilik-tilik tarikh jugak yerk... Biasanya tiket kena beli awal 2-3 bulan sebelum tarikh  berlepas.. Macam trip  yang Ieda pegi kali nie.. Ieda beli tiket pada 18/12/2014, tapi fly pada 11-13 Feb 2015. Alaaaa... Xpe laa.. Sempat la korang kumpul-kumpul duit untuk shopping kannnn... hehehehehee...

U all semua tahukan yang Ieda just dok kat Putrajaya jerk... So kita orang pegi KLIA-2 naik ERL jerk... Senang, xyah nak pikir pasal parking keta ke ape ke kan.. Harga tiket ERL dari Putrajaya Sentral ke KLIA-2 RM6.50 jerk. Pkl4.30 pagi kita orang dah terpacak kat hentian ERL. Sampai jerk Airport kita orang terus Check-in dulu kat kios Air Asia, lepas tu kita orang kasi santap kenyangkan perot. Lepas tu terus ke balai berlepas. Hehehehhee,,, 

Nie la kali pertama Ieda masuk ke KLIA-2 sejak dia rasmi.. Ala... 2-3 bulan je pommm... hahahaha... Tapi memang luas laa... Selesa untuk semua pelanggan.. Dekat KLIA-2 nie bukan Air Asia jerk, tapi Malindo Air & Firefly pom ade jugak kat sini. Senang kata KLIA-2 nie merupakan tempat untuk semua penerbangan murah.

Nampak tak orang tu tengah tido..?? huhhh..!! Al-maklum laaa... Pukul 4 pagi dah turun.. Sementara tunggu fligth tu sempat hah membutaaa.. Huh... Dia memang macam nie kalu dah kenyang... Tak di hiraunya orang kiri kanan, janji dia tidooo... Siotttt jerk...

Dah nama pom berjalan ke LUAR NEGARA, comfirm-comfirm la kena buat pasport kan... Ieda nak citer skit pasal pasport nie k. Dulu, sempat la Ieda buat pasport harga RM100 untuk 2 tahun. Skarang tak lagi dah. Kerajaan telah menetapkan kadar baru untuk pasport Malaysia, RM200 untuk 5 tahun. Untung la kan. Tak payah lah pegi sambung acap kali walhal pegi luar negara setahun sekali je pom... Kannn... And than dulu jugak, Ieda buat kat RTC Kuala Lumpur, huhhh.. Ramai giler orang kat sana, seharian jugak la tunggu dari berator ambik no sampai la siap pasport. Kalu tak silap Ieda la kan.. Dari pukul 9pagi pkl8 malam jugak laa... sebab kebetulan Ieda pegi tu hari Sabtu. so memang la ramai orang... TAPI kali nie Ieda balik buat kat Terengganu, kebetulan Ieda balik kampung. so buat la pasport kat sana skali... Huhhh..!! Tenang hati nie Tuhan jer yang tahuuuuuuu.. Pegi pukul9 pagi.. 10.30 dah balik dah... lalallalaaa.. Berbunga-bunga rasa hati masa tu. :)

 Tips untuk korang bagi BAB pertukaran wang nie yerk. Jangan sesekali korang tukar kat sana. Tukar kat Malaysia sebab kadar pertukaran lebih murah kat sini daripada kat sana. Ini berdasarkan pengalaman Ieda la... Di Malaysia lebih menguntungkan kite sebenarnya. Ieda pernah tukar kat sana masa pertama kali pergi Medan tu, memang menyesal giler tukar kat sana, sebab lagi mahal. RM339.00 bersamaan Rp1 juta... Sedangkan kita tukar kat Malaysia RM289.00 bersamaan Rp1 juta.. So, tukar duit awal-awal k.. 1 lagi, before korang tukar tu, plissss tengok banyak tempat pertukaran kerana harganya berlainan... Serve dulu merata pastu baru tukar dekat tempat yang paling murah yang korang jumpa tu. Masa Ieda pegi tu Ieda tukar Rp 2 juta. Tu pom tak habis belanja. hehehehehe... Yela, sebab Ieda nie bukan jenis kaki shopping sangat. Memang pegi khas nak berjalan-jalan, but still beli jugak ole-ole untuk orang kat Malaysia nie.. Selain tu, Ieda pom sempat la beli kain 2 pasang untuk baju raya. tu pom tak habis lagi duit. hahahahaha....

Tq baca entry nie yerk... Jangan lupa baca PART-2 nanti.





BurgerByte BanGi

 Assalamualaikum,,,!! Alhamdullilah syukur... Dah lama rasanya Ieda tak update blog nie kan..?? Rasanya 2015 nie adalah yang pertama.. Bukan lupa, tp busy skit dengan kerja-kerja kat opisss... Tambahan plak Ieda dalam proses menubuhkan 1 company Ieda sendiri.. So banyak benda nak kena pikir.. nak kena buat... Alhamdullilah rezeki... hehehehe..

Hokey u all... Today Ieda nak citer skit la erk pasal BurgerByte Bangi yang terletak di Syeksyen 15 yerk... Syeksyen 15 kan besarkannn.. Korang jumpa jerk Bangi Gateway tu betol2  blakang bangunan tu... hokey.. dia paling hujung... senang jerk nak cari kedai nie... Untuk pengetahuan korang, burgerbyte nie diasaskan oleh pelawak and pengaraca terkenal.. Zizan Razak... Oooo orang kapong ambe bohhh... hahahahaa..!!! Lagi la korang giler nak pegikannnn... hahahahaa... But terus terang Ieda bagi tahu kat korang.. Memang sedap and tak rugi korang pegi k.. Pastu bila korang bayar tu... Rasa macam berbaloi dengan apa yang korang dapat tu... Tak cayee..??? Try... ^_^

Suasana.. malas nak citer tp sangat hokey... parking senang, pandangan mata pom okey, tak semak... Tempat duduk pom lebih santai.. Masa Ieda pegi hari tu Ieda pilih dok kat luar jerk.. Yelahhh.. En. Suami I tukan perokok tegarr.. =_=".... But still selesa n menarik hokeyyy... 

Sepanjang Ieda dudok-duduk tu kan.. Mata nie meilau-lilau dok pandang dinding kedai.. Suke tengok sebab warna-warni.. kikikikikiiii... 

Kebanyakkan yang datang makan kat sini, student la sebab harga kot... Tak la mahal sangat.. Mampu milik la senang cakap... And than bagi yang datang bawak family, ade anak kecik tu.. Dalam menu tu Ieda ada nampak terselit menu untuk kanak-kanak.. Harga pom kurang dari RM7... Set lagi hokey... Sempat jugak la tengok hidangan untuk kanak-kanak nie... SEBAB kebetulan ade 1 family nie datang bawak 2 orang anak diaa.. and dia order set kanak-kanak nie... Comel tau set diaaa..!! pingan and sudu pom warna-warni... Alaaaa macam pinggan kanak-kanak set IKEA tuuu... comel... So kalu korang order untuk anak korang tu... Tak la membazirkan.... yelaaa.. kuantiti yang sedikit dan padang dengan harganya yang murah....

Dah3..!!! Skarang kite cakap pasal M.A.K.A.N.A.N plak k.... hehhehee... Hakikatnye nie la yang korang tunggu-tunggu kannnn... hahahhaa.. Dah tau dahhhh...  Memandangkan Ieda pegi dengan En. Suami.. Soooo kite orang order 2 menu je la... Tu pom, memang kenyang hokeyyy... Puas makannn... Sedapppp.. Peghhhh... Malas nak citer sebenarnye pasal rasa nie... tp memandangkan korang mesti nak feed back pasal makanan kan.. bagi tau jugak laaaa... hahahha... 


En. Suami order Naked Burger punya tuuu... Beef and Lamb... Memang sedapppp...  Nampak tak kat sebelah tuuu..  sedap kannnn... hahahhaha Kenyanggg.. Memang terbaikkk... huhhh...!!! Daging Kambing tu tak ade rasa hamis.. sedappp.. lembuttt... sedap...sedappp and sedap laaa... kikikikikiiii... 

Dan Ieda pulak, order Nachos with Chilis Meat.. Daging nye korang boleh pilih la nak ayam keee, kambing keee, nak lembu keee.. So untuk Ieda, Ieda ambik beef jerk.. senang... Rasanya... FUHHHHHHHHHHHHHHHHH..!!!!! Sedapppppppppppppp..!!!!!!! Memang puas hati yerkkkk...

 Sedap..Sedappp,...Sedappp.. Serius Ieda citer kat korang... Asalnya memang Ieda tak tau nak  makan ape sebb tak pernah datangkan.. Niat memang nak just try makan jerk... nak rasa jerk.. And pilihan Ieda memang tak salah... Memang sedappp..

So ape lagi... Cepat-cepat malam nie pilih BurgerByte k untuk dinner korang... Bab harga korang jangan risau.. Harganya memang mampu milik dan berbaloi dengan ape yang korang dapat.. Untuk Ieda.. Ieda puas hati dengan harga, tempat makan, rasa makanan.. semua laaa.. harusssss datang lagi... Itu comfirm... 

-Bye-




Tinkerbell Red Glitter Wings