CiBiuK, BanGi... Jom.. Makan lagi... ^______________^...

Makan-makan & makan lagiiii..!!!! Seronok kan kalau masuk bab makan-makan nie... Seronok sangat-sangat. Baru-baru nie kawan Ieda sempat kenalkan Ieda 1 tempat makan yang agak menarik di Bangi untuk Ieda kongsikan dengan korang.... CIBIUK...!!! hahhh... Tulah nama Restoren yang menghidangkan masakkan Sundal dari Indonesia... 

Semua menu yang ditawarkan memang menarik untuk dicuba.. Dalam bulan nie.. Dah 2 kali Ieda dan kawan-kawan datang menjamu selera di Cibiuk nie.. Harganya agak berpatutan. Suasananya jugak menarik. Sepanjang Ieda menikmati hidangan yang diorder tu kan... Muzik tradisional Indonesia dialunkan untuk santapan terlinga para pengunjung.. Orang kata selain tekak yang merasa dan mulut mengunyah tuuu.. Telinga pon boleh jugak la menikmati alunan yang menenangkan tu kannn... 

Sepanjang Ieda dalam Restoren Cibiuk nie.. Ieda rasa sebijik macam kat Restoren di Indonesia.. Betul...Sikit tak tipu tauuu... hahhahahaa.. So pada korang-korang yang rindukan nak pegi melancong ke Indonesia tapi bujet tak mengizinkan lagi boleh la datang ke Restoren Cibiuk nie.... Buat ubat rindu laaaa...!! 

Hah..!! kalau korang pernah ke Indonesia, mesti korang pernah try Jus Alpukat  kannnn.... Alaaa... Avolcado laaa.. Kat indonesia Avolcado tu dia orang panggil Alpukat... Sebutan lain tapi benda sama jeee.... So..!!! Kalau korang teringin sangat nak minum Jus Avolcado sebijik macam kat Indonesia tu boleh la datang ke Cibiuk untuk korang lepaskan gian korang nak minum jus tuuuu... lalallalaaa~~~ 

Oklahhh.. malas la nak membebel panjang-panjang nieee... Kalau nak tau korang datang la sendiri k ke Restoren Cibiuk, Bangi..... Tq erk.. coz baca sampai abis.... ^____^.. SELAMAT MENCUBA..!!!

Tandatangan & komen beberapa orang ternama & artis yang pernah 
datang menjamu selera di Restoren Cibiuk, Bangi.

Restoren yang terletak di hadapan haiway Kajang dan setentang dengan Tol Sungai Ramal.

Ulam-ulaman & pelbagai jenis sambal yang boleh dipilih...

Suasana yang tenang dan selesa untuk para pengunjung.

Antara hidangan yang kita orang order.. nyum..nyummm..!!!

Jeng, jeng, jenggg.... hahahahaaa... 

6 Sifat LELAKI yang DIKAJI oleh PEREMPUAN


Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya:

1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita. hahahaa... kesian kannnn.. ^___^..

2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut. Pastikan kemas dan rapi ok..

3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension. Tapi kalau gurauan anda tu keterlaluan, rasanya tetap kena reject...

4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.

5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.

6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.

So, kepada PEREMPUAN semuanya bergantung kepada anda ok.. Ikut suka hati korang lah suka yang macam mana.. Apa yang Ieda senaraikan kat atas tu merupakan apa yang Ieda rasa memang Ieda suka. dan Ieda jugak merasakan korang pun akan memilih ciri-ciri yang sama dalam memilih lelaki disebelah korangkan... Kepada LELAKI.. pandai-pandai korang la bawak diri. Yang paling penting jadi lah DIRI SENDIRI.. Itu lah yang terbaik.... 

7 SiKaP WaNiTa MeLaLui CaRa BeRJaLaN... ^___^...


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalauwanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

MAEPS, Steambot.... MaKaN LaGi MaKaN LaGi.....

Wahhhh..!!! makan lagi n makan-makan lagiiiii... Kalau cakap bab makan niee... Eeeee...!!  memang takkan habis punya kannn... Makan untuk idup... hahahahhaaaa.... Baru-baru nie Ieda n Cik Dayah nie sempat la pegi melantak STEAMBOT kat Maeps, Mardi, Serdang... Memang terbaik laaaaa.... Kebetulan hari tu kita orang puasa... Pastu dapat plak bukak puasa kat Maeps kannn.... wahh.. ape lagi...Melantak la sekenyangnyeeee... Seronok tak terkata la kita orang bila tengok makanan Ya Allah.....!!! banyak gileee.... 

Harga untuk makan di Maeps nie murah n sangat-sangat berpatutan.. Hanya RM24.00 sahaja untuk 1 kepala dan yang paling seronok, kita boleh makan ape sahaja and banyak mana yang kita nak... hahaha... Seronok kannnn.... Dah agak dahh... lalalallaa..

Suasana plak memang best... Ala-ala garden gituu.... Dengan Tasik kat sebelah.. Memang romantik sangatttt.. Lampu-lampu yang ibarat mengulik gituuu... hahahaa.. Dah kenyangkann.. So tengok suasana pon rasa mengantok... kuang3...Parking pon senang.... Untuk yang datang ramai.. Tak ade masalah... bawak lah 1 kampung pon cik kiah ooiii... Ok jeeeee... 

So, Ieda malas nak komen dan cerita banyak-banyak... Kalau nak tau pakat kita jenguk-jenguk n rasa-rasa makan kat Maeps nie k.... Muuuaahhhh..!!!! Selamat mencubaaaaaa..!!!!

Amboiii... Masak ke Cik Dayah... Ok.. Good... ^__^..

Kling2...Aiskrim2...

Pilih bang..pilih.. pastu masak k....

Pelbagai aneka nasi goreng dan mee goreng untuk mereka yang rasa-rasa nak 
alas perut before makan steambot...

Pelbagai jenis sos yang boleh dipilih untuk korang cicah2 kannnnn...

Nie la kawasan sekitar Maeps... Memang tenang n Open gituuu...

PerJalaNaN SeBaGai IbU TunGGaL

Alhamdulillah setelah setahun bergelar ibu tunggal.. Ieda still boleh berdiri dengan kaki sendiri.. Walaupun pelbagai cabaran yang singgah disetiap perhentian kisah perjalanan Ieda bergelar ibu tunggal.. Ieda cukup bersyukur di kuniakan rakan-rakan sekeliling yang memahami dan banyak memberikan sokongan kepada Ieda terutamanya dari segi mental.. Walaupun hakikatnya lebih ramai yang mencemuh sebenarnya... Tetapi masih lagi dalam yang membolehkan Ieda bersabar untuk melawan arus kehidupan..

Dengan kaki yang kerdil Ieda berjalan, berlari dan tersungkur.. Ieda masih mampu melihat anak-anak Ieda membesar, ketawa, dan menjalani kehidupan mereka di muka bumi Allah s.w.t ini.... Alhamdulillah.... 

Kalau untuk permulaanya bekas suami Ieda sedikit tidak boleh menerima bahawa jodoh kami hanya setakat ini.. TAPI kini Ieda menadah sepuluh jari memanjatkan syukur ke hadirat Allah s.w.t kerana kami kini mampu menjadi "sahabat" dalam kisah perjalanan kehidupan seterusnya.. Melihat anak-anak membesar dan ketawa... Allhamdulillah Ya Allah...

Bagi Ieda, bersikap Profesional adalah yang terbaik untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia... Tidak kira lah salah siapa pun yang menyebabkan sesebuah rumahtangga itu tidak kekal.. Yang pasti bagi Ieda... Manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.. Ieda ada silap ieda dan begitu juga dia... Bagi Ieda.. Ieda redha dengan ketentuan-Nya dalam soal jodoh.. Sudah ditetapkan jodoh Ieda dan bekas suami hanya sekadar 8 tahun sahaja... 

Untuk anak-anak mama.... Hakim, Azwani dan Sofia... Mama sayang dan kasihkan kamu... Mama bangga dengan ketiga-tiga anak mama yang sanggup dan boleh menjalani kehidupan kalian walaupun mama dan abah kamu tidak lagi dapat tinggal sebumbung.... Kamu semua merupakan semangat mama, nyawa mama dan ilham untuk mama..... 

Mama harap kamu semua akan menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat... Insyaallah... Amin..




Tinkerbell Red Glitter Wings