Waahhh..!!! dah lama pulak rasanya tak update blog... heheheeee... Hari nie alhamdulillah ade sedikittt kelapangan untuk ieda update......
Sekarang nie ramai jugak la yang tahu bahawasanya Ieda nie single kembalikan... So ramai jugak la yg cuba-cuba intai-intai kan.... Tapi secara jujur Ieda katakan.. Ieda dah serik sangat untuk menerima seseorang yang istimewa dalam hidup Ieda... Kekecewaan yang dah 2 kali Ieda rasa sangat-sangat meninggalkan kesan yang mendalam.. orang kata kalau guna bio oil pon belum tentu pulih lagi parutnya tu..
Kekecewaan dalam hati dan perasaan nie biasanya akan meninggalkan kesan yang mendalam.. Bukan sahaja bagi diri Ieda tetapi semua orang.. Bohong la kalau dia orang kata nak tinggalkan tu perkara senang.. Walaupun sebesar zarah pasti benda tu akan meninggalkan kesan.. Betulkannn... heheheheee
Alhamdulillah.. Sebelum ini, terus terang Ieda katakan.. Ieda memang tak dapat terima bila Ieda dikecewakan walaupun hakikatnya bukan salah si dia... Tetapi masalah keluarga.... Sekarang, ieda sangat-sangat bersyukur sebab Ieda dah boleh terima segalanya yang telah terjadi.. Bagi Ieda,
"Tuhan akan menguji hambanya yang banyak bersabar..."
Pokok pangkalnya diri kita sendiri yang menetukan segala-galanya... Jangan biarkan perasaan mengawal diri kita.. TETAPI biar kita yang mengawal perasaan tu sendiri.... Itulah yang Ieda pahatkan dalam hati Ieda.. Alhamdulillah... Ianya menjadi....
So.. Untuk korang.. terpulang la bagaimana hendak korang lapangkan diri dan fikiran korang kalau ada masalah yang berkaitan dengan perasaan nie... Ok.. Sebab lain orang.. lain caranya kan.....
SOOO.... LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI SENDIRI....!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan