Pada hari ini, sampai je dekat office Ieda dikejutkan dengan berita mengenai seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Ieda telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat daripada saluran darah otaknya pecah. Biasanya dalam dunia perubatan ianya dipanggil ‘cerebral aneurysm’ ataupun bonjolan salur darah.
Tanda-tanda yang menunjukkan akan berlakunya perkara ini adalah pesakit akan merasakan pening sehingga merasakan kepalanya seperti hendak pecah, kemudian ianya diikuti muntah-muntah yang berpanjangngan... Ianya adalah disebabkan tekanan darah yang naik secara mendadak.
Sepanjang Ieda berada di HKL.. Alhamdulillah, kami semua kakitangan bahagian telah pergi melawat beliau sebelum pembedahan dilakukan. Keadaan ibarat mengetahui keadaan yang sedang berlaku.. Keadaan yang sayu menyelubungi suasana hospital.
Tetapi perkara yang telahpun berlaku diantara Isteri Pertama dan Isteri Kedua agak tidak sedap didengari ditelinga Ieda. Dikatakan kekecohan dan ketidak kesefahaman antara kedua-dua belah pihak telah timbul. Ieda mulai terkenang akan keadaan yang telah berlaku sewaktu arwah ayah Ieda sedang sakit dan malam arwah ayah Ieda menghembuskan nafas terakhirnya di HSNZ 6 tahun yang lepas.
Bagi Ieda kedua-dua belah pihak haruslah bertolak ansur dalam keadaan tegang kini... Ini kerana orang yang sedang sakit memerlukan suasana yang tenang dan tidak perlu berfikir akan apa yang akan berlaku.. Tunjukkan keadaan yang boleh memberikannya semangat untuk pulih dari sakitnya kini..
ISTERI PERTAMA
Cubalah bertolak ansur untuk isteri kedua melihat, menjaga, mendoa, dan melihat keadaan suaminya.. Walaupun perit ditelan tetapi harus lah diingatkan bahawa dia juga isteri kepada suami kamu sendiri.. Dia tidak meminta dia dijadikan isteri kedua, tetapi takdir telah tetapkan jodohnya dengan suami kamu. Dia juga mempunyai hak untuk melihat dan menjaga kerana dia juga seorang isteri.. Bayangkan kamu ditempatnya.. Apakah perasaan pertama yang kamu rasakan..???? Itulah yang dirasakannya... So, tak salah kamu beralah... Bertolak ansur.. Mungkin ada kebaikkannya... Bergilir-gilir menjaga suami kamu yang sedang sakit.. Ianya boleh meringankan sedikit beban kamu dalam menjalankan tanggungjawab kamu sebagai seorang isteri...
ISTERI KEDUA
Sebagai isteri kedua, bersabar, berdoa dan tawakkal kepada Allah swt adalah yang terbaik dari kamu kepada beliau suami kamu... Bagi Ieda.. Ieda boleh merasakan saat apa yang kamu rasakan sekarang.. ini kerana Ieda sendiri melihat mammy Ieda sendiri tidak dibenarkan melawat dan melihat arwah ayah Ieda yang ketika itu sedang sakit.. Hanya kepada Allah swt sahajalah ketika itu Ieda sebagai anak mampu untuk Ieda tenangkan mammy Ieda.. Bayangkanlah... Sehingga arwah ayah Ieda menghembuskan nafasnya yang terakhir... mammy Ieda tidak dapat melihat wajah arwah ayah Ieda.. Terkilannya Ieda sebagai anak melihat keadaan mammy Ieda ketika itu... Ya Allah.... Hanya Kau yang mengetahuinya....
HAKIKATNYA ANAK TERTEKAN
Bayangkanlah ketika itu, Ieda sebagai anak melihat keadaan ayah yang sedang berperang dengan maut.. Mammy pula tidak dibenarkan melihat suaminya yang sedang sakit. Kemanakah nilai-nilai kemanusiaan dalam diri isteri pertama ayah Ieda ketika itu..??? Kemanakah nilai-nilai murni dan ikhlas dalam diri isteri ketiga ayah Ieda ketika itu... Besarkah salah mammy Ieda..???? Sekurang-kurangnya bertimbang rasa sesama manusia dan hamba Allah swt adalah diperlukan ketika itu.. Jujur Ieda katakan.. Ieda sangat-sangat terkilan dengan perangai isteri pertama dan ketiga arwah ayah Ieda... Ieda sebagai anak sangat-sangat tertekan dengan keadaan tersebut...
KESIMPULANNYA...
Bertolak ansur dan salih beralah adalah yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak... Ianya pasti akan memberikan kepuasan hati dan tidak akan menimbulkan sebarang ketidak adilan terhadap kedua-dua belah pihak... Malah juga kepada pihak ketiga, iaitu.. ANAK....
Sesungguhnya ajal dan maut, jodoh pertemuan adalah telah ditakdirkan oleh Allah swt... Kita sebagai hambaNya.. hanya mampu berserah dan bersabar dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini...
"Allah akan menguji hambanya yang paling sabar.."