aQiQah & CuKuR JamBuL HaRRaz NauFaL


Alhamdullilah. Seusia 4 bulan Harraz Naufal sudah pon Aqiqah. Rezeki Allah s.w.t. berikan kepada kami suami isteri. duit yang dikumpul sebelum Harraz Naufal lahir lagi. Tanggal 25 Disember 2016 maka berlangsung la majlis "aqiqah dan cukur jambul" Harraz Naufal di kampung. Kuala Ibai, Terengganu.  Maka, tumbang la 2 ekor kambing sebagaimana syarat aqiqah untuk bayi lelaki.

Meriah. Sanak saudara yang berdekatan semua datang. En. Suami sendiri yang masakkan hidangan majlis kali ni. Dia sendiri yang nak masak. Alhamdullilah, jimat bahagian nak membayar tukang masak. hahahaha. Kemah petang jumaat dia orang pasang. Kemah dengan pelamin semua dah siap pasang sehari sebelum. Yelah, taukey pelamin dengan canopy pom risau. Sebabnya Ieda dah bayar langsai seminggu sebelum majlis lagi. Bukan apa, memandangkan nak harung perjalanan jauh. Ieda tak nak bawak cash bayak-banyak. Nak kluarkan cash dekat kampung takot tak sempat. Memandangkan semua persiapan kami sediakan sendiri. 

Antara menu yang dihidangkan untuk para tetamu :

Nasi Putih
Kari Kambing
Ayam masak merah
Ulam, Ikan kering & Sambal belacan
Sirap Limau & Kopi 'O'

Untuk Doofgift pulak Ieda buat sendiri jugak. Pada mereka kumpulan Marhaban. Ieda berikan kerepek ubi, pulot kuning & bunga rampai. Semua tu Ieda masukkan dalam 1 beg kertas. Manakala untuk tetamu, Ieda just berikan kerepek ubi sahaja. Ok latu. Kerepek tu Ieda masukkan dalam ziplock. Cantik hokey. hahahahaa, Puas pikir macam mana nak buat untuk doorgift tetamu yang ringkas tapi menarik. ahahahaa. Yela masa kenduri doa selamat before bersalin hari tu dah buat doorfgift kacang dalam botol. So untuk majlis Harraz Naufal nie nak buat lain la pulak, tak kan sama kot. Tapi kalau sama pom okey je cuma mesti orang cakap. Oh, hari tu pom dapat yang nie jugak. jeng, jeng, jeng. hahahaha. Jangan pikir bukan-bukan. Sebab Ieda memang jenis macam nie. Jenis yang sukakan benda berlainan. Tapi ringkas, bujet dan cantik. Pergghh... hahahahaha.. Sabor-sabir yerk. hahahaha.

Hurm. 1 lagi. Untuk kad jemputan dan tag pada doorgift pom Ieda buat sendiri jugak. Ieda beli online "paper crepe" lepas tu print hitam putih jerk. Kalau warnakan mahal pulak kosnya. Memangdangkan Ieda menggunakan kertas crepe, Ieda buatkannya jadi konsep hipster. Kena pulak dengan Ziplock tu warna coklat. Reben untuk kad & Doorgift Ieda gunakan riben warna hitam supaya nampak timbul. Alhamdullilah, sangat cantik dan ramai yang memuji. hehehehe. Sukanya saya. Yelah kita buat sendiri kot, Sebulan sebelum majlis Ieda dah start preparition semua benda-benda ni. So, Ieda nasihatkan korang. Kalau nak buat apa-apa majlis. Plisss Prepare awal-awal. Macam kad dan taq untuk dorrgift tu. Sebelum Harraz Naufal lahir lagi Ieda dah siapkan design semua. Bila sampai masanya just lengkapkan apa yamg patut kemudian settelkan finalnya. So tak perlu kelam kabut nak pikir banyak-banyak lagi. Kan senang.

Hokey. Nie Ieda selitkan untuk tatapan korang. Gambar-gambar sekitar 
"Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Harraz Naufal" 25 Disember 2016.








Pada majlis tu jugak, Ieda pom ada menempah aiskrim colek homemade. Saje la tempah untuk desseart. Nama pom majlis aqiqah, jadinya ramai la yang bawak anak-anak, cuti plak tu. Tu yang Ieda tempah aiskrim colek homemade. Sejuk kan tekak. Ieda ambik yang 200 kon jerk RM170.00 sahaja. Ok la tukan. hehehehehee. Hakikatnya bukan sahaja anak-anak yang dok mengangkut, mak ayah pom sama jugak. Panas kot. Apa pom seronok tengok dia orang beratur ambik aiskrim. ehehehehehehe..
Dengan ini, Ieda sekeluarga menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada kekurangan pada majlis berkenaan terima kasih kerana sudi datang ke majlis yang tak seberapa ini. Dan kami jugak mengucapkan jutaan terima kasih kepada kaum keluarga terutamanya dalam menjayakan majlis berkenaan. Jasa kalian hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya. Amin, Insya Allah.

- THE END -





UcUk DaDDy

Assalamualaikum semua. Dah lama Ieda tak update kan? hahhahaa. Busy skit skarang ni. Si Harraz Naufal pom dah besar dah. 10 bulan dah usianya. hahahahaa... Lamanya tak updateee..!!! hahahhahaa. Hari ni baru ada kelapangan nak update blog, ok hari ni kita bercerita pasal Harraz Naufal "ucuk daddy" ni la yerk.

Harraz Naufal dari lahir lagi dah kena reffer fisioterapi disebabkan kaki dia yang bengkok ke dalam. Alhamdullilah, masuk usia 6 bulan jurufisoterapi dah discaj. Lega Mummy tauuu. Yela, ibu mana tak risau wei anak kot!! Tapi, tapi yerk, tapi. Discaj Fisoterapi, kena reffer pakar kanak-kanak pulak. Berat badan tak naik, kecik katanya. Mana tidaknya, Mummy dengan Daddy besar tapi anak kecik. Bagi Ieda, selagi makan & minum ok, membuang pom ok. Ianya tak ada masalah. Tapi memandangkan klinik suruh reffer, kite pegi jela yerk. Untuk kebaikan. ^_^

Walaupom kecik, Harraz Naufal ni memang lasak. Tak pernah nak duduk diam, ada jerk benda yang dia nak terokai. Pening mummy. Diam tak diam, tido. Pengasuh pom cakap, Harraz Naufal nie walaupom dia tido still kena jenguk. Sebabnya, celik je mata terus merayap. Tak duduk diam macam oramg lain. Nangis pom tak adanya. Dia buat hal dia jerk. 

Apa pom, Mummy & Daddy doakan Harraz Naufal menjadi anak yang soleh. Malahan bijak pandai ye. Amin.



Tinkerbell Red Glitter Wings