Hai korangg..!! Alhamdullilah.. Masih lagi diberikan kesempatan nak update 1 lagi tempat menarik di Shaftsbury Square, Cyberjaya.. Korang Ingat tak Ieda pernah update kat korang tentang Restoren Big Island di Cyberjaya dulu...??? Sekarang restoren tu dah tak ade lagi dah.. Pemiliknya dah pun tukar kepada Restoren Aroi Thai sekarang. Atas alasan kerana restoren yang dulunya kurang sambutan. Dan permintaan untuk makanan yang berharga lebih murah merupakan 1 tarikan yang menarik untuk para pelanggan.








Lepas kita orang settel tengah hari tu.. En Suami plak kebetulan nak makan kat luar katanya.. Volcano Shabu Shabu pulakk... Tapi bila Ieda citer kat dia pasal kita orang makan kat Aroi Thai nie.. Dia pulak nak try.. Hurmmm.. Nasib baik tak order lagi. Kita orang pun gerak la pegi Restoren Aroi Thai nie. Nampak gayanya lunch pom kat sini, dinner pom kat sini. Tak pe laa,, Den nie follow jerk.. hehehehe.. Janji sodap hahhh... Tambahan lagi free,,,Orang belanjaaa... hahahaha.. Layan kan ajeee....


Bila nak membayar tu, kita orang duk berdiri kat cashier... Tengah pemilik restoren nie tengah busy dok menolong staff dia sediakan pesanan.. Terpandang jerk kita orang..... Terus dia sapa kami.. "Hey u 2... Long time no see..!!!" hokeyy... Ieda rasa baru tengah hari tadi jumpa kot... Takpe fikir positif, tadi Ieda pakai pakaian opis.. Pakai tudung.. dia tak perasan kotttt... Bila tak fomal.. Baru dia perasan.. Ingat lagi dia kat Ieda & En. Suami nie yerkk.. Sambil-sambil dia borak-borang dengan En. Suami, sempat la ambik gambar dia... Sedikit kemajuan dalam bahasa, dulu tak pandai langsung cakap melayu sekarang.... "Saya, melayu sikit-sikit.." hehehehehee... Okey la tu.. Bangga la, orang luar belajar bahasa kite... kann... Bahasa Kebanggsaan...
Orite.. Tq kat korang sudi baca entry nie... Hope korang mencuba la yerk... Murah jerk, hanya RM1.90 semangkuk. Mana tau, terkena dengan selera korang.. Bagi Ieda hokey, sedap.. Kena la dengan selera. And Kalau korang nak reserve bleh call 03-8213 6277 (cawangan Cyberjaya, Shaftsbury Square) selain tu, Aroi Thai nie juga dibuka bertempat Kota Damansara. Untuk Ieda, Cyberjaya dekat kan dengan Putrajaya...So... Cyberjaya menjadi pilihan la.. Selamat mencuba...
- THE END -