Kes penderaan kanak-kanak sering kita dengar. Ieda tertarik dengan berita 2 beradik dirantai didalam tandas oleh bapanya sendiri. Kes ini berlaku pada tahun 2011 di Butterworth. Bapanya berumur 40-an yang bekerja sebagai buruh bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi didalam tandas rumahnya dengan alasan kedua-dua anaknya itu nakal dan tidak ada orang menjaga ketika dia tiada dirumah.
Bagi Ieda untuk kanak-kanak berusia 6 dan 2 tahun perkataan nakal masih tidak dapat digunakan, ini kerana diusia ini mereka masih memikirkan soal permainan dan tidak mengenal erti menjaga diri dan berdikari. Sebagai bapa yang sudah berusia sepatutnya boleh memikirkan apa yang patut dan apa yang perlu untuk anak-anak mereka seusia ini, bukannya memperlakukan seperti ini diusia ini.
Apabila disiasat, Kemanakah ibu kanak-kanak ini, difahamkan ibu mereka seorang warga Thailand telahpun menghilangkan diri sebulan yang lalu. Sejak itulah kanak-kanak ini dilayan sebegini sepanjang bapa mereka keluar bekerja. Tanpa diberikan makan mahupun minum. Bayangkan 8 jam tanpa makanan dan minuman. Bagaimanakah seorang kanak-kanak berusia 6 dan 2 tahun boleh menahan kelaparan. Dengan kakinya dirantai seperti seekor haiwan.
Kejadian ini terbongkar apabila jeritan 2 beradik ini didengari oleh jiran-jiran lalu dimaklumkan kepada pihak polis. Ternyata, serbuan polis menemui kedua-dua beradik ini sedang menangis kelaparan. Ketika ditemui, kedua-dua beradik itu diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.
Persoalannya disini mengapa ibu mereka menghilangkan diri..??? Ieda mulai tertanya-tanya tentang status kemasukkan ibunya seorang warga Thailand ke negara ini. Sah ataupun tidak..??? Kalau ditanyakan pendapat Ieda, sudah tentu Ieda mengatakan TIDAK SAH... Kerana boleh dikatakan 90% kes mengilangkan diri oleh isteri ataupun suami bukan warga negara sering berlaku kerana status kemasukkan mereka ke negara ini adalah secara haram.
Ieda pelik, Kenapa perlu warga tempatan memilih warga asing yang tidak sah taraf kemasukkannya ke dalam negara kita sebagai isteri ataupun suami..??? Apa kurangnya warga tempatan kita..??? Kalau terjadinya perkara sebegini kemanakah harus dicari mereka..??? Sedangkan jika warga tempatan yang melakukan perkara ini ataupun menghilangkan diri lebih senang dicari. Ini kerana pihak berkuasa negara kita memiliki pelbagai cara untuk menjejaki mereka. Pelik tapi benar... hahahhaaa... Ish..Ish..Ishh... Hakikatnya mengapa perlu memilih bukan warga negara sebagai suami ataupun isteri. Tidakkah korang terfikir bahawasanya setiap kali perkahwinan antara warga negara kita dengan warga negara lain boleh mengguntungkan negara lain..??? jeng, jeng, jenggg.. tak tahu erkkk.. lain kali study k... hehehehe.. peaceee..!!!!
KESIMPULANNYA :
1) Kita sebagai orang awam perlu menitik beratkan keadaan sekeliling kita. Zaman sekarang nie kita perlu menjadi busy-body dalam keadaan tertentu. Tapi janganlah lebih-lebih pulak.. kan... ramai la jadi CNN lepas nie... hahahaa...!!
2) Segera melaporkan perkara-perkara yang mencurigakan kepada pihak berkuasa supaya kejadiaan yang tidak diingini berlaku.
3) Sebagai ibu bapa kita haruslah memikirkan soal kebajikkan anak-anak bukan setakat makan pakai tetapi soal perasaan mereka. Kerana apa yang berlaku dizaman kanak-kanak mereka boleh mempengaruhi zaman mereka dewasa kelak.
4) Sentiasa muhasabah diri sendiri, menitik beratkan soal agama dan soal kemanusiaan didalam diri sendiri.
Ini semua peringatan bukan untuk korang je tetapi untuk diri Ieda jugak. Ini kerana Ieda jugak seorang Ibu kepada 3 rang anak yang sedang membesar dan mencipta kisah serta sejarah hidup mereka sendiri.